Buah Markisa

markisa
Pernahkah anda merasai jus buah Markisa? Atau anda masih belum mengenali rupa buah Markisa yang sebenarnya. Artikel kali ini saya nak memperkenalkan serba sedikit tentang buah ini.

Markisa merupakan sejenis tanaman dari genus Passiflora dan merupakan buah-buahan jenis beri. Ia mempunyai perikarp tebal dengan kulit seperti cangkerang yang rapuh. Buah markisa mempunyai biji yang banyak. Maaflah, tak sempat nak belah buah ini. Jadi tak dapatlah nak lihat isinya..
markisa3

Di Malaysia terdapat 2 jenis markisa yang diusahakan, iaitu markisa yang mempunyai buah yang berwarna ungu dan buah yang bewarna kuning. Di percayai buah yang bewarna ungu mempunyai rasa yang masam. Buah markisa ungu sesuai dimakan mentah dan dimasak sebagai sayur, manakala markisa kuning sesuai dijadikan jus. Kulit buah markisa juga dikatakan boleh djadikan makanan ternakan.

markisa2

Kegunaan lain pokok atau buah ini, masih kurang banyak diketahui. Jika ada kajian lain mengenai buah ini yang anda ketahui diharaplah kongsikan bersama. Pada yang pernah menanam pokok buah ini atau pada yang biasa makan buah ini, diharap dapat kongsikan pengalaman anda disini..

Number of View :36727

111 comments

  1. dulu ada la tanam kat depan rumah. airnya memang la masam sikit. taruh gula sikit kalau nak minum. pokok ni mudah di tanam, senang tumbuh dan tak cerewek

  2. Salam….

    Saya berasal dari sabah…….

    Mengenai tumbuhan markisa ini tanya memang terkanal di negeri sabah di sekitar tahun 80an sebagai tanaman selingan yang boleh mendatangkan hasil lumayan kepada para pengusahanya. Pada masa itu buah markisa berharga RM1.20 grade A RM0.80 dan RM0.60 / Kg. Prodak markisa ketika itu ialah Jus markisa yang dibotolkan dan minuman kotak markisa. Rasanya memang sedap.

    Di kampung saya buah markisa ini selain dibuat minuman ( jus ) buah markis juga di makan sebagai ulam dan amat sinonim dengan cili api camput belacan.

    Pucuk pokok markisa boleh dibuat ulam dan sedap digulai bersama udang kering.

    Saya pernah mengunakan pokok markisa ini sebagai media naungan di tapak semaian yang saya bina dibelakang rumah dangan menanam pokok markisa di setiap tiang dan didik pokok tersebut menjalar di bahagian atas propagator. kita cuma perlu melakukan penjarangan atau mengurangkan cabang-cabang pokok ini bagi mengawal peratusan cahaya yang kita kehendaki…..Jimat kos membeli shdding net disamping dapat buah markisa.

  3. 1st time sy minum jus markisa ni pd bln puase thn 2008.mase tu kat umah abg kpd kakak ipar sy di Bangi.kat umah dia ade pokok ni..mula2 ingtkan dia saje je nk biarkan umah dia semak ngan pokok ni.maklumlah,pokok ini menjalar di pagar umah.rupa2nya buah markisa ni boleh dibuat jus.rasenye agak masam tp best jgk.dan dr situlah sy mulai kenal buah markisa kerana sblm ni xpernah dgr pun nama markisa nie..

  4. salam, sy dpt benih pokok ni secara percuma masa buat lawatan kt mardi kluang. tingginye sejengkal je. baru2 berbuah x tau nk makan macamana. cari info kt internet baru faham. skrg sy dh boleh menikmati keenakkan jusnye. sedap. x masam sangat.

  5. Salam…saya kenal pokok Markisa sewaktu melawat Indonesia beberapa tahun lalu.Oleh kerana sukakan jusnya, saya pun tanam dan dapatlah hasilnya.
    Saya dapati cara menjaganya cukup mudah berbanding anggur yang saya tanam.

  6. salam
    buah ini ada masam ada manis, yang manis sedap dimakan terus tapi yang masam enak dibuat jus saja.
    pucuk dia boleh dibuat ulam baik untuk orang perempuan yang memgalami masalah peranakan.

  7. oh, buah markisa..!sy baru saja selesaikan projek akhir sy mengenai genus Passiflora..5 spesies yg ad di m’sia sy telah kaji..slh satunye adlh markisa (Passiflora edulis). Buah letup2 (Passiflora foetida) juga berada di bwh satu genus dgn markisa..sy rse ad mklumat ttgnya dlm blog ni juge kn?=). 2 spesies ini boleh dimakan..rase pn lebih kurang same..masam2 manis..

  8. Adik ipar saya ada buat projek tanam buah markisa nie. dia buat kecil-kecilan, lebih kurang 2 ekar. dia jual kat cina peraih buah, utk dijual ke kilang buat jus markisa.
    kalau dah cukup masak rasanya manis dan sedikit masam.

  9. MAHAL HARGANYA 1KG RM 9.00.RASA MASAM SESUAI UNTUK JUS,BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI PERASA DALAM MASAKAN TERUTAMA MENU IKAN,NAK CUBA! tunggu…
    BIJINYA TIDAK SESUAI UNTUK DIMAKAN.

  10. pertama kali dgr bauh markisa ni,, bile jumpe minuman yogurt Bliss (markisa+oren)… mula xbrani.. xpenah jumpe buah ni.. tp bile try,,, sodap… cuba la,,, ops.. markisa original belum rasa,,, xtau la camne…ehe

  11. salam Abdullah..saya memerlukan buah markisa. kuantiti dalam 1 tan seminggu.sila kol saya dgn segera.saya ada tanam secara komersial,tp kekurangan stok buah, permintaan tinggi skang ni.kebun saya di rengit,batu pahat.johor. 016-2027696 (zul).tq

  12. markisa sedap 🙂 nyum…nyum….
    sy pun ada tanam tp susahlah buahnya nak melekat.
    baru ada sebiji buah. tu pun tak masak lagi.

  13. Salam. Terima kasih atas perkongsian info. Saya ada tanam, lebih 6 bulan rasanya. Pokok dah memenuhi para dan subur, tapi belum berbuah. Ada sesiapa tahu, bila markisa akan mula berbuah. Macam mana nak bagi buahnya lebat, petua penjagaan dsb. Terima kasih

  14. Sedikit info tentang buah markisa ni. Mengikut petua orang tua tua, jus markisa ni elok dimakan bagi wanita yang sukar memperolehi anak. Kebenaran kenyataan adalah tidak pasti. Jus markisa ini tinggi vitamin C dan bagus untuk melawaskan pembuangan air besar.

    Boleh dijadikan campuran dalam masakan yang berasaskan masam seperti asam pedas atau masakan ikan 3 rasa.

  15. ada tanam dan dah berbuah. Kebanyakan buah yang dpt dikutip, isisnya sangat sedikit.Buahnya ringan aje.

  16. Buah markisa sebenarnya bukan buah-buahan nadir Malaysia. Menurut pentapat saya buah-buahan exotik, yang dibawah dari luar, bukan buah nadir: macam abiu, markisa, buah nona, rollinia,kelapa laut, avokado, adalah buah exotik bukan buah nadir Malaysia.

    Frank

  17. buah markisa ni rase mcm buah jentik2..bjik die telan trus..tap ak x suke sgt mkn sbb tkut plak jad apendiks..hehe…jus ni kat indon bnyak x pun korang tgk kat kedai2 runcit acheh mesti ade jual…tapi jus ni x ori sbb manis gile mcm tmbah gula…boleh potong kaki wooo kalau minum..huhu

  18. Di rumah saya ada tanam pokok markisa & tunggu masa nak berbuah. Semai dari biji buah yg masak ranum. Suka sangat makan @ buat jus. Di Melaka popular juga, masa tu makan Medan Ikan Bakar. Kalau di Kluang di pasar malam byk jual, & rasanya manis.

  19. Saya tengok AFC – Asian Food Channel….isi buah markisa dijadikan topping Pavlova….sangat mengiurkan…lum sempat nak cuba.

  20. Assalamualaikum.

    Buah markisa memang tinggi nilai khasiatnya. Antioksidan dan phitokima daripada jus buah markisa mampu mengurangkan pertumbuhan sel barah. Ianya juga mengandungi plant sterols yang mampu membantu mengurangkan kadar kolesterol. Bijinya mengandungi bahan glycosides dan flavonoids juga dapat membantu mengurangkan tekanan fizikal.

    Syarikat kami adalah pengeluar produk jus minuman (ready-to-drink) jus markisa. Untuk menampong permintaan, kilang kami memerlukan bekalan tambahan buah markisa segar yang matang sebanyak 500 kg hingga 1,500 kg sebulan.

    Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi kami di capville.food@ymail.com

    Wassalam

    P/S: Minta maaf Admin kalau posting ini bersifat pengikalanan.

  21. Salam.
    Pokok markisa saya telah berbunga lebat, tapi hanya 1 biji sahaja yang lekat, yang lain tidak melekat. Ada sesiapa tahu punca dan cara mengatasinya.
    Terima kasih.

  22. Waalaikumusalam.

    Berkemungkinan ada masalah debungaan (pollination). Kalau bunga berkembang dan waktu tu hujan atau pokok disiram air, terjadi masalah ini.

    Untuk mengatasinya, cuba buat secara manual debungaan ini antara dua bunga berasingan (bab kata dalam bahasa English….. contact the stigmas…. dan jangan sampai tercabut pula bunga-bunga tu) dan lindungi bunga tersebut daripada terkena air selama 4 jam. InsyaAllah buahnya akan melekat.

    Wassalam

  23. salam

    saya berminat untuk dapatkan biji benih markisa kuning.nak tanam kekadar hobi je.kalu sesiapa ada boleh membantu sila info kpd sy 01333352501.tkasih

  24. yang tumbuh liar kat kampung nun di selatan kedah menghala ke Grik terdapat pokok ni tumbuh memanjat pokok lain. masam kalau masak di kampung panggil buah belewor..

  25. Assalamualaikum
    Saya dan abang ipar saya taman Buah Markisa seluas 2ekar..tapi pemborong berbangsa lain sahaja inginkan buah berkenaan dgn harga tinggi…hairan…

  26. Waalaikumusalam.

    Adalah perkara biasa untuk pemborong (tak kira bangsa) mengambil bekalan tertentu mengikut keadaan semasa… sekiranya mereka ada kontrak bekalan yang kena ditunaikan segera, mereka sedia membeli buah2an tersebut dengan harga lebih tinggi berbanding pada masa2 biasa.

    Kalau mengikut pengalaman En Azman, adakah pemborong hanya memberi keutamaan untuk mendapatkan buah yang Grad “A” sahaja dengan harga yang disebutkan itu. Bagaimana pula dengan buah2 yang Grad “B” dan “C”…. adakah pemborong juga membelinya dengan harga tinggi ataupun mereka tidak mengambilnya.

  27. Salam..sajer nak celah…saya nak bagitau yang saya ada membuat cordial habbatus plus kurma yang pertama diMalaysia ..tak der orang buat lagi…saper saper nak order boleh email saya atau call saya 0123957659…harga RM18 1liter

  28. salam ..saya ada tanam pokok markisa.dirumah baru saya di slim river.. saya dapat dari pengasuh anak anak saya di k.lumpur waktu nak pindah. tak sampai setahun berbuah dengan lebat . ada dua jenis ungu dan kuning.semua anak saya dan jiran suka buah markisa.sekarang saya menanamnya di belakang rumah lagi..

  29. @Abdullah Hj. Rashidi

    salam,

    dulu2 blakang umah pokok ni tumbuh sendiri..skang dah xde.. skang dh keje ni bos suruh buat produk gune buah susu ni. masalahnye saya belum jumpa pembekal nak dapatkan secara pukal. sesapa yang boleh tolong saya email ke katy_cp@yahoo.com.. pls pa, nak secepat munkin

  30. pokok markisa saya dah setahun umurnya tapi belum berbuah,biasanya berapa lama tanam baru berbuah?apakah baja yang sesuai?harap sesiapa beri idea pada saya.t,k

  31. Buah ni makan macam mana? Adakah makan mcm epal atau kena kupas mcm limau? Kat rumah sy tanam baru 6 bulan da berbuah….tp duk tunggu dia gugur sendiri tak gugur lak…ke kena petik?

  32. @Wak Din

    salam….

    saya berminat nak memulakan tanaman buah markisa di kawasan kebun saya secara besar-besaran.cuma saya kekurangan pengalaman untuk menanamnya.saya harap sesiapa yang boleh membantu untuk mengajar saya cara2 menanam buah markisa ni bolehlah email kepada saya khairuldoa@yahoo.com.terima kasih

  33. @mohamed ali

    salam….

    boleh tak en mohamed ali kongsikan pengalaman menanam buah markisa dari menanam hinggalah ke pungutan hasil .saya berminat untuk mengusahakan tanaman ini di kebun saya seluas 1 ekar.email saya khairuldoa@yahoo.com terima kasih

  34. Rosaini : Buah ni ble masak baru kulit b’tukar betul kuning @ ungu. nk mkn kena belah dulu.. klu nk buat air/jus campur ngan susu pun best gak.

  35. salam,jus dia sedap,saya ada tanam pokoknya,letak gula manis2 buah dan blend ngan ais,hilang haus,yg saya tau gelaran bagi buah markisa ni,syurga tidur di selatan amerika dan mexico,dahulu ,bagi org2 dayak dasaya dah cuba,dahulu kala,buah markisa adalah ubat tidur yg paling mujarab bagi sesiapa yg inginkan kepuasan tidur,saya dah cuba,rasa tidur dan mimpi yg sangat panjang dan tidur yg sgt lama,walaupun 6jam tidur,ssb tu digelar syurga tidur.caranya beli buah markisa try sekilo dulu.balik makan 3-4 biji tak kira la nak buat air ke atau lainya,6jam sebelum tidur,try tengok malam tu tidur camner,kalau tak rasa puas juga esok tambahkan bilangan 7-8 biji.lagi banyak makan buah markisa lagi panjang rasa tidurnya,best,selamat mencuba….

  36. saya ada tanam pokok ni,benih beli kat c.highland,tak sampai 6 bulan berbuah lebat sampai konkrit yg saya buat patah,saya pakai npk blue 15.15.17 2 minggu sekali,yg saya tahu markisa ni org asli amerika panggil syurga tidur,sebab kalo dimakan banyak,mungkin 6 biji keatas sekali makan,7 jam sebelom tido,mesti terasa tidur yg sangat panjang,mimpi juga yg sangat panjang,cubalah,saya dah mencubanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam