Bulu Jagung pun ada khasiatnya

jagung

Jagung atau nama saintifiknya Zea mays yang berasal dari keluarga Gramineae kaya dengan protein, vitamin B, kalsium, fosforus, zat besi dan mempunyai minyak yang baik untuk kesihatan. Amalan memakan jagung boleh menguatkan tulang, gigi, rambut dan hati. Ia juga boleh menurunkan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah, melancarkan pengaliran darah serta melawaskan kencing.

Selain buah jagung, kulit jagung pula berkesan untuk mengatasi kesulitan ketika membuang air kecil. Bulu jagung yang halus merangsang serta melawaskan kencing, menguatkan hati dan menurunkan tekanan darah. Caranya ialah dengan merebus semangkuk bulu jagung dan dua gelas air. Biarkan airnya mendidih sehingga airnya kering menjadi kira-kira satu gelas kemudian diminum dua kali sehari. Kulit dan bulu jagung juga digunakan untuk mengubati kudis atau luka yang bernanah. Kulit dan bulu halus jagung itu ditumbuk halus sebelum ditampal pada kudis dan biarkan hingga kering.

Anda pernah ke mencuba petua ini atau ada petua lain yang menarik tentang kulit dan bulu jagung bolehlah dikongsi bersama…

Number of View :7378

40 comments

  1. 2,3 hr lepas ada baca paper….skarang ni bulu jagung tu di komesialkan….jd salah satu campuran dalam biskut kesihatan….lupa la plak brand biskut tu…

    1 lg petua yg selalu org guna ialah parutan jagung muda disapu pada kesan cacar(chicken pox) untuk hilangkan parut.

  2. Anugerah sekeliling kita memang untuk menafaat kehidupan.,,Alhamdulillah. Di kampung semasa kecil-kecil, jagung dijadikan sayur-sayuran. Kulitnya, bulunya, mempulurnya terutama jagung muda digoreng, dibuat sayur bening atau sayur lemak. Enak dicampurkan dengan pucuk labu dll.

  3. biasa hanya tau mkn jagung muda atau jagung matang je.bulu n kulitnya tak tau pulak ada gunanya.trima kasih brkongsi info.tp minyak jagung amat bagus dlm rawatan kencing manis,mnrunkan tekanan darah dgn mengamalkan minum sesudu mkn minyak jagung skali sehari.dia jge mlembutkan kulit.sy mmg mengamalkan meminum mnyak jagung.sbb dia takda kelosterol.

  4. Tq baru tahu selama ini kulit dan bulu jagung ada khasiat sedangkan dah lama dah makan bulu jagung ni bila rebus hentam semuanya.

  5. masa muda remaja dulu selalu gak tolong mak siang sayur, jagung muda ni buat masak lemak. orang kelantan panggil ‘podok jagung’. memang ambik kulit & bulu dia sekali tp x pernah pulak th ada khasiat. selain drpd tu podok jagung ni sedap kalau dicelur dan dicicah dgn budu.

  6. x tau lak bulu jagung ada banyak khasiat nt pas ni leh juga cuba,kalau ada info tentang cara mananam pokok delima dan macam mana nak dapat benih nya.

  7. Salam fazly ;Saya pun dah beranggggapan sesautu bahan campuran sayur baik rasa mutu nya. Olih yang demikian bulu jagung mukin harus diproses untok jadi kan perencah tambahan bagi merasakan keenakkan aroma nya dalam masakkan ,terutama masakkan berupa sup sayuran terima kasih.

  8. salam semua, terima kaseh menghantar info ini , setahu saya ia juga mengandungi hormon anti penuaan. tq

  9. Jagung muda yang direbus bersama dengan rambut atau bulu jagungnya sekali dikatakan bermanafaat menghancurkan batu karang dalam pundi kencing dengan syarat di amalkan berulang kali seperti mana meminum teh.Kalau yakin boleh tuan/puan mencubanya.

  10. very informative….x tau pun bnyk betul khasiat jagung ni.

    selain makan jagung rebus, buat bubur pun sedap gak

  11. TQ For info, saya memang suka makan kulit jagung yg putik atau masih muda tu sebab rasa manis bila direbus buat ulam atau boleh masak lemak dan masak tempoyak. Masa rebus jagungpun biasanya saya akan tinggalkan kulit yang didalam tu selapis dua utk dapatkan rasa manisnya dan rasa jagung lebih segar dan sedap, tak tahu pula berkhasiat rupanya

  12. terima kasih atas infonya.

    kegunaan lain juga untuk mengobati kolesterol, disamping dibuat bakwan udang.

  13. Emmmm…..jagung muda selain masak lemak juga sangat sedap dibuat acar…bahan2nya cili kering,halia,bawang putih,bawang merah blend atau tumbuk,tumis hingga naik baunya campur sedikit cuka,garam,gula dan semangkok santan bila mendideh masukkan jagung muda dan dgn kulit yg masih lembut….layu angkat emmmmm sedap…..

  14. Terima asih atas maklumat terbaru

    Maha Agung, Maha Kaya, Maha Mengetahui. Setiap apa yang Allah jadikan ada faedahnya. Manusia disuruh mengkaji apa yang Allah jadikan. Subhanallah.

  15. tak sangka saya, selama ini bendaAllah ini di buang begitu saja. Kalau kita amati betul-betul disekeliling kita penuh dengan ubat-ubatan cuma kita saja tak pedulikan, saya memang suka merawat diri dengan herba tapi taklah cekap sangat. tq kpd semua yg joint kat sini

  16. sy suka mkn jagung rebus…kerana suka rasanya, tp pucuk jagung taksuka..tp rupanya2 byk khasiatnya…tkasih..krn info ni…emmm nant nak biasa2kan mkn pucuk jagung jga.

  17. bulu jagung boleh ditampal pada ketiak yang mengalami keguguran atau menghidapi penyakit kebotakan di daerah ketiak….

  18. saya dah agak bila lepas makan sayur lemak putik jagung saya pening-pening. dan bacaan gula dalam darah saya 1.8 mmol! rendah sgt tu. nasib baik saya ni xada kencing manis, kalau tak mahu hypo. lgpun sebelum ni ada sorang pakcik ni (diabetic) pernah bagitau supaya amalkan mkn jagung muda rebus utk turunkan gula dalam darah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam