April 18, 2024

markisa
Pernahkah anda merasai jus buah Markisa? Atau anda masih belum mengenali rupa buah Markisa yang sebenarnya. Artikel kali ini saya nak memperkenalkan serba sedikit tentang buah ini.

Markisa merupakan sejenis tanaman dari genus Passiflora dan merupakan buah-buahan jenis beri. Ia mempunyai perikarp tebal dengan kulit seperti cangkerang yang rapuh. Buah markisa mempunyai biji yang banyak. Maaflah, tak sempat nak belah buah ini. Jadi tak dapatlah nak lihat isinya..
markisa3

Di Malaysia terdapat 2 jenis markisa yang diusahakan, iaitu markisa yang mempunyai buah yang berwarna ungu dan buah yang bewarna kuning. Di percayai buah yang bewarna ungu mempunyai rasa yang masam. Buah markisa ungu sesuai dimakan mentah dan dimasak sebagai sayur, manakala markisa kuning sesuai dijadikan jus. Kulit buah markisa juga dikatakan boleh djadikan makanan ternakan.

markisa2

Kegunaan lain pokok atau buah ini, masih kurang banyak diketahui. Jika ada kajian lain mengenai buah ini yang anda ketahui diharaplah kongsikan bersama. Pada yang pernah menanam pokok buah ini atau pada yang biasa makan buah ini, diharap dapat kongsikan pengalaman anda disini..

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :63926

116 thoughts on “Buah Markisa

  1. rasa yang masaknya kuning bolehlah tahan masam 2 manis dan enak kalau di buat jus , bijinya banyak seperti jeli . masa zaman kanak 2 saya pernah makan buah ni , tapi sekarang agak sukar untuk di jumpai , pokok nya menjalar seperti pokok petola

  2. Buah markisa yang bewarna unggu ini ada saya tanam di tepi rumah yang dibiarkan memanjat sekeliling pagar kolam ikan saya. Buahnya saya beli RM 6.00/kg dari kedai seorang pengusaha cina di Kuantan dan saya ada menyemai benihnya. Agak lama juga menunggu pokok ini mengeluarkan buah. Enak sekali dimakan secara terus kalau buahnya cukup ranum. Jus markisa amat menyegarkan…

    Kami sekeluarga sering membelek-belek dedaunan untuk mencari buahnya kerana jika lalai…alamatnya malam nanti si musang akan bertandang…Bijinya seperti biji buah ulat bulu sahaja…

  3. Salam.
    Ada juga pernah minum jus buah markisa ni. Enak juga rasanya, masam manis. Tapi ada bau sikit.
    (Orang jawa boleh melawat blog saya mohakas.blogspot.com)

  4. salam tuan,
    Tulah……macamana rasa dan buahnya pun tak tahu. Terima kasih kepada saudara kita yang bagi info ni dapatlah generasi kita dan anak-anak kita nanti dapat mengenali buah ini

  5. saya pernah makan dan tanam pokok markisa rasanya masam tapi sedap.bijinya byk boleh telan terus.pokoknya subur pada awalnya daun lebar dan cantik.tapi tiba2 mati saya pun tidak tau apa sebabnya. kata kawan disebabkan air bertakung dalam pasu.saya ingin nk tanam lagi elok benih dr mana? dulu beli dr C. Highland. tolong beri pandangan.t.k

  6. dulu saya ke bagan lalang, picnic, pastu dlm perjalanan balik jb, ada orang jual kat tepi jalan.

    rasanya masam manis. bijiknya saya semai dan dah tanam dlm sebulan lebih tengah menjalar tapi belum berbuah. orang kata buat jus seap. ada tak yang boleh bagi tau macam mana nak buat jus,

  7. Di Sumatera Utara kita boleh dapati jenis markisa ini dengan mudah. Yang berwarna ungu dan berwarna kuning harganya kurang lebih 3 s.d 4 RM sekilo. Jus markisa biasanya dibuat dari yang berwarna ungu. Yang kuning tidak dibuat jus, tetapi dimakan langsung karena rasanya lebih manis berbandingkan yang berwarna ungu. Di Medan harga jus markisa 1.50 RM sampai 4 RM.

  8. Saya baru tanam dua pokok passion fruit ni. Baru dua kaki tingginya, menjalar diatas para buluh. Benih diberi seorang nenek tua berbangsa cina berumur 71 tahun. Rasa buah yg ditanam nenek tua yg saya panggilnya sebagai popo ni, macam rasa buah limau oren. Sedap jugak.

  9. Baru je jumpa buah ni minggu lepas kat Sepang dalam perjalanan ke Sg Pelek. Sedap buah ni walau ada masam2 sikit.

  10. Salam.
    Pokok ni tak tahan banyak air atau terlalu kering. Kalau boleh guna baja organik tp kalau tiada, boleh juga guna baja kimia tapi jangan terlalu banyak.
    Akar pokok ini biasa diserang kulat (bila terlalu lembab) dan kena penyakit “akar busu’ dan pokok akan mati layu.
    Nak buah banyak ikut cara tanam petola iaitu dari pangkal pokok ke para / junjung jangan ada cabang, bermaksud cabang bermula dari para para/junjung tadi. Biasanya para dibuat 6 kaki tinggi supaya kita boleh lalu dibawahnya.
    Lihat lah keindahan buahnya bila buat cara ini.
    Terima kasih … Wak Din

  11. sedap… kat umah ade tanam.. mengeluarkan buah yg bnyak.. n di kedai sye pn ade mnjual jus markisa…

  12. Pernah juga tanam melalui biji yang dikeringkan tapi tak menjadi. Buahnya masam manis. TQ di atas info yang menarik ini.Di Melaka saya tengok mereka tanam sebagai pokok hiasan. Menarik sungguh!

  13. sy suka buah nie…rase ye masam2 manis…..jus air dia pun sedap tp sy x th nak cr kat mana jus ye sbb sy dpt dr kwn sy yg pulang dari indonesia…..pokok nya jenis menjalar. boleh dikatakan ramai gak ramai mula tanam pokok markisa nie

  14. Ya, saya pun pernah rasa jus nyer saja, mmg sedap dan anak2 pun suka juga rasanya. Kakak saya di UPM yang selalu beli jus buah di MARDI

  15. saya ada tanam pokok ni…rasanya masam2 manis. dan boleh di buat jus…bau yg harum. ia juga dapat menghilangkan stress…nyaman

  16. Saya ada tanam pokok ni…rasanya masam2 manis. dan boleh di buat jus…bau yg harum.dah saya juga telah dapat menghasilkan markisa yang tekstur kulitnya saperti rock melon

  17. sexy mkn buah (yg wrn kuning) ni masa umur 12 thn (iaitu 3 thn yg lalu. he2!). ia juga dikenali dgn nama buah ‘oren’ sbb rupany mcm buah oren tp bauny lbh kurang mcm tembikai susu. rasany masam2 manis tp x masam sgt. dlmny mcm buah delima. pokokny ada djual di pasar tani, rm5-7 1polibeg. (jika nk tgk isi dlmny blh rujuk internet : buah markisa )

  18. saya bukan nak tanya ttg buah markisa. tpi pasai buah lain boleh x. apa nama buah yang kulitnya keras, isi kat dalam calor putih,bila msk calor coco sedap dimakan dgn santan.apa buahnya . boleh tlg bantu

  19. Masa kecil2 dulu biasalah makan..abah tanam dihalaman rumah sebagai garage kereta…bila berbuah..tak sempat masak..dah kena rembat…rasanya masam2 manis tp sedap..bijinya mmg byk tp kecil dan boleh ditelan terus..dulu kami panggilnya bukan buah MARKISA tapi buah SUSU..tak tau kenapa..(abah yg britau)…

  20. Buah Markisa atau ada org panggil Buah Susu. Buah yang masak isinya berbiji-biji dan berjeli berbentuk seperti biji betik diselaputi jeli seperti selasih di rendam. Jika anda pernah meminum jus minuman berperisa buah-buahan campuran, baunya seperti itu. Rasanya masam. Jika dibuat minuman (tak sesuai di panggil jus kerana bukan di buat dari patinya), isinya di campur dengan air dan letak gula bagi rasa manis. Khasiatnya, ia boleh menyejukkan badan. Bagi yang ingin menguruskan badan, pun boleh amalkan minum airnya kerana bijinya itu berserat tinggi dan boleh melawaskan pembuangan air besar. Boleh cuba kalau jumpa pokok ni.

  21. Salam,

    Saya sukakan buah & jusnya, semasa saya diBrastagi & Kintamani Bali Indonesia (tempatnya sejuk cam Cameron Highland) banyak terdapat buah markisa, rasanya masam-masam manis.

  22. buah ni dulu kat Terengganu banyak tumbuh liar. Saya pernah makan dan pernah minum jus buah ni. Indonesia banyak keluarkan jus. Rasa boleh tahan juga. Kat terengganu orang sana panggil buah ‘oreng’ kalau tak silap. Orang2 terengganu tolong confirm betul ke panggilan buah tu.

  23. Hmm buah markisa ni sedap…rase masam manis bile da masak..ingat mase2 kecik2 dlu, pnjat pokok kopi sbb dia menjalar kat situ…hehe…tapi skang da xde lagi pokok tu…baka pun da xde…

  24. opps satu lagi, buah markisa ni bagus untuk sejukkan badan dan baik tok penghadaman…tu nenek kite bgtau la… 🙂

  25. Rasanya sedap,dulu masa kecil kami panggil buah susu.Pokoknya menjalar dan ia boleh memanjat pada pokok yang tinggi

  26. Buah Markisa…kami di Cameron..dahulu memanggilnya “buah susu hutan”.Rasanya memang masam (air liur pun dh meleleh bila menyebutnya). Ianya banyak dijumpai di hutan2 semak Cameron. Kalau nak makan…kalanya kami taburkan dgn gula pasir sedikit. Baru sanggup telan.

    Sejenis lagi…saya tidak pasti..kalau tak silap..kaum kerabatnya yang dipanggil “buah susu”..berwarna biru gelap semasa muda dan bertukar menjadi kuning adalah tersangat manis apabila masak.Memang ia seakan2 buah markisa. Cuma kini…setahu saya…beberapa penduduk Cameron masih ada yg menanam buah ini di belakang2 rumah.

    Suatu masa dahulupun Ayahanda saya ada menanamnya dan rasa2nya…ia tidak putus berbuah.
    Ianya begitu menguja saya terutama di bulan Ramadhan he he!

  27. Salam,

    Memang best buah ni. saya baru saja dpt anak pokok buah ni .. tanam depan rumah. insyaAllah menjadi nanti akan upload gambarnya ….

    Juga tanam pokok roselle … sedap untuk dibuat jus dan jem ….

  28. Salam! DiSegamat terdapat 3 Ekar tanaman ini dibuat secara komersial.Tanaman yg. menguntongkan dan harganya Double A harganya RM 4/SeKg.Jika nak benihnya adadijual RM3.00 Sepokok. Okay !

  29. Masa saya di Sekolah Menengah Merbok, Kedah, tapak projek untuk aliran pertanian ada menanam pokok markisa kalau tak silap masa tu ada lapan pokok. Cukup lebat bila berbuah.Rasanya masam masam manis isinya lembut macam isi buah letup. Untuk menyedapkan lagi rasanya jus markisa boleh dicampur dengan serbuk asam boi. Benih ada dijual ditempat saya tapi disebabkan rumah saya selalu dikunjungi beruk monyet so tak jadila nak menanamnya. Tak larat nak bergaduh dengan depa….

  30. dulu masa kecik2 kami panggil buah ni oren…ehehe…untuk pengetahuan semua,buah ini boleh juga d buat sambal,hanya perlukan garam secukup rasa dan cili padi secukup rasa…gaul dengan isi markisa yg dah masak…

  31. d institut pertanian ayer hitam johor ada menanam buah markisa secara komersial… di TKPM… lamejgk x menjenguk ke tapak projek markisa.. masih ade ke tidak..entah la… tpi buah ni pengusha buat jus je.. mahal jugk buah ni..rm 3.50-4.00/ kg.. kalau nak taye lebih.. dtg ke Istitut pertanian ayer hitam johor n rujuk pakar di sini…Hj. Mat .. sy student je..

  32. Saya pernah makan dan minum air buah markisa, rasanya memang sedap. Saya pernah melihat sendiri pokok markisa ketika saya menjalankan kajian terhadap Hutan Simpanan Kekal di Johor, yang mana hutan tersebut telah diceroboh dan ditanam dengan pokok markisa.

  33. buah ni tinggi kandungan vitamin c dan bersifat asidik, berpotensi untuk menurunkan kadar kolestrol dalam darah dan juga menurunkan kadar tekanan darah tinggi tetapi tak berapa baik untuk pesakit gout.

  34. saya pernah makan buah ni..manis..tapi ada masam2 sikit la…tapi sedap apa.buat jus lagi sesuai..saya makan buah merkisa yang warna kuning.dulu pokok dia ada dekat kampung.sekarang xda da..lama da x makan..tapi buah ni banyak biji…biji dia macam badam tau..bole makan biji juga

  35. salam…ini buah passion fruit…buah ni byk jugak eksport ke luar negara…

  36. saya rasa buah markisa ini …..org utara selalu ambil kulitnya untuk dibuat masak asam pedas dengan ikan keli……dulu saya adajuga makan sedaaaaaaap………

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam