March 19, 2024

BUAH-MULBERRY

Buah Mulberi atau Mulberry memang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada mereka yang suka berkebun. Ia merupakan pokok popular yang biasa di tanam di sekitar rumah. Pokok ini sangat mudah dibiakkan dan tumbuh dengan baik dengan pelbagai jenis tanah dan kawasan. Pokok Mulberry mampu mencapai ketinggian antara 1 hingga 6 meter.

Pokok Mulberi membiak melalui dua cara pembiakan utama iaitu biji benih dan keratan batang.Walaupun kaedah keratan batang lebih mudah untuk menghasilkan anak benih, namun anak pokok yang dihasilkan dengan biji benih dikatakan lebih baik tumbesarannya dan bentuknya juga lebih menarik berbanding dangan pembiakan melalui keratan batang.

pokok-mulberry

Antara jenis varieti mulberry yang diketahui adalah seperti  mulberi hitam (Morus nigra), mulberi putih (Morus alba), mulberi merah (Morus rubra) dan pelbagai jenis lagi. Buahnya yang masih muda agak bergetah dan elakkan dari dimakan kerana walaupun tidak kuat, ia masih mempunyai ciri halusigenik (boleh menyebabkan berkhayal). Buah masak yang tidak lagi bergetah sesuai dimakan segar dan rasanya lebih manis.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :12951

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam