Buah Tampoi

tampoi1

Mungkin anda biasa mendengar Hospital Bahagia yang terletak di Tampoi, Johor tetapi pernahkah anda mengenali atau merasai Buah tampoi? Saya percaya buah tampoi ini masih banyak lagi dijual di pekan-pekan kecil atau di pasar tani di kawasan anda. Namun, generasi muda hari ini masih ramai yang belum mengenali buah ini.

Buah Tampoi atau nama saintifiknya  Baccaurea griffithii mempunyai  rasa yang enak dan sedikit lemak. Namun, ada juga yang kata isinya yang bewarna putih itu mempunyai rasa yang  sedikit masam. Bagi masyarakat Orang Asli pula  ia boleh dijadikan minuman keras.

Selain dimakan segar, saya tidak pasti adakah ia ada digunakan dalam masakan atau sebagainya. Anda mungkin boleh memberi sedikit komen sekiranya di kampung anda masih terdapat lagi pokok tampoi ini..

Number of View :35567

99 comments

  1. salam,
    menarik..buah tampoi makin dilupai. mungkin sebab tak pernah tgk atau makan. hanya dengar dengar. di tempat saya masih ada. di kedah ni. makan kadang kadang ok laaa..

  2. buah tampoi memang sedap dimakan. biasanya bnyak di jual ditepi jalan dari tapah ke Cemeron highland olih penduduk asli. Rasanya Masam2 manis jika tak cukup masak . isinya putih seperti isi manggis.

  3. Wah..lama tak makan buah tampoi ni..

    Walaupun leceh sikit nak makan sebab isinya macam berlendir bila digigit.. tapi rasanya mmg sedap

    Ada sesiapa tahu khasiat kulit buah tampoi ni…?

  4. Buah ini dikenali juga sebagai buah larah diperak utara,terdapat dua jenis besar dan kecil,buah bermusim ,kulit tebal rasa kulitnya masam isi yg masak manis,berbuah pada batang dan dahan utama seperti rambai pokok seakan pokok rambai.isinya boleh dibuat cuka makan setelah cukup tempoh penapaian.

  5. Buah ni memang saya pernah makan, rasanya manis tapi saya sendiri tak kenal pokoknya. Ni kerana di kampung saya takde yg menanam pokok ini tapi buahnya boleh dibeli semasa “Tamu” apabila tiba musimnya berbuah.Untuk kegunaan lain saya tak pasti…..yg buah tampoi ni memang sedap dimakan begitu saja seperti makan buah manggis.

  6. Salam. Saya tak pernah merasa buah ini sebab tak pernah jumpa. Insyaallah saya akan mencari dan merasainya.

  7. Salam. minggu lepas sy makan buah ni, sy beli kat pasar pagi Sabak Bernam Selangor, buahnye sedap. masam2 manis, tapi tak ramai org tanam pokok nie coz buahnye murah dan tak laku sgt.

  8. salam. buah ni sebelah utara saya pernah jumpa dan pernah makan. saya rasa org2 dahulu pasti tahu.mcm budak2 sekarang seperti anak2 saya tak kenal buah ini. Isinya masam manis..Buahnya pun murah aje

  9. salam, kecik2 dulu selalulah makan buah tampoi ni. rasanya masam2 manis. kulit tebal. buah seakan-akan buah duku. sekarang dah susah nak cari pokok tampoi ni. kat kg pun dah hampir pupus dah pokok ni. nak cari anak benih dia tak tau kat mana….buahan tempatan best…..

  10. Salam. Suatu hari saya nampak buah ini dijual dalam perjalanan melalui perkampungan orang asli. Saya tanya suami dan dia kata buah tampoi dan payah jumpa. Kerana teringin sangat nak rasa, saya beli RM10. Ingat mahallah. Tapi terkejut juga saya sebab dia bagi saya 4 ikat dapat percuma 1 ikat lagi. bayangkan 1 ikat ada 12 biji. Puaslah saya dan jiran-jiran makan.

  11. salam…BUAH TAMPOI…buah nie sedaaap…, manis dan sedikit rasa masam…isi berwarna putih…yer…mcm manggis, tp kulit nyer tak bergetah seperti manggis…pokok buah nie biasa tumbuh meliar dalam hutan..saya tak pernah tengok pokok buah nie…kalo makan banyak sangat…terasa pening lalat sikit…Hehehehe…saya HANTU makan buah nie…sbb susah nak dapat kot…kalo bapa keluar berburu di hutan dan kebetulan musim buah TAMPOI…baru la dapat merasa isi buah nie…tp ini kali pertama saya dengar isi buah nie bole dibuat cuka makan…berminat nak tahu….

  12. Buah tampoi ni memang sedap,kalau makan x ingat dunia boleh sakit perut.Saya kat kedah dan buah2 tampoi ni banyak kat kawasan saya dan harganya murah.Buah ni ada yang manis dan masam.Sepupu saya ada tanam pokok ni dalam 15 pokok.tak habis dibuatnya kalau nak makan

  13. Buah ini ditempat saya dipanggil buah merekang@merkang (saya tak pasti ejaan yang tepat). merupakan buahan kegemaran saya. 2 pokok yang saya tanam telah pun berbuah, tak ramai yang menanam pokok ini.

    Terima kasih teruskan perkongsian anda untuk generasi muda. Sedikit cadangan dari saya, apakata kalau saudara masukkan gambar daun atau batang pokok bagi setiap info yang saudara kongsikan untuk tatapan bersama

  14. pernah cuba tp xsuka dengan rasanya yg msm2 manis…1st time tgak buah ni thn lepas itupun ada org bg…

  15. salam..
    sy prnah mkn buah tu..
    kat terengganu pun pngil buah tampoi gak…..
    masam manis isi dia..
    sdap…
    cam buah rambai pun ade gak…
    last week bru jer sy mkn buah tu..
    time bsday teman special sy…
    dorg ambik dlam utan..
    mybe skrg dah x der org tanam kut…
    try ler smua buah tu….

  16. Terdapat di Pahang & Perak. Kebanyakan org yg jual buah ni adalah penduduk Orang Asli. Kalau nak pergi ke Camron Highlands kat tepi jalan ada org asli yg jual. Kalau ikut higway, kat perhentian Tapah ada orang jual. Kalau di Pahang di sepanjang jalan dari Muadzam Shah ke Gambang, byk org asli jual di tepi jalan. Di Melaka pun kekadang ada juga org jual. Khasiat dia tidak diketahui, tapi setakat ini tak pernah lagi orang gunakan untuk masalan, hanya makan begitu sahaja. Buah tampoi ini ada 2 jenis yang berisi kuning dan berisi putih. Rasa kedua-duanya sama sahaja cuma warna sahaja yg berbeza. Pokoknya besar dan tinggi (layak dipanggil balak). Buahnya berangkai. Itu sahajalah yang saya tahu, sebab saya kalau jumpa mesti beli punya. Biasanya orang jual RM 4 ~ RM 5 sekilo. Sekilo tu ada la dalam 7 ~ 8 biji.

  17. di Sarawak pun tampoi juga.Isi nya manis.Tapi saya tak pernah tengok pokoknya.Selalunya buah tampoi akan keluar selepas buah buahan bermusim habis. Sekarang di kuching berlambak buah durian.Dah tak lama lagi keluarlah buah tampoi. saya tak tau adakah tampoi ni ditanam atau buah hutan.Selalunya buah ni orang dayak yang jual.

  18. hi all,

    kat swak pn kami pggil buah tampoi gak..yg sy pnh igt dulu ms kecik2 nenek sy yg bbgsa bidayuh gunakan kulit buah tampoi utk mbuang kutu kepala. kulit buah tampoi yg tlh dkeringkan & digoreng tnpa minyak kmudian dtumbuk mjadi serbuk.serbuk kulit tampoi ni dlumurkan di kepala dgn minyak kelapa utk membuang kutu kepala.lepas dlumurkan,tunggu sketika kmudian skat dgn sikat kutu.insya allah lps tu kutu akan hilang.and mereka juga gunakan air buah tampoi yg tlh dtapai mjadi tuak selain tuak air beras.(tuak kat srwk ialah sjenis mnuman yg mmabukkan yer..)

  19. Kat tempat saya kat jerantut, pahang ada buah yang macam ni tapi kita orang panggil buah sentul. isi putih. rasa masam-masam manis. Ada lagi kat belakang rumah. pokok besar macam pokok balak. Betul ke buah tampoi ni sama macam buah sentul?

  20. Terima kasih kerana anda menengah buah-buahan tempatan dalam mel anda,jenerasi kini kalau disebut mungkin tidak mengetahuinya.sememangnya buah ini mempunyai khasiat yang belum diterokai…rasanya ada yang manis dan ada yang rasa sedikit masam..khasiat dari buah ini amat banyak..tetapi untuk untuk memperolehinya mengikut musim dan pokoknya seakan – akan pokok rambai.

  21. Saya pernah makan buah tampoi masa dulu-dulu. Seingat saya buah ini seakan duku Johor atau di Pahang di panggil duku Ketapi. Rasa sebenarnya manis tapi ada kalanya kita termakan yang agak masam. Masam atau manis mungkin bergantung kepada varieti atau persekitaran pokok. Julat antara masam manisnya seakan rambai.

  22. Buah tampoi ini banyak dikampung saya,buahnya jika cukup masak amat lah manis(manis buah lah) kalau rasa masam tu bermakna belum cukup masak.

  23. Buah tampoi antara buah tempatan yang sedap di makan, tapi sukar diperolehi kerana jarang ditanam di kebun sebagaimana buah manggis, rambutan dan sebagainya.
    Buah ini biasanya dituai di hutan-hutan bila musimnya.
    Kalau di Kelantan dan utara Terengganu buah ini dipanggil buah ngeke.
    Elok juga buah ini ditanam secara komersil kerana potensinya untuk dipasarkan. Kalau buah manggis terbukti mempunyai nilai kesihatan pada kulitnya, mungkin buah tampoi ada khasiatnya tersendiri.
    Wallahuahlam…

  24. buahnya sedap.. masam manis .. isinya macam manggis,
    lembut, tapi ia kecil.. sekali telan jer.

    tambah maklumat ia
    Buah Pokok Tampoi juga dikenali dengan nama buah larah di Hilir Perak. Banyak ditanam di Sungai Lui, Hulu Langat dan di Johol, Negeri Sembilan serta di Johor. Bagaimanapun, buah ini tidak begitu popular berbanding dengan durian, dokong atau rambutan. Banyak yang tidak pernah makan buah tampoi dan tidak tahu namanya.

  25. Mmg ssah nak dpt skrg buah ni… bila musim buah ni dtg, spjnag jln Kajang ke Seremban ada Org Asli jual, tpi agak mahal gak… RM2.00 tuk 5 biji…

    I suka rasanya yg masam2 manis..

  26. selain buah ni dimakan…..kulitnyee blh dibuat sambal dengan anak ikan keli…..dahulu sye pernah makan sambal kulit buah tampoi ni…..nenek sye yg msk ..ish meleleh air liur bila tringat sambal2…dia ada rasa masam2 +pedas sedap…………..

  27. Buah ni ada jugak la di Yala ni,org.sini panggil buah “mengkang” atau “nge kae” sangat digemari…ada nilai harganya kat sini. Anak raja suka makan buah ini….
    kerna itu ianya dijadikan buah makanan kegemaran diraja. hal lain-lain wallahuaklam….

  28. Tak tau pulak buah tampoi ni. Kalau tengok gambar tu memanglah buah taban dan rasanya memang sedap.Tapi kalau taban tu rasanya pokok hutan. Oleh kerana taban ni pokok hutan ianya kini sukar ditemui.
    Taban isinya putih dan kulitnya agak tebal juga.

  29. Buah tampoi memang sedap juga kalau biasa dimakan,rasanya masam-masam manis,saya pernah makan semasa saya ditugaskan menjaga keselamatan orang asli di pos Shen kuala lipis pahang suatu ketika dahulu,memang terdapat di perkampongan orang asli pokok tersebut.

  30. rasanya buah nie mcm buah rambai…. isinya pun lebih kurang mcm buah rambai…..
    buah nie mmg sedap bg yg minat.. bg org yg x minat makan sebiji pasti terus buang…

  31. slm..hmm..buah Tampoi..buah ni mmg best..sbb skrg x byk tempat yg kita blh jumpa..klu ada pn kebanyakannya kt kampung2..kt bandar ni x ramai yang kenal buah ni,melainkan org 2 pnah mkn buah ni @ mmg berasal dr kg..klu zaman kecik2 dulu mmg biasa sgt mkn buah ni bl balik kg..bestt..isi putih 2 mmg manis bila masak..ada jgk yg rasa masam sket..tp layann…

  32. Saya pernah makan buah tampoi . Rasanya manis masam . Kalau ada sesiapa ingin merasanya , bolihlah beli disepanjang lebuhraya Tun Razak dari Segamat-Muadzam yang dijual olih orang asli. Seperti juga buah sentol , warnanya kekuningan dan agak kecil sedikit. Bila makan , jangan telan biji , nanti bila masa nak ‘membuang’ ada masaalah sedikit .

  33. Biasa dengar. Mungkin pernah nampak tetapi tak pernah rasa. Jika terjumpa nanti ingin juga nak rasa.
    Tq all the same for the info. Keep up the good job.

  34. memang kat tempat sy orang panggil buah tampoi..memang sedap n lemak dan awas jgn menelan bijinya. kekadang makan isinya boleh melekat kat lidah..tapi ingat sentul n buah tampoi memang berlainan buahnya..beruntung jd org kampung sebab boleh rasa macam2 lagi buah yang jarang org ketahui n makan…buah jentik pun unik jugak!!kalau nak tau lebih lanjut datang la ke utara.

  35. Masa kecil dulu,adalah pokok nie kat kebun,sedap rasanya,tapi sekarang dah lama tak makan…pokok pun dah tiada..

  36. saya ingin mendapat maklumat tentang buah ajaib.

    Soalan

    Apa itu buah Ajaib?

    Dimanakah boleh saya beli benih pokok tersebut dan cara penanamnya?

    Dimanakah boleh saya beli buah yang telah di keringkan.

    Jika ada agent bolehkan tuan memberi alamat atau no. talipon syarikat tersebut

  37. salam…fatir jerantut td myb tesilap…buah sntul lebih kurg gak bentuk die cume isinya berbeza…tampoi ni ada gak org pgl taban n ada dua versi, kulit putih n merah…klu sesiape yg slalu lalu hiway segamat kuantan mesti penh tgk org asli jual buah tampoi ni kt tepi jalan area muadzam…..1 ikat 5 hengget…mahal…tp sedap tepaksela beli kn….huhu

  38. Fuh…favorite saya tu…kalau jumpa kat pasar or tepi jalan orang jual buah tampoi ni mesti saya beli.Bukan selalu jumpa.Kalau membeli tu mesti kurang2 dua ikat.Sekarang ni orang dah pandai makan so seikat pun dh naik harga sampai Rm3.Hari tu ajar anak sedara makan buah tampoi,sekarang diaorang pun dah suka,siap pesan kalau jumpa….Member cakap kat Tapah ada banyak jual….tapi tak yah la dari Ipoh sampai nak turun ke Tapah cari buah 2 kekadang kat pasar malam pn ada,baru bulan lepas beli kat pasar Batu Gajah…

  39. bbuah tampoi memang manis. susah nak cari kerana ia
    bermusim, saya kalau jumpa beli banyak.

  40. Masa saya di zaman kanak-kanak selalu memanjat pokok buah tampoi ini. Buahnya sedap. Orang-orang tua dulu kalau makan terlalu banyak boleh memabukkan. Fakta ini belum dibuktikan secara saintifik.

  41. untuk pengetahuan semua, buah tampoi ni isinya bukan berwarna putih tp orange kalau masak, memang kami kat sarawak ni menggunakan pati dpd isi buah tampoi ni utk menghasilkan air tuak( sejenis minuman keras). kalau ada yang komen buah ni mahal memang patutpun sebab ianya berbuah selang 4-5 tahun. pokoknya besar dan dahannya liat. kalau makan jgn telan banyak boleh luka dubur kalau buang air besar(based on my experiance). saya sangat arif ttg buah ni sbb masih byk kat kpg saya, ianya ditanam bukanlah tumbuh liar.

  42. dulu buah dan pokok ni banyak terdapat dekat hutan berhampiran dengan kampung aku. biasanya ia tumbuh meliar di tepi-tepi sungai. tapi sekarang ni semuanya dah tak ada akibat kemodenanlh katakan… semua dah ditebang untuk wat ladang sawit. rasanya masam manis dan isinya berulas macam isi rambai, tapi lebih pejal sedikit.

  43. Buah tampoi banyak terdapat di sarawak esp di Miri, di waktu ini. Kalau nak makan datanglah ke Miri harganya murah sekarang kerana terlalu banyak……. kalau makan telan dgn bijinya sekali rbaru asa puas tapi nak buang air besar ………………

  44. Buah tampoi dikenali sebagai pugi di kalangan kaum dusun di Sabah. Sejenis tumbuhan liar dan buahnya memang boleh dimakan. Rasanya ada yang manis dan ada yang masam seperti mana buah manggis. Di Sabah, buah tampoi atau pugi tidak lah dijual dengan harga tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam