Buah Mentega

mentega3

Buah Mentega atau nama saintifiknya Diospyros blancoi merupakan salah satu jenis buah yang tergolong dalam buah-buahan nadir atau buah yang jarang atau  sukar untuk dijumpai hari ini. Kulit buah mempunyai bulu halus seperti baldu.  Ada sesetengah orang yang kata Buah mentega rasanya manis dan sedikit berlemak dan baunya harum ketika dimasukkan kedalam mulut. Ada juga yang menyatakan ia boleh juga dihiris dan dicampur dengan buah-buahan lain dan dijadikan rojak buah.

mentega

Saya pernah juga rasa buah ini tetapi tidak tahulah di mana rasanya manisnya.. Mungkin ada di sana juga pernah merasai buah ini. Bagaimana pula anda menterjemahkan rasa buah ini? Masam ke? Manis ke? Kelat ke?

mentega2

Selain itu, selain kegunaan makan begitu sahaja, mungkin anda boleh kongsikan kegunaan lain buah ini atau pokok ini..  dan masih lagikah ia di tanam di kawasan tempat anda. Harap kongsikan sedikit cerita anda di sini..

Number of View :45779

132 comments

  1. rasanya sedap dan lemak manis, biasa makan buah mentega ni masa sekolah dulu, pokok nya besar dan ada juga nama lain nya iaitu buah seralat..jika tak salah saya.

  2. salam, pokok mentega ini cantik utk buat hiasan laman. Diospyros discolor. ada tanam di sekolah utk generasi seterusnya mengenali pokok nadir ini

  3. menarik, sekali imbas macam buah pisang kaki. tak pernah tengok life apalagi rasa. bila baca komen-komen tuan puan disini rasa teringin nak tanam pulak kebetulan saya ni memang suka berkebun. ada sapa-sapa boleh bagi saya benih. boleh kirimkan kat saya di alamat balai seni lukis negara, no 2 jalan temerloh off jalan tun razak, 53200 kuala lumpur.

    terima kasih

  4. Saya pernah makan buah ini semasa kecil di Kuala Terengganu, kalau tak silap rasanya manis dan lemak. Kehidupan pokok ini agak terbiar, pokoknya besar dan daunnya lebat if I am not mistaken. The sad thing is that saya terlupa kat mana pokok ini sebenarnya located. Tapi ada lagi kemungkinan ianya terdapat di kawasan persekolahan saya di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman, wonder jika pokok ini masih wujud atau tidak. dulu I used to walk from the school to Batas Bahru before reaching home near Padang Maziah. Along these roads, I used to stop by and looked for whatever fruit trees available along the way. Therefore I have no doubt the fruit must be somewhere along the location I mentioned. tapi tak tahulah the authorities dah tebang pokok tu semua.

  5. salam,
    buah mentega.. belum pernah saya lihat apatah lagi memakan…
    Bila saya terbaca tulisan elora maka saya teringat pada sejenis buah pada zaman kanak2 dulu. Buah yang saya maksudkan, di kelantan buah ini dinamakan “buah piah”. Pokoknya besar dan buahnya berwarna hijau dan berubah menjadi sedikit coklat apabila masak. Tekstur kulitnya sedikit menggerutu. Buah ini akan jatuh sendiri setelah masak. Yang seronoknya ialah sebelum dimakan buah ini perlu diketuk di lantai terlebih dahulu hingga semua isi sekelilingnya menjadi lembut serta kulitnya akan terlekang. Isinya kekuningan dan rasanya lemak2 manis dan sedikit kelat jika buah tidak begitu masak. Isinya berwarna kekuningan dan di dalamnya mempunyai sebutir biji yang agak besar. Bentuk buahnya mempunyai 3 segi bundar dan saiznya agak2 sebesar telur ayam. Isinya perlu dikikis daripada bijinya yang keras dengan menggunakan gigi kacip (lepas makan gigi kelihatan kekuningan… nak sengih pun malu). Bijinya juga mempunyai tekstur yang agak menggerutu dan apabila dibelah atau dipecahkan menggunakan kapak, maka terdapat pula isirongnya sebesar biji badam, rasa isirongnya juga agak2 badam.
    Lebih 30 tahun dulu di kampung, yang saya tahu cuma ada 2 batang saja pokok ini, malangnya kini pokok itu tak ada lagi dan saya tidak pernah nampak pokok itu di mana2 saya pergi.
    Sekiranya saudara atau pembaca2 sekalian tahu apakah nama lain bagi “buah piah”ini bolehlah berkongsi pengalaman dan maklumat serta bolehlah uploadkan gambar2nya sekali jika ada.
    Sekian, wassalam..

  6. pada raya yang lepas semasa saya beraya ka rumah saudara isteri saya ka parit mustaffa parit sulong batu pahat johor ada pokok ni kebetulan ada buahnya yang masak dan gugur sempat saya merasa sedap juga lemak manis

  7. Buah mentega / seralat ni memang rasa nya manis,lemak sedikit kelat dan berbau kuat. Yang masak tu warna nya merah dan kulitnya ada semacam miang. Kena gosok kat sabut kelapa atau rumput dahulu sebelum dikupas. kalau nak tengok pokok nya ada di Jalan Aman, Kawasan Melayu, Seksyen 3 P. Jaya.

  8. selama ni panggil buah seralat aje… tak tau pulak nama lainnya buah mentega… lemak, manis dan kelat sikit, tapi memang sedap..

  9. salam..

    buah mentega ni rasanya manis dn lemak. hati2 kpd sesiapa yg terigin nk rasa. pilih buah yg masak. warna nyer merah hati. berus kulit luar dulu seblm kupas sbb kulit luar tu mcm baldu.

  10. saya pernah makan buah mentega sejak 60 tahun dahulu. Bila cukup masak baunya harum, isi lembut, dan rasanya lemak manis. Terdapat pokok-pokok buah mentega yg di tanam sebagai pokok tepi jalan (roadside trees) di tiga tempat di kawasan rumah saya di Shah Alam. Banyak sudah ditebang oleh penduduk tapi masih ada 60-70 batang. Sebab tidak di jaga setengah pokok-pokok tidak sihat, terbantut dan berkulat. Saya selalu makan buah dari pokok ini.

  11. ni first time sy tgk buah mentega..saya tgh cri bhn tuk present.. tk tau langsung yang pokok mentega ni ad buah..

  12. sy pernah lah ihat buah nie time pameran MAHA 2008. org yang jaga pameran tu kat kata melaka masih ada ladang yg tanam buah mentaga nie. tp bau memang x leh tahan lah. org kate bau maung..

  13. Orang tua saya menanam sepokok buah mentega, sekarang dah berumur lebih 15 tahun, sudah mula belajar berbunga tapi sukar untuk menjadi buah. Pokoknya subur merimbun dan dijadikan teduhan.

  14. Pokok buah ni tak pernah tengok tapi pernah makan buahnya, itu pun zaman bebudak dulu mungkin dah lebih 20 tahun lalu. Baunya harum menyengat rasa boleh tahan. Kami panggil buah seralat sebab rupa nya seperti bola seralat (bola tenis). Tak pernah pula tengok orang jual buah ni dipasar-pasar kat pasar tani pun tak pernah nampak.

  15. dekat lab sy ada 4 pokok yang berbuah lebat…sbb rasanya
    kurang mengancam tulah sebab nya tidak ada dijual di pasaran….,tiada permintaan berbanding durian,rambutan,manggis dan lain-lain…kalau ada sesiapa nak buat projek…bole lah emel sy.

  16. Pokok buah mentega agak rendang dahannya tumbuh tersusun atur seperti pohon manggis dan berbuah agak lebat ia sesuai untuk pokok redup .Buahnya boleh dimakan gebu isinya rasa manis seperti buah koko masak,bila masak buahnya kelihatan berwarna jingga seperti warna inai (cantik sekali).Ia berbulu sedikit seperti buah kiwi.Bila masak ada berbau aroma tersendiri.

  17. saya pernah menemui pokok ini dan pernah jua merasai buahnya ditaman rimba batu 7 sandakan sabah.bagi saya bau buah ini sangat wangi dan pasti membuka selera pada sesiapa yang terhidu akan keharumannya
    tetapi sayang sekali buahnya rasa hambar dan tidak manis

  18. x ada ka gmbr buah yang rasanya macam keju? saya penah makan.. buahnya berwarna kuning, kulit x tebal sgt.. isinyanya wrne kuning cm keju/mentega n rasenye pown cm 2 gak.. ade sesape penah makan buah nie x?

  19. rasanya buah ini banyak di tanam di taman kami di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak
    di Jerantut, Pahang

  20. Buah mentega atau mabolo ada bermacam macam, ada yang berbiji, tanpa biji, yang berjus, yang agak kering, yang kulitnya berbuluh dan ada lagi yang gundul. Kebanyakan varietias ada di Sabah sebab buah in memang asal di Filipinas.

    Ada beberapa gambar jenis ini di site saya di bawah Sample Photos by Families/Ebenaceae

    Frank

  21. kalu di johor baru, teringin nak tengok pokok & buah nya datang lah ke jln abd samad berhampiran hosp pakar abd, samad & rtm jb. sepanjang jalan pokok mentega saja selalu berbuah.

  22. Kat taman KLCC nampak ada beberapa pokok… buah yang masak tak penah nampak gugur, agaknya diorang dah bersihkan sebelum orang datang…

  23. kat jb ada banyak pokok ni.. kalo nak tau pokok & buah nya cmana, pegi la kat jalan dkt RTM tu, yg ada hospital KPJ ke apa ntah, nama jalan saya lupa la, tapi yang ada banyak sekolah tu.. boleh kata sepanjang jalan tu mmg seme pokok mentega je..mungkin ada yang selalu lalu kat situ tapi tak kenal pokoknya.. ada banyak lagi area kat JB yang saya slalu nmpk pokok ni tapi lupa la area mana. tapi sya tak penah makan pulak buahnya. teringin nak tau apa kelebihan pokok buah mentega ni

  24. buah mentega,buah ini jarang kita ketemuinya,saya kenal pokonya jika kita ke taman bunga johor bharu di situ ada, di kampong singkir genting,singkir kedah dan teakhir ini saya terlihat dihalaman sebuah rumah peneroka felda jengka12, pahang…mengikut beberapa org tua yg pernah saya tanya tentang khasiat daun mentega ini kata mereka baik untuk org yg mengidap penyakit buah pinggang ditahap baru tetapi bukan yg sudah penyakitnya kronik, caranya cuma ambil beberapa helai (7 atau 8) daun yg sedang tua dicampur dg halia,kemudian rebus dg satu liter air,rebus hingga mendidis selama 15 minit, apabila suam buat minum sehari dua atau tiga kali sehari.

  25. Buah cerpu ni masih boleh didapati dijual di tepi jalan raya persekutuan berhadapan stesyen minyak di persimpangan menghala ke Malim Nawar .Terdapat dua gerai menjual cerpu ini yang menghala ke Ipoh atau ke kuala Lumpur. jika ada musim 10 biji di jual RM3-4. rasa lebih manis daripada masam. Jika makan mentah ada sedikit getah. Jika buat sambal pun boleh tapi jangan letak belacan.

  26. Buah mentega atau kalau di Indonesia sering juga disebut buah bisbul.
    Buah ini termasuk buah langka karena sudah jarang dijumpai,akan tetapi di kota Bogor (Jawa Barat) Indonesia ,kalau lagi musim masih sering kita jumpai dengan harga 1kg/Rp.15000-Rp20000.
    Saya sendiri punya 1 pohon yang saya tanam didalam pot/drum .
    Sayang saya tidak menyertakan fotonya.

  27. buah mentega ni, kat tempat saya, terengganu dipanggil buah seralat atau skalat. Masa kanak-kanak dulu memang sering makan buah ni. Pada saya rasa buahnya sedap, gebu macam buah epal, isinya mengeluarkan sedikit bau wangi yang sedap sungguh. Kita kena licinkan dulu kulitnya yang seperti baldu tu. Pada masa itu, saya gosokkan kulit buahnya dengan sabut kelapa atau apa saja sehingga baldunya hilang. Dulu pokoknya besar, tinggi. Kalau nak ambil buahnya kita jolokkan sahaja atau ambil kayu balingkan supaya buahnya gugur. Sayangnya pokok tersebut telah ditebang.
    Budak-budak sekarang mungkin sudah tidak mengenalinya, apa lagi merasa buahnya!

  28. APABILA MASAK KULITNYA BERWARNA MAGENTA TERANG (MERAH + UNGU) TERANG. KULITNYA BERBULU SEPERTI BUAH KIWI. RASANYA MANIS, ISINYA LEMBUT BERWARNA PUTIH. BAUNYA HARUM SEAKAN BARU VANILLA.

    POKOKNYA HIDUP LAMA DAN AKAN TINGGI JIKA DIBIARKAN. LEBIH BAIK IANYA DICANTAS AGAR TIDAK TINGGI.

    SESIAPA YANG INGIN MELIHAT SENDIRI POKOK MENTEGA DAN MERASAI SENDIRI BUAHNYA, SILA EMEL SAYA. DIKAMPUNG SAYA DI MELAKA DI KG PAYA RUMPUT BERSEBELAHAN DENGAN STADIUM HANG JEBAT MEMANG ADA MENANAM POKOK INI.

    JIKA DIJAGA DENGAN BAIK, IA BERBUAH TIDAK MENGIRA MUSIM.

  29. rasanya buah mentega ni mak cik aku panggil buah kuma…bukn kurma yeee…tp kt rumh buah warna kuning…manis juga rasanya tp…aku x lalu nak makan banyak….buah kuning telur pn orng pnggil jugak…

  30. saya ada tanam pokok ni dan ada semai biji benihnya. Malah di kota damansara, pokok ni di tanam sebagai pokok lanskap. Memberi teduhan yang baik, disamping buah yang enak

  31. Buah mentega ni saya pernah makan. Boleh dijumpai banyak berhampiran Hospital Pakar Johor Bahru Jalan Nong Chik. Rasanya sedap dan berbau harum bila masak. Saya pernah mengidam buah ini semasa mengandungkan anak sulung 12 tahun lalu. Suami cari di Jalan Nong Chik tu. Pokonya sesuai dijadikan pohon teduhan.

  32. pokok ini mmg susah nak jumpa sekarang ini.dkt kampung Panglima seman petra jaya kch ada satu pokok jer ada. masih ada sekarang ini tapi saya tak pernah rasa buahnya.tak ada kesempatan kot..di miri saya jumpa dekat bangunan dewan padang sukan berhadapan st colomba.

  33. Kebetulan saya sdg mencari bahan dilaman blog ini. Adalah dimaklumkan,kpd yg berminat utk merasai sendiri buah mentega ini sila berkunjung ke Serdang, Selangor, dimna skrg nie buah mentega mengeluarkan hasilnya yg banyk. @ hubungi 03-89464070

  34. saya ada memiliki pokok mentiga yang berusia lebih dua puluh tahun. ramai yang datang mengambil buahnya , ia berbuah tanpa musim, tapi serentak . pokok mentiga terdapat di ladang Uni.Putra Mal. serdang.di pekan pahang banyak pokoknya. di kl datanglah ke kg. malaysia tambahan berhampiran Hentian Bas spadu BTS
    buah mentiga tanaman saya tida berbiji. tidak boleh ditot, mungkin boleh di Tissue culture kan

  35. kalau di langkawi ,saya pernah makan ,isinya lemak manis,saya panggil buah segelat,saya suka rasa dan baunya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam