Buah Setumpol @ Buah Kusta

buah-setumpol3

Buah Setumpol atau nama saintifiknya Hydnocarpus anthelmintica juga dikenali dengan nama Buah Kusta. Pokok buah ini saya temui di dalam kawasan MARDI Serdang lebih setahun yang lalu. Waktu itu, pokok tersebut mengeluarkan buah dengan banyak sekali. Malangnya ketika itu, saya tidak tahu akan namanya apatah lagi boleh dimakan atau tidak.

buah-setumpol4

Sehinggalah baru-baru ini saya menonton sebuah dokumentari berkaitan penyakit kusta. Dikatakan terdapat sejenis buah yang menjadi penawar penyakit kusta ketika itu. Tidak lain dan tidak bukan ianya adalah buah setumpol atau buah kusta. Buah ini sama seperti apa yang saya pernah lihat.

buah-setumpol5

Menurut sumber, di penempatan Pusat Kawalan Kusta Sungai Buloh, pesakit kusta hidup secara bebas dengan kediaman yang disediakan. Di sini vaksin mencegah kusta ditemui dari sejenis pokok berbuah dikenali sebagai Pokok Setumpol.  Buah dari pokok ini dijadikan sebagai penawar bagi pesakit kusta.

buah-setumpol

Buah Setumpol diketahui boleh dimakan dan sebahagian sumber menyatakan minyaknya digunakan dalam perubatan tradisional.

Gambar di bawah adalah benih Pokok Setumpol yang saya telah biakkan lebih setahun yang lalu. Sebenarnya saya buang biji tersebut dekat luar rumah, tidak sangka ia tumbuh.

buah-setumpol2

Jika anda mempunyai cerita di sebalik buah kusta ini, silalah kongsikannya di sini ya.

 

Number of View :4120

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam