Buah Melinjau

melinjau

Siapa pernah makan buah melinjau ni.. Yang aku biasa dengar, buah melinjau ni orang buat keropok atau emping. Pernah la juga makan keropok dari buah melinjau ni tetapi tidaklah sesedap mana pun. Kalau anda rasa sedap, mungkin itu citarasa kita yang berbeza. Atau mungkin juga buah ni tidak berapa sedap jadi dia proses buat keropok agaknya.
Saya sendiri tidak pernah tengok pokok melinjau ni. Kalau ikut Wikipedia, pokok ini tumbuh 15-20 meter tinggi. Ia juga dikatakan banyak digunakan secara meluas di Indonesia. Di Malaysia, saya rasa ia hanya dikategorikan buah nadir atau buah yang memang jarang dijumpai.
Jadi.. kalau ada pembaca yang biasa jumpa pokok ni atau makan buah melinjau ni haraplah kongsikan di sini. Gambar di atas tu di ambil semasa pameran MAHA 2006.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :27415

55 comments

  1. Salam.. Buah ini agak sinonim di kalangan masyarakat Jawa dan Banjar di kampung saya di Batu Pahat. Pucuk mudanya sedap dibuat sayur seperti masak lemak atau masak air. Rasanya agak manis. Buahnya pula biasanya di rebus dan dimakan seperti kacang tanah. Pokok ini merupakan warisan turun temurun dari nenek moyang saya. Ada beberapa pokok yang saya tanam di laman rumah saya di Kota Tinggi. Pembiakannya melalui biji benih dan peratus percambahannya agak rendah. Namun sekarang ia jarang dijumpai. Mungkin juga ia hanya digemari oleh orang-orang lama yang kini sedikit demi-sedikit menghilang menemui Ilahi. Generasi muda pula tidak berminat untuk memnjaga dan memelihara warisan orang-orang lama seperti ini.

  2. “sedikit demi-sedikit menghilang menemui Ilahi”… sedih juga bunyinya.. jadi.. kitalah bakal penyambung warisan apa yang ditinggalkan.. jangan kita biarkan generasi masa depan menyalahkan kita pada zaman hari ini kerana tidak menjaga apa yang ditinggalkan.

    Saya dulu pernah juga pergi ke Kota Tinggi tetapi tak perasan pulak pokok Melinjau tu… 🙂

  3. Saya belum pernah lagi merasa pucuk muda dan buah melinjau spt yang dinyatakan oleh irahab tu. Kalau keropoknye memang pernahlah.
    Bila berkesempatan nanti, nak cuba jugaklah merebus buah melinjau ni. 🙂

  4. salam,

    mungkin buah ini hanya digemari oleh orang-orang dari keturunan Indonesia agaknya. Nenek saya sendiri misalnya, bapa beliau berasl dari jawa tengah, menanam pokok belinjau ini di belakang rumah. nenek mempunyai 3 pokok belinjau yang sekarang ini masih berbuah dengan baik. masa kecil kecil dahulu, emak dan nenek selalu gunakan buah belinjau ini untuk dijadikan sayur lemak. The whole buah di belah dua dan dibuang kulit ari. ini buah yang muda. sementara buah yang telah masak, saya selalu bakar dengan sabut setelah masak , dibuang kulit dan ditumbuk supaya leper dan terus di makan.. sedap sekali- lebih kurang macam kerepek sekarang ni.

    kadang-kadang buah belinjau muda ini juga di masak bersama daging cincang. sedap sebab buah belinjau ini lemak dan species yang ada di rumah nenek saya, bukanspecies yang pahit.

    sedikit dari saya.
    salam

  5. Terima kasih dengan komen tersebut.. memang menarik..
    kalau ade terambil gambar pokok melinjau tu, kirim2 kanlah ke saya untuk tatapan pembaca blog ini.. 🙂

  6. kt tempat sy xde la plak pokok ni tapi sebab sy jenis suka makan ulam dan herba,saya cari kat pasar ada.Buah dan kerepek,pada sy sedaplah sebab rasa lemak-lemak pahit tu yang buat dia unik.Daun pucuk dia plak sedap juga dimasak tumis air…buah dia mcm buah mertajam…..

  7. Salam,
    Saya ketemu pokok melinjau ni banyak di Teganu (Terengganu) terutama sekitar Kuala Teganu. Pokok ini samada ditanam atau tumbuh terbiar di tepi rumah adalah suatu pemandangan biasa di sini. Lidah lokalan menyebut ‘binja’ ada juga menyebut ‘cokok’ merujuk kepada melinjau. selain di’empingkan’ buah cokok/binja ini biasanya dimasak seperti buah berangan iaitu digoreng sangan bersama pasir atau direbus begitu saja, memang enak rasanya tetapi ada sedikit kecapan pahit. selain buahnya, pucuk daun malinjau juga boleh dibuat sayur rampai (campur beberapa jenis pucuk) bersama ubi keledek/stela serta keropok memang sedap, cobalah!

  8. ade sesiapa tahu mane nak cari daun melinjau ni kat johor bahru? kat pasar borong pandan atau kat pasar larkin ade tak?

  9. kat depan umah bonda saya di kampung Permatang Pasir, Kota Kuala Muda, Kedah, ada sepokok lagi je pokok ni. kalau sesiapa nak benih nya datang la.

    Selain dari dibuat keropok/ kerepek, buah Melinjau/Belinjau/Binjau yang muda sedap dibuat kari dengan udang atau daging. aroma nya sungguh sedap tau. kena belah dulu buah ini, buang kulit ari nya sahaja. biji dan kulit buah ini boleh di makan.

    kalau nak mudah boleh juga digoreng dengan ikan bilis dan tempe. caranya mudah je, tumis bawang putih, masukkan biji melinjau yang sudah dibelah dan dibuang kulit ari. Kulit dan biji dalam buah ni boleh dimakan tau. masukkan ikan bilis yang sudah dibersihkan dan tempe yang dipotong2. masukkan sedikit kunyit hidup yang diparut, cili api dipotong, sedikit santan pekat, garam secukup rasa. goreng je sampai agak kering dan bolehlah dihidang.

  10. Ada gambar pokok tak.. kalau ada boleh kirimkan ke saya.. nanti saya tunjukkan pada semua yang membaca..

  11. nanti balik kg saya cuba tangkap gambar pokok tu. tapi camane nak donlod kat sini? atau nak email kat admin?
    setahu saya pucuknya sedap dibuat sayur. walaubagaimana pun saya belum pernah makan sayur daun melinjau ni tuan admin.

  12. pokok ni tinggi jugak. lebihkurang setinggi pokok nangka. batangnya berurat macam…
    bebaru ni adik saya dah panjat dan tebang hampir separuh pokok tu untuk ambil buah. rasa sayang jugak sebab takut pokok tu mati. kalau tangkap gambar pun tentu dah tak elok.

  13. Buah melinjau ni, selain dari buat krepek, sedap juga kalau dibuat sayur lemak cili api. Buahnya (yang tak terlalu tua) dibelah dua sebelum dimasak . Saya suka bahagian ‘lapisan kulitnya’ tetapi ada yang suka bahagian bijinya. Dah lamaaaaa tak makan sebab dah lamaaaaaaa tak jumpa di pekan sehari.

  14. Pokok ni… kat Trg org panggil pokok binjai.. mmg sdp selalu beli yg dah diproses jd empingan terus goreng.

  15. Pokok ni ada banyak di tanam di MARDI Parit Perak. Tahun lepas semasa pembersihan Stesen ada cadangan nak tebang je pokok ni. Saya bantah kerana memang kurang pun pokok ni kat tempat lain. Sekarang masih ada sebanyak 16 pokok yang tingginya mencapai 30 kaki.

  16. Buah melinjau yang masak direbus dan dibubuh sedikit garam, rasanya enak. Pucuknya dimasak lemak atau dimasak bening( plain soup) amat sedap. Di pasar Isnin dan Khamis Parit Raja, Batu Pahat kekadang ada dijual. Pucuk melinjau lemak biasa juga disajikan di restoran Jentayu.

    Pokok melinjau ada di kawasan rumah aruah nenek suami saya (Jawa printis daerah Sabak Uni). Satu ketika dahulu saya biasa juga memetik buah dan pucuknya. Saya taklah selalu makan pucuknya sebab saya akan rasa pening selepas makannya. Apa agaknya kandungan daun melinjau ni?

  17. buah ni memang sedap kalau dibuat keropok/kerepek, kalau betul2 dikomersialkan boleh beat kerepek kentang antarabangsa, saya bukan bketrunan jawa tp kerepek buah melinjau mmg sedap ( ikut taste saya laa..), buah melinjau ni dh jadi resepi turun – temurun keluarga sebelah bapa saya kalau buat sambal udang ditaruk santan mmg sedap…

  18. Semasa kecil jiran saya mempunyai banyak pokok ini dan sering berbuah seperti dalam gambar dan buahnya semasa muda boleh dijadikan sebagai sayur masak lemak. Rasanya lemak pucuknya juga boleh dijadikan sayur bersama buah. Buahnya apabila sudah kemerah-merahan menjadi keras tidaklah diketahui samaada boleh dimakan atau tidak. Saya telah mencuba untuk menanam spiesis ini tapi yang hidup hanya sepokok dan masih kecil. Perlu diingat pokok ini hidup ditempat yang lembab (gambut) dan tidak sesuai ditanah bukit.

  19. kt kg saya ada 2 pokok ni.dulu ada 3 tp 1 pokok tepakse tebang sbb nk wat jln mase kenuri kawen saya hahahahha sedap pucuk dia wat masak lemak/air/tumis pedas.maklum la org jawa mmg kene pedas..kang ade mase saya upload gmbr.tp cemane nk upload gmbr dlm nih?

  20. Saya org Miri dari Sarawak.Di Sarawak, kitaorg panggil buah ni ‘buah sabung’.’Buah Sabung/daun sabung’ini adalah dari perkataan etnik Iban. Daun sabung sedap ditumis bersama dgn buah nya.Daun sabung yang tumbuh meliar d hutan selalu nya berdaun kecil, bersinar & berwarna hijau tua.Kalau daun sabung yang telah dikomersialkan atau ditanam, daun nya kurang manis & daunnya lebar, berwarna hijau muda.Kurang sedap jika di masak.

  21. Salam.

    Kalau Kt Kampung sy dipanggil Buah Belinjau tau Buah Gelinjau. Buahnya yang berwarna hijau boleh dibuat masak lemak dan gulai bersama dengan udang. Memang sedap. Kalau nk try ini resepinya.

    GULAI BELINJAU

    Bahan2

    1. Buah Belinjau Hijau 1/2 kilo
    (Buah belinjau ni kena potong 2 memanjang dan
    keluarkan selaput putih pada bijinya. Kulit dan
    bijinya boleh dimasak sekali)

    2. Kelapa 1 biji ambil santan
    3. udang (kalau suka udang banyak letak banyak)
    4. bawang merah 3 biji
    5. bawang putih 3 biji
    6. Daun kari
    7. Halba campur
    8. Sebuk kari 4 sudu.

    caranya

    1. Rebus buah belinjau hingga empuk dlm periuk.
    2. setelah empuk masukkan santan n sebuk kari.
    3. Tumis bawang merah, bwg putih, daun kari n halba
    campur dlm kuali hingga naik bau.
    4. Setelah itu tuangkan bahan tumis ke dalam periuk
    belinjau tadi.
    5. Biarkan mendidih, setelah mendidih masukkan udang.
    6. Biarkan mendidih sekali lg. Setelah mendidih tutup
    api.

    sedap jika dimakan dengan nasi panas
    tk percaya cubalah

  22. Buah belinjau warna merah pulak boleh digoreng.
    Caranya adalah buangkan kulitnya yang berwarna merah.
    setelah kumpul biji-bijinya yang lonjong tu, goreng kedalam kuali tanpa minyak. Sentiasa dikacau agar tak hangus.
    Setelah keperangan atau dah masak masukkan garam dan kacau sebentar kemudian tutup api.

    Rasanya memang sedap dan lemak.

  23. saya suka mkn kropok belinjau..rasanya lmak n ada sdikit pahit kalau tak biasa.suka mkn dgn nasi.goreng emping blinjau tu cam kropok.pastu mkn la.tu mknan org jawa kan..tp sy org klntan pun suka jge.cicah sos cili pun sedap jge.

  24. 10 tahum lalu saya tanam beberapa pokok malinjau dikebun saya dihulu langat , tapi yg hidup membesar hanyalah satu. Pucuknya memang sedap, lemak dan boleh dimakan begitu saja. Saya simpannya buat ada-ada saja. Anaknya pun sudah ada.

  25. Saya biasa masak pucuk dan biji melinjau ni sejak kerja di pusat pertanian. Daunnya sedap dimasak lemak campor dengan suun dan tempe. Atau masak bening saja. Bijinya direbus, lemak rasanya. Sekarang pokok tu dah ditebang. Tapi di Pejabat Pertanian Sg. Udang ma sih ada beberapa pokok lagi dijadikan koleksi pokok nadir.

  26. Salam semua.

    Dah lama x kena gulai lemak Belinjua + Udang. Bila Yana cerita pasal gulai lemak Belinju+Udang, huh… kecur air liur sya. Dulu msa kecik2, Mak slalu kenakan sya kacip/belah buah yg muda ni utk buat gulai. Kerap juga gi kutip buah yg masak jatuh bawah pohon. Pohon nya tinggi & tirus. Mak ada gak buat kuih Bengkang/Bingka dari isi buah nya yg masak &kami goreng kering bijinya & mkn gitu je…Emping/keropok Belinjau yg sudah digoreng juga sedap di mkn dgn pecal/Gado-gado.Pohon nya juga slalu dikatakan pohon hantu suka bergayut…Wallahualam..

  27. Assalamualaikum.

    D tmpt saya(sbg.perai)salah satu kawasan yg saya tau
    masih ada pokok belinjau ni ialah d Pmtg Janggus,Bkt.
    M’jam.Buah muda boleh dibuat lemak cili padi dgn.udang
    atau masak kari dgn.daging.Sedap…tapi kuat anginnya
    mcm nangka dll.Biji dr buah yg tua dibuat kerepek.Klu kena cara mbuatnya kerepek ni lemak & x pahit.
    Crita dr seorg.kwn. d pmtg janggus,ada org.pernah jatuh
    pokok ni & meninggal gara2 panjat utk petik buahnya.
    Mereka lebih suka petik buahnya dgn.galah pnjg. shj.

  28. pernah rasa keropok buah belinjau ni..itupun kawan-kawan yang bagi.. mula-mula rasa macam kelat tp bila dah makan banyak2 sedap pula .. tak pernah tengok buah(cuma tengok dalam gambar saja) pokok lagi le.. tak pernah tengok.. rugi kerana buah yang sepatutnya ada di Malaysia tapi tak dapat dilihat kerana kepupusannya… apa lagi dengan nasib generasi akan datang…

  29. di rumah mak saya ada pokok melinjau @ belinjau. Dulu puas juga makan buahnya…rebus saje…kalau buahnya tua skit tempurungnya juga keras…kalau muda lembut je. Rasanya pahit macam emping tu…tapi saya suka. Pucuknya boleh dimasak…lemak ke, masak air @ bening. Rasanya manis.

  30. Di tempat saya disebut “Buah Cokok”selalunya sudah dikopek kulit luarnya buah yang matang boleh digoreng atau dibakar…buah muda direbus,pucuknya amat sedap kalau dimasak lemak….dicampur dengan keledek….

  31. Di kampung rumah mak saya ada 3 pokok ni, daun pucuk muda dipanggil daun soh sedap dimasak lemak @ tumis air jer. Buahnya yg dah masak berwarna merah boleh direbus jer dengan garam…sekarang buahnya banyak sudah dikomersialkan sebagai emping ..sodap..sebagai makanan ringan

  32. Kerepek buah “balinjo” banyak dijual di Pasar Besar Tawau.Sebut ja namanya, semua kenal. Mungkin banyak diusahakan di Indonesia. Kerepek buah ni sedap. Mula2, pahit sikit, lepas tu mula terasa enaknya, susah nak cakap la. Cuba la dulu, makan 4-5 keping, datang la rasa enaknya tu. Dulu saya pun tak suka. Sekarang kalu satu bekas besar pun tak cukup. Cuma harganya, ada mahal sikit. Buah ni boleh dikormesialkan. Di semenanjung tak pernah saya nampak kerepek balinjo ni dijual.

  33. @admin – Terdapat beberapa pokok melinjau di Taman Tasik Jaya Petaling Jaya. Pokok Melinjau ini sedang berbuah.
    Pucuknya boleh dibuat ulam atau masak lemak. Buahnya yang muda, dibelah dan dimasak lomak cili api ngan udang, pergh… sedop beb. Manakala buahnya yang masak (merah) dibuat keropok melinjau (keropok pahit). Pokok ini masih banyak di utara tanah air dan area Banting Selangor.

  34. Pokok melinjau ni masih terdapat di kawasan rumah saya di Terengganu. Terdapat pokok jantan dan betina, Manakala pokok jantannya hanya berbunga sahaja dan tidak berbuah dan sebaliknya hanya pokok betina sahaja yg menghasilkan buah. Bunga muda pokok jantan sangat sedap dibuat sayur lemak kuning manakala buahnya pula sedap digoreng setelah masak dan direbus ketika muda. Buahnya juga dibuat kerepek dan digoreng sebelum dihidangkan bersama kopo O untuk santapan diwaktu petang,
    Kerepek Melinjau banyak dijual di Pasar Kedai Payang Kuala terengganu. Kalau berminat tu, jemput2lah datang ke Negeri Terengganu.

  35. sy pnah buat masak bening pucuk melinjau..tp tekak xleh terima,sejak dr itu sy buat ulam pucuknya secara mentah cicah sambal belacan..mmg sedap rasanya lemak.tmpat sy mudah dapat pucuk melinjau seikat cuma seringgit..

  36. Melinjau atau binjau (utara) sangat gemar memasak buah muda. Dikacip/belah dua @3 dan dibuang lapisan keras yg transparent. Lalu dimasak lemak kuning dan udang… saya gerenti sangat sedap. Saya ulangi…sangat sedap. Bukankah pokok2 juga sesuatu yang Allah swt gesa manusia memeliharanya dari pupus…?

  37. Salam,
    Melinjau merupakan antara spesies pokok kegemaran saya. Ada dua pokok di belakang rumah saya. Walaupun saya bukan berketurunan Indonesia tetapi menu daripada daun atau buah melinjau adalah hidangan biasa di rumah saya.

    Sedikit info botani untuk semua, Melinjau (Gnetum gnemon) adalah termasuk dalam jenis pokok pine (gimnosperma) walaupun mempunyai daun yang lebar dan dikatakan pokok perantara gimnosperma dan angiosperma (pokok daun lebar biasa).

  38. Salam,
    sedikit info botani dari saya.

    Melinjau termasuk dalam kumpulan pokok pine (gimnosperma) walaupun berdaun besar. Dikatakan melinjau adalah pokok perantara kumpulan gimnosperma dan angiosperma (pokok berdaun lebar).

  39. As salam. Ada juga orang utara yg respon. Teliok dgn masak lemak gulai udang buah binjau. Ada lagi satu menunya. Selain buat kerepek. Biji yg hampir tua (dah luruh), ketuk bagi kepek sikit, lepas goreng mcm kacang. Lagi sedap rasana dari makan kerepek. Tok saya di Kg Pertama Sbrg Prai suka buat ni

  40. Pergi pasar tani Larkin diJB, dirumah saya taman perling Johor Bahru pun ada benihnya. Komen diatas memang betul semuanya. diJohor dan Trengganu memang banyak.

  41. Di rumah kpg sy byk pokok melinjau ni. Buah & daun (pucuk) blh dibuat sayur lemak, tumis or bening.

  42. Nak tanya sapa-sapa yang tahu bagaimana cara terbaik untuk membiaknya, kerana percambahan biji benih sangat slow

  43. Buah ni byk kat rmh saya…orang Terengganu panggil buah ninja, biasa kg yg dekat dgn pantai byk di tanam pokok2 ninja. Buah yg msk biasa kami goreng pakai pasir. Rasa sedikit pahit tp enak…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam