Bunga Durian

Saya ada menerima email 4 hari yang lalu oleh priscillia matheus
mengenai bunga durian. Barulah saya tahu bunga durian ni boleh dimasak untuk dijadikan sayur. Saya kongsikan resepi bunga durian ini kepada anda…

“Sekarang di kebun kami musim jatuhnya bunga durian. Kami selalu kutip untuk buat sayur.
Untuk penyediaannya; Buang sesungut dihujung bunganya. Kalau tak dibuang nanti ia berlendir. Masak air dalam kuali, dan setelah ia mengelegak masukkan bunga durian sehingga layu.

Angkat dan toskan. Bolehlah disayur dengan ikan bilis, bawang, sedikit belacan dan cili. Sedap. Kalau mahu tahan lama bolehlah direndam dgn air garam. Simpan dlm peti sejuk. Walau bagaimanpun saya tak tahu apa khasiatnya.”

Hasil dari carian di internet mendapati khasiat bunga durian ini ada  dikaitkan dengan awet muda dan kecantikan.

Walau apa pun, terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi ini.. Ada sesiapa ke yang pernah mencuba resepi ini?

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :7045

2 comments

  1. Assalamualaikum…
    saya nak tahu ada tak orang pernah buat kajian tentang bunga durian ni..?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam