Bunga Cina cantik dan kaya khasiat perubatan

Bunga Cina biasanya ditanam dengan menggunakan keratan dahan dan ranting atau kaedah tut. Pokoknya adalah daripada jenis renek berkayu yang mempunyai ketinggian dua meter. Tetapi ada juga jenis pokoknya yang tumbuh sehingga 12 meter dan mempunyai banyak cabang.
Daun pokok bunga Cina adalah dari jenis ringkas dan terletak dalam susunan berhadapan. Bentuk daun adalah bulat memanjang hingga bujur telur. Bunganya pula kelihatan sederhana besar dan dihasilkan secara tunggal pada ketiak daun di hujung ranting.
Bunganya sangat wangi dan kelopak bunga berwarna putih semasa mula-mula kembang. Apabila bunganya hampir layu, ia akan berwarna kekuning-kuningan.
Pokok bunga Cina turut mempunyai buah yang agak keras dan berbentuk telur atau bulat memanjang. Buah yang masak berwarna kuning hingga merah serta mengandungi banyak biji. Bunga Cina yang ditanam di Asia Tenggara lazimnya jenis bunga yang banyak kelopak dan tidak berbuah.
Setiap bahagian pokok bunga Cina mengandungi kandungan kimia yang tertentu. Daunnya mengandungi manit. Bunganya mengandungi asetat stiren, asetat stirolil, linalol dan manit. Buahnya mengandungi alfa krosetin, glikosid, klorogenin dan minyak meruap. Bijinya mengandungi asid linoleik, asid oleik, asid palmitik dan kanji. Manakala kulit kayunya mengandungi beta-sitosterol dan nonakosan.
Khasiat ubatan yang terdapat pada setiap bahagian pokok bunga Cina ini adalah amat banyak. Daunnya jika dihancurkan dikatakan boleh ditampal pada kepala untuk merawat sakit kepala. Daun ini juga dikatakan boleh ditampal pada buah dada yang bengkak. Bagi merawat demam panas pula, bolehlah men-cuba merebus daun dan akarnya. Air rebusan ini dikatakan boleh diminum bagi menghilang-kan demam panas.
Buah bunga Cina terutamanya yang kering dan telah direbus boleh diminum kerana ramuan ini dikatakan mampu merang-sang dan melawaskan pembuangan air kecil, sebagai ubat demam panas, demam kuning, batuk darah, menghentikan pendarahan, men-geluarkan kahak, merawat hepatitis, kencing berdarah, muntah darah serta penyakit perut dan usus.
Buah yang kering ini juga dika boleh dijadikan ubat luaran terutan untuk merawat bengkak mata, bisul, ku lebam dan luka. Bunga dan akar bunga i yang telah direbus bersama dikatakan botefc dijadikan sebagai ubat minum bagi meng-imbangi sistem peredaran darah, menghentikan pendarahan, merangsang dan juga melawaskan haid. Akarnya pula jika digunakan secara sendirian dikatakan boleh direbusm dan airnya diminum untuk merawat demam panas, masalah sistem saraf, sakit kepala dan sakit perut akibat pencernaan makanan yang kurang baik.
Biji bunga Cina pula dikatakan boleh dibuat sebagai ubat luaran untuk merawat demam kuning, reumatisme dan juga sakit otot. Manakala air rebusan kulit kayu pula dikatakan boleh diminum untuk merawat demam panas, sakit perut dan sebagai tonik.
Selain khasiat ubatan, bunga dan buah pokok bunga Cina juga dikatakan boleh dimakan. Buahnya digunakan sebagai warna kuning yang digunakan dalam makanan seperti kek, aiskrim, manisan, bubur kacang dan mi. Kudup bunganya pula dicampurkan dengan teh untuk mendapatkan bau wangi dalam air teh yang diminum. Kegunaan lain pokok bunga Cina adalah bunganya boleh dijadikan minyak wangi. Buahnya pula digunakan untuk mewarnakan tekstil kuning dan kain.
Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kegunaan pokok yang turut dikenali dengan nama bunga susu dan sang kelapa ini, namun begitu penggunaannya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

Baca:  Statistik Pencarian Tumbuhan - Mei 2009

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :10987

5 comments

  1. Daun pokok bunga cina ni memeang mujarab untuk merawat demam dan migren. Daunnya diramas dalam semangkuk air dan dijaram di kepala. Ia memberikan kesan sedatif, kelegaan dan sungguh menyejukkan kepala hinggakan boleh terlena.

  2. bunga cina ni berwarna putih, kelopaknya tersusun cantik macam bunga ros.saiznya besar sidikit dr bunga ros.baunya harum..

  3. ada 1 jenis pkk bunga cina yg bungany sebesar bunga kapas. mukin jenis kacukan/ import. pnyalah cantik. meleleh sexy mlihatny! syg sgh ianya bkn utk djual.
    *
    sexy ada tnm 1 pkk jenis yg biasa kt rmh lama arwh nenek. br2 ni plk sexy rembat 1 dahan dr rmh kenalan. sexy kongsi plk bersama dgn kwn lelaki yg jg giler bunga. yg sexy dh blh tnm dlm pasu tp dia pny mati. sexy jg ada bli jenis pkk bunga cina daun hijau muda bcorak.
    *
    pkk bunga cina perlukn air yg byk dgn saliran yg baik terutama yg br dsemai.

  4. saya memang suke ngn bunga kemboja cina. bunganya cantik. yg kt umah saya bbunga sepanjang tahun. geram tgk… mak mertua saya dari kelantan datang umah. time nak balik kelantan, saya kasi ah 1 pasu kt dia. happy bukan main dia. sebenarnya first time tgk lg mak mertua saya dah berkenan. at least..rapat lah lg hubungan kami…ialah ada minat yg sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam