March 28, 2024

ubi3

Lama pula rasanya tidak update Blog ni. Banyak email yang saya terima bertanyakan tentang tumbuhan dan mencari maklumat sesuatu tanaman. Maaflah, rasanya tidak termampu saya memenuhi permintaan anda buat masa ini. 2 minggu lepas saya ada menerima email dari seorang yang bertanyakan pokok yang mempunyai buah yang pelik ini. Terkejutlah juga sebab tidak pernah melihat buah seperti di bawah ini sebelum ini.

ubi2

Menurutnya, buah ini keluar di celah daun pada batang pokok ini. Mulanya saya saya sangka pokok ubi badak kerana daunnya seakan sama. Namun, ternyata ia bukan. Jadi, saya dan pengirim email tersebut memohon kepada anda yang pernah lihat buah ini atau pernah mencubanya , bolehlah kongsikan sesuatu di sini.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :21092

28 thoughts on “Buah Pelik apa ni?

  1. salam. gambar diatas tu adalah sejenis ubi bukannya buah .ubi ni dikenali dengan nama ubi tum. ubi tum ni dikupas kulitnya dan dimasak kari ikan keli atau ikan haruan.rasanya lebih kurang macam ubi kentang.

  2. salam. orang Terengganu panggil buah ni dengan nama ubi sentul walaupun ianya adalah buah. Ia boleh dimakan dengan cara merebusnya atau membakarnya.rasanya agak-agak pahit sedikit.boleh dijadikan penawar penyakit kencing manis.

  3. salam…kat rumah mertua ada la pokok ni..tapi buah/ubi ni,nama tak penah tanya pulak… x lah mcm ni…nak bulat sikit…klu dlm bahasa inggeris disebut air potato (kalau silap minta maaf yer)…

  4. terima kasih.. satu maklumat yg baik.. tak sangka pulak ada sejenis ubi yang bukan dari tanah..

  5. Namanya ubi tum ubinya tumbuh di atas pokok juga didalam tanah rasanay cam ubi kentang tapi agak berlendir sikit.sangat sedap jika dibuat gulai dengan ikan darat(air tawar)spt ikan puyu,keli.
    pokok ni arwah mak saya pernah tanam tapi semenjak dia tak ada tak ada org ambil tahu .pokok tu entah kemana menghilang…….

  6. inilah ubi gadung , mmg semakin pupus pokok ni dats y ramai yg x kenal , ubi gadung ni elok untuk kecantikan kulit , cuberler taye google , kt kg , ader org usahakan bedak sejuk berasaskan ubi gadung ni

  7. meh saya kumpul nama diya…. ubi tum, ubi gadung, buah susu gajah, ubi sentul.. saya pnah dengar ubi sentul je.. ubi lain tak nah dengar.. info baru ni kalu gi ke daerah2 tertentu,, kenala tau nama-nama ni… ubinya satu je,, namanya banyak,,,, wauu.

  8. ini buah ubi gadong yg org tua2 dahulu wt tuba untuk menuba ikan disungai pada musim kemarau……..buah memang mempunyai racun…….x blh di makan

  9. ini ubi gadong namanya.Boleh dimakan ttp kena basuh di tempat air mengalir…jika tak kena cara beracun jdnya dan boleh memabukkan.

  10. ni namanya ubi stong.kat kelate sohor og wat ubat darah tinggi n rendah.rebus n mkn isi dia.dia ad 2 jenis putih n coklat mcm gambar 2. rasanya pahittttttttttt sgt.tapi ad lemak2 skt.

  11. Memang namanya ubi gadong, tapi gadong tum. Boleh dibuat gulai bersama ikan darat/ikan ai tawar. Bila cukup matang dia akan gugur sendiri, ‘ bunyi tum’ satu lagi ubi ni juga dipanggil – ubi takut babi. Itulah sebabnya berubi di atas . Tapi di bawah juga ada ubinya lebih sedap dari yang di atas.

  12. Macam-macam tafsiran..ubi gadong, ubi tum, ubi gajah, ubi takut babi, ubi stong. Setahu saya ubi gadung tu kalau tak betul cara proses boleh mabuk. Tapi camne ada yang kata boleh buat gulai dengan ikan darat, rasa sedap macam ubu kentang…dan tak mabuk. Tapi kalau ubi gadong betul lah kata En Izziham dicuci ditempat air mengalir, sbb masa sya kecil2 dulu org kg proses ubi gadong macam tu

  13. salam sumer….cuma nk kongsi ttg buah ni….kat depan rumah ayh sy ader byk sgt buah ni tumbuh menjalar…tpi sy x der amek port plakttg buah ni,ayh ader cter ttg khasiatnyer,ayh pggil buah MAHARANI..tpi x thu la yg mner 1 btol…u all pgil mcm2 nme…pelik plak..ayh ckp buah mmg sush nk jmpa…tpi sy slalu jer jmpa???sbb byk sgt kat dpan umah ayh,kdg2 smpai terpijak2… u all nk thu x???buah ni sy x pnah tgok ianya berbatang atau berdaun…yg sy nmpak cme akr yg menjalar,buah ni tumbuh tumpang kat pokok2 yg ader berhampiran dgn ia..sy slalu tlg ayh potong untuk dijemo ..erm….aper2 jer la…anyway if u all nk kongsi aper2 contact2 la kt fb kite erk…leh kite sme2 kongsi rahsia buah yg unik ni…

  14. Sekitar 60an masa saya kecik2, ubi ini dikenali dengan ubi tum. Pokoknya tumbuh menjalar pada pokok jambu nenek. Ubinya sedikit belendir bila dikupas kulitnya. Perlu dicuci hingga hilang lendir sebelum di masak. Biasanya masak kari bersama ikan darat (ikan air tawar seperti haruan, keli dan puyu).

  15. ramai jugak yg tak kenal ubi gadong, sah ini bukan ubi gadong..gadong berwarna kuning isinya,ianya beracun. batang ubi gadong berduri. saya kenal ubi gadong sejak kecil lagi, tetapi ubi ni baru setahun dua ni tengok, skrang ni melambak lambak di sekitar rumah saya. saya tanam sendiri. menurut org yg memberi benih nya kpd saya dulu, ini juga di sebut “buah Buah Pinggang” ada juga yg sebut mengkudu afrika. guna nya utk darah tinggi,kencing manis, dan masaalah jantung. di hiris nipis dan jemur kering slps itu di rendam dgn air panas spt membuat teh dan di minum.

  16. sy ada tanam buah ni..ramai org x taw khasiat nya..ye lebih power daritongkat ali..klu taw khasiat tongkat ali..kowg sume akan taw tentang khasiat buah ni..

  17. sekali imbas tengok macam buah manjakani..kat belakang umah mak tanam pokok ni…selalunya buah ni bulat..ada yang besar n ada yg kecik…

  18. Saya ada tanam pokok kentang udara ni, sesiapa yang hendak membeli buahnya bolih menghubungi saya. TK

  19. Assalamuaikum, Saya dah buat sdikit kajian sdiri. Di bwh, dlm tanah bketoi2 ubi tum lbih bsar, di atas yg mjalar buah tum lbih kecil. Dah cuba rebus dan saya mkan, rasanya msih pahit mcam Tongkat Ali, Mkan tak jadi apapun, tak bracunpun. sbelum sembahyang subuh rasanya mcam vellgra. Sblum tuu isteri saya sakit perut mkan minuman berasid, mkn 3/4 keping, stengah jam lepas tuu dah sembuh. Siapa2 nak cuba saya blih poskan yg dah dikeringkan, 011 15438352/016 4180708, Harga blih runding, Insaallah

  20. Di Langkawi di ubi pujut. Sekarang saya ada tanam di Taiping. Buah ada tetapi tidak besar. Masa saya budak-budak dulu buahnya dicucuk guna lidi kelapa (seperti cucuk sate) lepas itu dibakar. Sedap juga isinya gebu. Manakala ubinya pula dimasak lemak sedap rasanya. Buah dan ubinya tidak mabuk. Yang mabuk adalah ubi ara (orang Langkawi panggil) dan bila saya lihat dalam google dinamakan ubi gadung putih. Yang itu beracun dan ada beberapa step memproses baru boleh dimakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam