Kegunaan Bunga Butang

Bunga Butang dipercayai banyak kegunaan dalam perubatan tradisional.  Ia dipercayai dapat merawat penyakit asma, batuk berdarah, batuk lama, kanak-kanak demam disebabkan radang hati,sakit perut, bronkitis, sakit kepala, melawaskan buang air kecil, masalah keputihan. Bahagian yang digunakan ialah seluruh pokok.
Air panas yang mendidih dan dicampurkan dengan kuntuman bunga putih baik untuk merangsangkan peluh, membantu penghadaman, membuang angin dan merawat rasa pedih ketika membuang air kecil.
Ia juga dapat membantu masalah yang berkaitan dengan bronkitis dan batuk.
Air campuran bunga dapat menghilangkan hingus dan kahak.
Daunnya jika direndam di dalam air mendidih dapat merawat demam, diabetes dan juga tekanan darah tinggi.
Sekiranya mengalami masalah kulit yang berbintik merah akibat demam, tumbuk daunnya sehingga lumat dan tampal pada kulit.

Number of View :7019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam