Buah Pokok Apa ni…?

buah-palma

Siapa tahu.. Buah pokok apa ni? Bila dah masak warnanya menjadi merah seperti di bawah ni.. Getah buah pokok ini kalau kena tangan memang gatal. Teringat masa zaman sekolah dulu.. main baling-baling dengan kawan.. guna buah pokok ni la.. memang cari yang masak betul.. kalau yang masak sangat memang merah darah warnaya..

buah-palma2

Pokok palma ni memang ada nama.. kena check buku balik.. ada sesiapa yang tahu atau ada cerita tentang pokok ni harap dapat kongsikan bersama.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :25175

28 comments

  1. pokok nie namanya adalah pinang moyang, kalau pokok dah nama pinang moyang buahnya mestilah pinang moyang gak…

  2. sepanjang yang saya tahu pokok palma ni namanya Machaturi.. saya pernah tanam 6 perdu dalam kawasan rumah. Buah akan jadi tarikan burung dan ini menyebabkan grill dan cermin tingkap jadi kotor.

    setelah lebih sepuluh tahun satu perdu mengandungi 5 atau 6 pohon.. makin lama makin tinggi dan jirus (Mengecil) saya tebang semuanya tahun lepas sebab dah tak cantik dan selain buah yang menjadi tarikan burung, pelepahnya jadi sampah yang sukar dibuang sebab pekerja bandaraya tak mau ambil.

  3. assalamualaikum wm.wbt.

    pokok ini orang KL panggil pokok buah gelatang, getah nya memang gatal , bila garu boleh sampai melecet kulit di buat nya.

  4. pokok ini dinamakan pokok Kemudin. kalau terkena getah Buah kemuden memang gatal. Ingat tak cerita P.Ramlee yg jual ubat tu ..seorang baling dgn buah ini dan seorang jual ubat palsu…apabila terkena buah ini jadi gatal…hahaha lucu..mereka kena hambat bila orang tahu itu ubat palsu..

  5. Tempat makcik siti sini namanya buah”MENGEDING’ memang gatal getah buahnya, kekadang kalau tak kena caranya masuk dlm isi (daging) gatalnya. hati- hatilah ye…
    memang pokoknya cantik buat hiasan…
    salah main ,kena getahnya, gatal leeeeeeee…….

  6. aku xtau la name pokok ni.tpi buah dia aku panggil buah gatal.mase kecik2 dlu selalu ambik buah ni yg dah masak pastu baling kat org heheheh jhat giler

  7. salam. disebelah utara pokok ni namanya pokok ‘dudog’.Buah nya gatal.tapi umbutnya bolih dimakan, dibuat kerabu + kerang .

  8. sah kaum kerabat palma …

    satu lagi buah gatal dalam family palma juga, kat kampung saya di panggil buah tukas, hidup liar di tepi sungai dan kawasan yang rendah (sekarang selalu nampak dibuat hiasan sebagai landscap, dan di taman2 ) .. buahnya yang muda dan masih hijau mengeluarkan getah (kalau buah di ketok atau kulitnya di pecahkan ) yang kalau terkena kulit boilh jadi gatal .. zaman nakal2 dulu pi ambik satu tandan dan ketok buah2 yg masih hijau tu di ulu sungai >> pasti yang mandi di bawah akan bergaru gatal bila kena air yang mengalir dengan getah buah tukas nie … ini semua pastime budak2 nakal kat kampung dizaman silam ….

  9. ore klate panggil buah ngede.kena gatal.tapi wat ubt gatal, rebus setandan buahnya n air dia wat mandian.syaratnya jgn bagi buah 2 relai atau luka.kalau x lagi gatal la tubuh 2.

  10. pokok ni name pinang mayang@merah,buah dye kalo msak leh mkn la.yang wane oren@merah.tpi buah dye kcik2.n mkn bnyk2 mabuk,arwah nenek sye kalo g umah ank kat banda kan,x de pokok pinang,buah ni la dye mkn ngn sireh,rse dye x la kelat sgt,cme isi dye lembut ,x mcm pinang biase

  11. ni pokok macathuri sempena nama mac athur.ia tak gatal macam tukas,.langsung x gatal.biasanya yg gatal orang je sebab suka conteng batangnya.he! he! ha! ha!

  12. Palma, sejenis tumbuhan yang banyak pisiss.

    palma ini tiada didalam hutan didaerah saya. ia dibawa ketempat saya sebagai tanaman hiasan .

    Pokok Ngedeng. sejenis pokok palma juga buahnya seakan serupa dengan pokok pinang hiasan ini . getahnya gatal jika terkena kulit, dizaman dahulu kala masyarakat mengunakan habuk dari pelepah pokok ngedeng sebagai bahan utama membuat Api dengan mengunakan peralatan yang diperbuat dari tanduk kerbau /kayu keras dipanggil GOBEK API.

    sejenis lagi pokok palma yang digunaka oleh manusia iaitu pokok Kabung. Getahnya gatal juga jika terkena kulit, isinya sedap dimakan, mayangnya boleh digunakan untuk mengambil nira untuk dibuat cuka atau gula kabung. tq

  13. Jenis palma ni ada 2 jenis yg. biasa kita nampak. Satu yg. tumbuh meliar dipinggir2 belukar, batangnya lebih besar, org utara panggil pokok dudug/kelate panggil pokok ngeding. Air buahnya memang gatal kalu kena kulit. Yg. ditanam sebagai hiasan halaman rumah tu lain lagi. Pokoknya berbatang lebih kecil dan cantik seperti btg. pokok pinang. Buahnya pun gatal juga.Tapi dudoq teramat gatal, Kena ditapak tangan, tak gatal. Pemukaan kulit yg. lain bahagian tubuh, gatalllllll….. Mainan saya waktu kecil dulu.

  14. Buah ini bukannya buah ngedem yang gatal itu. Ini adalah buah pinang merah tetapi saya tak pasti namanya. Terdapat banyak perbezaan antara pinang merah ini dengan buah ngedem. Pinang ini banyak ditanam di kawasan rumah sebagai hiasan dan memang menarik banyak burung datang memakan buahnya terutama burung ‘tempuling mata merah’.

    Buah ‘ngedem’ (dipanggil orang Kelantan) pula memang gatal. Pohon ngedem ini mempunyai ciri yang sangat unik di antara spesis pohon palma. Ciri khasnya adalah tandan buah yang paling tua/masak terletak paling atas berbanding tandan yang lebih muda terletak lebih ke bawah. Senangkan untuk mengenalinya… Mungkin ada sesiapa yang boleh postkan gambar pohon ngedem di blog ini untuk tatapan semua.

  15. ohh ,ini buah keduduoq,buah yang digunakan oleh Allahyarham P Ramlee dalam filemnya.Pokok ini menjadi makanan kesukaan gajah

  16. Buah poko ngedem ni seakan buah enau. Kedua-duanya pun gatal. Tapi buah nau setalah dibakar hilang gatalnya.

    Dulu masa saya kecik-kecik ada diceritakan orang yang nak kenakan suami isteri akan memasukkan buah ngedem kedalam tempayan air mereka. Apabila mereka basuh anu mereka setelah xxx gatalnya tidak terkira…Allahu a’lam

  17. Tak ternampak seluruh pokoknya, tapi, kalau pokok Macarthur’s Palm, namanya ialah Ptychosperma macarthurii. Tetapi kalau pasti getah kulit buahnya gatal, tentulah pokok Dudoq (kata oghang Kedah), iaitu, dari jenis Caryota mitis, atau C. albertii, ataupun, C. cumingii….malah, semua spesis dari genus Caryota mempunyai getah yg toksik/gatal. Macarthur’s palm tidak begitu toksik dan selalu digunakan didalam senireka landskap, tekaan saya, gambar diatas dari sebuah taman, jadi besar kemungkinan, P. macarthurii.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam