Buah Nona

nona

Tentu anda biasa lihat buah ini.. tetapi pernahkah anda merasai buah ini? Buah Nona atau nama sainsnya Annona squamosa berasal dari Amerika Selatan, merupakan sejenis buah  yang berbonggol dan mempunyai banyak biji. Terdapat pelbagai jenis Nona, antaranya yang mempunyai kulit bewarna hijau atau merah.

Dari segi khasiat buah nona mengandungi protein, kalsium, serat, zat besi, vitamin dan mineral. Kandungan yang paling ketara ialah niacin yang dikatakan dapat mengatasi masalah sindrom saraf.

Di Malaysia mungkin ia tidak popular tetapi di  Amerika Syarikat ia mendapat pasaran yang besar dan dijual dengan harga yang mahal. Kalau anda ada pokok ini di rumah cubalah menyemai bijinya, mana tahu pada masa akan datang buah nona ini mendapat permintaan.

Number of View :28546

57 comments

  1. emmm..sedapnya buah nona. lama dh x mkn…last mkn wakt sekolah rendah dulu. jarang jumpa la
    kalau jumpa pun kat dalam pagar rumah auntie2 chines je.

  2. satu2nya pokok nadir yang hampir pupus. saya mempunyai anak pokok nona ni, lebihan projek landskap tepi jalan, kalau ada sapa2 yang berminat hubungi saya, sikit2 tu boleh saya bagi.
    azro2576@gmail.com

  3. Nona nona zaman sekarang,tak boleh ditegur tak boleh dilarang. Itu lagu zaman 60 an popular tu… Buah nona memang sedap. Kelopak bunganya harum seakan-akan bau pisang bunga. Buah nona ni suku sakat buah sekaya bezanya buah nona agak besar,kurang manis ,isinya lembut dan kulit licin manakala buah sekaya rasanya amat manis,isinya juga lembut dan kulitnya mengerutu. Khasiatnya saya tak pasti cuma saya nak kongsi pengalaman dengan tumbuhan nona atau sekaya ini. Selain masak dipokok ada kaedah lain bagi mengelakan buah tersebut dimakan burung, anda kena pastikan buah tua saja yang dipetik. Ambil sekali dengan tangkainya kemudian dibahagian atas buah hendaklah dicalit dengan kapur makan akhir sekali simpan buah berkenaan didalam tong beras kita. Insyaallah buah nona atau sekaya akan cepat masak. Selamat mencuba….

  4. buah nona jenis kulit licin,muda kaler hijau masak merah,masa remaja memang selalu makan sebab arwah mak memang suka makan dan tanam depan rumah.memang sedap,manis dan halus isinya.bila kulitnya dah warna kemerah2an memang kena petik dan peram kalau tak alamat tak merasa la.

  5. Slm,

    Buah nona dan buah durian belanda dalam kumpulan yang sama… tetapi di malaysia orang lebih suka dan selalu lihat buah durian belanda (walaupun hidupnya di Malaysia!!!). Terdapat beberapa kawasan di mana buah nona ini ditanam secara besar-besaran antaranya di Felda Fruits Farm Sg. Tengi Selangor. Berkunjunglah ke sana kalau nak tengok, rasa buahnya… anbik gambo.. atau nak beli buah nona ni…Tentang khasiat tu… banyak artikel dalam jurnal-jurnal telah dikeluarkan cuma yang mungkin orang kurang perihatin adalah kegunaan dari segi perubatan “tradisional’ terutama dunia perubatan Melayu dan Cina… sebab maklumat berkenaannya kurang tersedia dalam bntuk bertulis..

    Wallahualam..

  6. Nona ke? Sekaya ke? Kedua-duanya betul, panggilan mengikut daerah masing-masing. Di pendalaman buah yang berkulit licin tu memang dipanggil nona, tetapi terkemudian itu(4-5dekad dahulu) ada pula buah jenis menggerutu seperti dlm. gambar, orang kampung saya panggil Nona Jepun. Apa hubungannya dgn Jepun pun saya tak tahu. Mungkin saiznya ke? atau dikenali selepas perang dunia kedua. Jika dibezakan nama “Sekaya” adalah lebih baik. Tapi namanya sebagai NONA sudah popular termasuklah di Pantai Timur. Khasianya: buahnya boleh mencegah sembelit, biji yang dibakar blh buat ubat cacing (Kata nenek)

  7. Buah nona berperisa manis dan lemak-lemak .amat menyegarkan bila memakannya. memudahkan pencernaan,untuk struktur kulit yang halus dan bagus untuk usus.sesiapa yang mengidap sembelit elok diamalkan memakannya. boleh dibuat jus.sungguh menyegarkan.Daunnya boleh dibuat jaram jika mengalami demam panas.Caranya ambil segenggam daun nona,diramas-ramas didalam semangkuk air dan disapukan dari kepala hingga ke seluruh badan.selawat 3 x sebelum menyapukannya.

  8. lupa pulak ,gambar yang kat atas tu buah seri kaya .Buah nona kulitnya licin ,tapi fungsi kedua-duanya lebih kurang sama.tapi sedap lagi buah seri kaya

  9. Suka makan buah ini , cuba tanam guna biji tapi tak tumbuh pun.
    Buah nona dari Australia pun sedap, besar macam buah kelapa muda .Pernah beli di Petaling Street.
    Not sure pasal khasiat nya, mungkin boleh cari dlm internet.

  10. saya slalu mkn buah tu.kt depan rumah ada.dulu arwah ayah tanam yang hijau dgn yg merah.tp skrg yg buah hijau tu pokok dia dh mati. nona merah lebih sedap,manis dan wangi… yg hijau tu kurang skit… ttg khasiat saya x brape pasti…

  11. Gmbr foto kat ats tu bkn buah nona. Kita dpt cam dr bentuk dn warna buah tu. Daunnya bbeza dgn daun nona yg sebenarnya. Daun nona agk hijau tua dn lbh runcing. Kat rumah aku byk pokok nona ni. Buah@jusnya blh myejukkn bdn. Daunnya pula selalu digunakn utk mgurangkn pns/menurunkn suhu ketika demam.

  12. Betoi, saya setuju dng jentayubisu, yang dlm gmbar tu buah sekaya, buah nona kulitnya lebih licin, warna kuning kemerahan bila masak, tapi isi di dlmnya lbh kurang sama, berwrna putih dan ada biji hitam keras, isi nya bnyak berulas2, tp bagi sy buah sekaya lebih sedap. Sy pun dngar cite buah ni skrng mahal harganya, baru2 ni abg saya bw blik 3 biji, ktnya dia beli kat hentian R&R, saya taak pasti pula R&R mn, cuma yang saya tau, dulu time sy kanak2, buah ni la yang ada buat kami budaak2 kampg dok merugas setiap ptg. Ada satu lagi buah yg sy rasa ada org bandar tak penah tengok ialah buah cermai moden , pernah dengar dak.

  13. saya biasa panggil buah ni, buah nona dan saya akui mmg ada beberapa jenis, kalau yang merah tu lagi sedap, dan orang2 cina memang selalu tanam buah ni. Tapi dah lama sangat tak nampak dan makan buah ni. Dulu masa kecik2 mak selalu amek daun dia ramas2 untuk redakan demam panas…. sama gak cam daun durian belanda, kalau diramas airnya akan jadik merah, untuk penyejuk badan… dan mmg mujarah

  14. banyak khasiat buah nona ni. sila rujuk dalam internet bawah nama “sugar-apple” atau “custard apple”

  15. mae kecik dulu kalo sekaya tu jenis yg hijau, bau wangi dan rasenye manis. skarang pokok tu dah tak jumpa lg. saya mencari species yg hijau tu sapa ada info leh la bg tau saya. saje nak tanamn kat laman rumah…

  16. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

    biasa jumpa dan biasa makan… kat Pasar Rawang dan Pasar Tani Mega Taman Bersatu Rawang ni biasa jual… dia jadi lembut sikit terus ngap aje… sedap

  17. salam …….memang saya suka makan buah ni..memang sedap……..bijinya juga boleh digunakan untuk merawat jerawat batu …caranya ambil biji yg telah hitam tu dan ditumbuk dengan kapur yg kita mkn tu…pas2 ianya rasa pedih sikit masa kita sapu kat jerawat tu….tapi utk jerawat batu je tau….

  18. salam…..
    aku cuma nak tambah ckit je.
    buah nona memang sedap rasanya. dari segi perubatan orang dulu-dulu, daun nona boleh digunakan untuk mengurangkan kepanasan bagi kanak-kanak yang demam. caranya, rendam daun-daun nona di dalam air dan usap air rendaman tersebut di kepala kanak-kanak tersebut. lakukan beberapa kali sehari.

  19. Nona, ada banyak jenis. Sekaya tu buah nona jugak. Nona yang dalam gambar tu ada dua jenis juga, yang warna hijau dn merah. Kalau nak tau dia dah masak ke tak, bila dia masak, kulitnya menjadi lembut. Rasanya macam buah durian belanda tapi lebih sedap dan lebih manis. Lain-lain khasiat, saya tak tau le..tau makan je..hehehe

  20. salah satu kegunaan adalah batang@rantingnya sebagai modul pengetuk bagi pengamal perubatan alternative.

  21. buah nona ni lbh familiar dgn kaum cina. kws yg byk kaum cina adala dijual dipasar. misalnya dipasar kampar, perak. dipasar sana byk dijual buah2an yg dijual oleh kaum cina yg xde ditpt lain. mmg susah nak jumpe buah nona ni.pokokpun dah susah nak jupe, apa lg buahnya.hampir pupus. daun dia bleh direbus&minum utk ubat cacing klu x silap saya.petua org tua2.

  22. Saya memang suka buah ini, oleh kerana sukar oleh mendapatkannya setelah makan saya mencampakkan sahaja bijinya depan rumah, dipendekkan cerita saya pun dah terlupa ada menyemainya.. apa yang menakjubkan ia tumbuh dengan elok sehinggalah saya sendiri dan keluarga dapat merasa kembali buah dari pokok yang kami dengan tak sengaja menanamnya

  23. salam.. sy pun suka makan buah nona ni.. penah makan yg kaler hijau n yg kaler maroon ni.. dulu kat pasar mlm ada gak org jual.. yg jenis besar pun ada gak dorg jual.. tp pakcik dgn makcik yg slalu jual buah2 nadir ni dah pencen menjual buah agak nyer.. ada gak tanam dari biji nye.. cuma blom berbuah.. maybe pasal tak penah dok baja kot hehe… tak silap sy, biji buah nona ni wat ubat kecacingan..

  24. dulu kecik my dad tnm byk cam nk wat kebun je rupanya..btmbh sedap klu ltk kt lam peti ais,pastu mkn..tp yg dlm gmbr tu xsama ngn buah nona(cherimoya)..buah nona klu msk kaler kuning..

  25. vSalam 1 Malaysia

    Macam mana nak rasa…tak pernah jumpa pun buah ni….kasian saya hehehe …saya hanya kenal buah ini melalui buku aja

  26. salam.
    belakang rumah mak saya ada pokok ni. begitu juga dengan durian belanda. memang buah ni manis lagi jika dibandingkan dengan durian belanda yang rasanya ada masam sikit. Kurang berminat sebab banyak biji walaupun khasiat dia bagus sebab tu selalu aje buah-buah tu masak terbiar aje atau dibiarkan aje dalam peti sejuk pas tu dibuang. Malaysia terlalu mewah dengan buah-buahan so banyak pilihan…

  27. keluarga sa panggil buah ni Nona Kaya. sebab bentuk seakan2 nona. yang jadi kaya tu sebab kaya dengan biji. bayangkan buah sebesar penumbuk wanita, bijinya ada hampir 150. buah nona betul tak banyak sangat bijinya dalam 20 atau 30 sahaja. tapi kedua2 nya saya suka.

  28. salam … makluman … buah nona ini sedap dimakan…
    tanaman ini sesuai ditanam dikawasan berpasir

    kat rumah saya ada ditanam…tapi kebelakangan ini buahnya seperti diserang penyakit..macam ulat… jadi keras dan hitam.. sebelum ini tidak pernah jadi seperti begitu,,, ia senang dijaga… kenapa ye…

  29. nona ker…sekaya ker..satu spesis jer….
    byk jer kat kg2, d pantai timur….
    myb xdkomersial kan,so xramai yg kenal….
    sesuai dikomersial kan….buah ni sedap jer….

  30. mmg best buah ni masukan dalam peti sejuk pastu makan..ada org buat puding..ada nona kulit licin tu x sedap sangat in english we call apple sugar

  31. Salam semua,
    Saya nak la rasa buah ni sesgt. Kat mana bole beli buah ni kat area Selangor. Any info bagitau saya ek… 😉

  32. seri kaya, anona, nona…. yang penting di kelantan di kenali sebagai buah “lo-ne”…

  33. assalamualaikum. gambar tu buah kaya atau buah sekaya bukan nona.Ada dua jenis , yg warna hijau dan purple. Boleh dapat kat taesco.Buah nona besar, 3 kali ganda size buah kaya tu.Kulit licin dan bila buah nona masak color dia jadi orange.Rasa kedua2 buah ni sama je

  34. baru ni..jupe kawan kt kebun.so dia bagi rasa buah nona ni.. sedappp woooo
    pastu saya ambik biji..baru je semai
    belum tumbuh lagiiii
    adalah dalam 5 hari daaaaaa

  35. teringat kisah mase zaman sekolah teknik form4 n form5..pokok ni ade dibelakang hostel kitorg.sambil berehat2 di tmpt duduk, kitorg mkn buah nona n nyanyi lagu rase syg hey..hehehe..

  36. salam….
    sape2 nk buah ni boleh le datang kat kampung saya….
    kat pekan bidor, teluk intan….mesti jumpe punye…
    kat sana ada jual macam2 selain buah tue…
    klu teringin buah durian,jambu batu/air, petai mangga ada kat situ…
    jemput2 la datang dikampung saya….

  37. ada satu jenis lagi(anona capri) buahnya kurang biji,lebih besar kulit luar bila masak agak licin rasanya lebih kurang tapi saya lebih suka anona capri.
    dulu banyak kat klampung sekarang susah nak nampak ykadang nampak kat pasar tapi bukan jenis capri

  38. saya beli buah ni kat Tesco Ampang; 5.99 sekilo. Sedapnye….very much an underated fruit. Bila masak buahnya lembut, yg keras tu kena pram lg.
    Lepas ni kalau saya jumpa saya beli lg.

  39. kt umah sy kt kg d kelantan ade pokok buoh nona ni..kalau kt kelantan buah nona ni dpanggil buah ‘lone’..sebutannya ‘lo-ne’..mmg sedap sgt rasanya..sy suka.

  40. dalam segi perubatan….buah nona ini bagus untuk pesakit jantung…sayapun tak tahu sejauhmana keberkesanannya. pernah satu ketika mentua saya di sahkan sakit jantung,cuma jenis sakit yang macammana tu saya tak tahulah…..pakcik saya(adik mentua saya)suruh makan buah nona,tak kira lah masak atau putik,…mentua saya amalkan untuk berapa ketika….sebab buah ni jarang di jual di kedai…sekarang alhamdulillah,mentua saya tak makan ubat yang di sarankan oleh doktor untuk pesakit jantung,dan dia boleh kerja serta bertambah sihat,……tapi yang menyembuhkan tu hanyalah Allah yang maha berkuasa……

  41. rumah mak teman kat kampung ada tananm nona merah ni…selalu miss nak makan..pokok tak besar buahnya kekadang ada 2,3 biji jer..time balik kg buahnya masih putik, balik sekali lagi dah kering buah tu kat pokok..ish.ish

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam