Buah Strawberi Tingkatkan Testosteron

buah-strawberi

Buah strawberi amat kaya dengan kandungan zink yang tidak terdapat pada buah-buahan lain. Khususnya lelaki, zink adalah amat penting kerana ia berkait rapat dengan seksualiti seseorang. Menurut Patrick Hoiford dari Institute for Optimum Nutrition, zink yang terkandung dalam strawberi itulah yang membantu meningkatkan pertambahan hormon testosteron yang diperlukan dalam penghasilan sperma. Selain itu, strawberi juga didapati mengandungi khasiat antioksidan yang membantu melancarkan aliran darah kepada organ seksual. Namun begitu, pengambilan zink tidak harus melebihi 30 mg sehari.

Number of View :6359

4 comments

  1. Salam.
    Strawberi ini sama seperti buah roselle teramat lah sedapnya bila dibuat jem. Anak-anak suka makan jem strawberi dengan roti/biskut. Nak buatnya sama macam nak buat jem roselle/nenas. Eloknya dibuat sendiri kerana bebas dari bahan pengawet. Wassalam.

  2. BUAH STRAWBERY AGAK MASAM MASA BELI KAT CAMERON HIGHLAND, TAPI BILA CICAH KAT SOS CILI CAMPUR KICAP SEDAP LA PULAK MACAM MAKAN MANGGA MUDA… PERGGHHHH TERLIUR

  3. Cara cara buat jem strawberry atau mulberry atau roselle atau nenas.

    Semangkuk buah buahan tersebut.
    Gula pasir (terpulang kepada citarasa masing masing)
    secubit garam (sikit je)
    sedikit air.

    untuk menghilangkan rasa masam yang keterlaluan, rebus dulu buah tersebut. air jangan dibuang sebab boleh dijadikan jus dengan mencampurkan gula secukup rasa.

    bahan bahan diatas di mesin sampai halus.
    masukkan kedalam periuk dan kacau sampai kelihatan “jernih”, dan boleh lah disapukan keatas roti.

    saya dah cuba buat jus jus ni. semua sedap sedap belaka.

    cubalah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam