April 19, 2024

buah-kuning-telur

Artikel kali mengenai sejenis lagi buah nadir yang jarang diketahui umum tetapi pokoknya masih lagi ada dijumpai di Malaysia. Di Semenanjung, buah ini lebih dikenali dengan nama buah kuning telur dan sesetengah tempat mengenalinya dengan nama buah konikoma manakala di Sabah ianya lebih dikenali dengan nama buah Canistel. Semasa lawatan di Kota kinabalu dahulu, buah ini memang banyak dijual di sana dan di ketahui juga  terdapat ladang Canistel yang ditanam secara komersil di Sabah.

Di Semenanjung, saya rasa buah ini hanya segelintir sahaja yang mengenalinya. Namun, saya sendiri pernah menjumpai pokok ini di 2 lokasi berbeza iaitu di kawasan daerah Teluk Intan dan di Semenyih. Itu pun kebetulan semasa terjumpa pokok tersebut, ia sedang berbuah. Jika hanya melihat daunnya, sudah tentu menyangkakan ia adalah pokok rambutan. Mengikut rujukan, pokok kuning telur tidak bermusim dan boleh didapati sepanjang tahun. Pokok yang dibiak melalui biji benih dikatakan berbuah dalam masa 3-5 tahun sahaja.

buah-kuning-telur2

Baru-baru ini saya ada mendapat buah ini dari pusat Arboretum Serdang, Jabatan Pertanian. Bukan apa, saja nak cuba ujirasa buah ini. Memang benar isi dalamnya seakan warna kuning telur yang telah masak. Bijinya pula seakan biji ciku tetapi jauh lebih besar. Mungkin sebab itu, ianya adalah satu keluarga dengan buah ciku dan abiu.

buah-kuning-telur3

Setelah dibelah dan dibuang kulit dan biji, saya pun membuat proses ujikaji yang seterusnya… Mengikut cerita dongeng orang Sabah, buahnya jika dimakan begitu sahaja memang tidak sedap, tetapi jika di buat jus yang dicampur susu ia lebih enak untuk dinikmati. Saya pun mengisarnya sehingga lumat.. Hasilnya anda boleh lihat di bawah tetapi sayang anda tidak boleh bau aromanya yang semerbak  Onedrop perfume.

buah-kuning-telur4

Setelah dicampur dan diadun dengan ramuan khas susu cap teko, maka terhasilah secawan jus buah kuning telur yang lemak berkrim disukai ramai. Sekali pandang memang  menarik dan tertarik. Bila dah rasa sekali, memang rasa semacam dan rasa dua macam. Rasa lemaknya memang lain macam dan diikuti pula rasa manisnya yang mengancam membuat tekak tak boleh telan.. Tetapi, bila dah dicairkan lagi dan dicampur dengan ais, rasanya bolehlah tahan.

buah-kuning-telur5

Dalam sibuk-sibuk aku nak cuba resepi terbaru, anak ku sibuk pula nak rasa. Apa lagi.. aku memang suka orang test hasil ujikaji ku ni. Nak suruh orang rumah ku rasa, memang dia kata tak selera.. Hu.. hu..

buah-kuning-telur6

Dah nak sangat cuba rasa.. Aku pun bagilah..  Dia punya sedap sampai ternganga mulut.. Nasib baik anak ku tak beberapa pandai cakap lagi.. He..he..

buah-kuning-telur7

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :99652

66 thoughts on “Buah Kuning Telur @ kanistel

  1. Sangat interesting. Saya belum pernah dengar atau melihat pohon dan buah itu. Usaha saudara memperkenalkan kepada kami amat berharga sekali. Saya membuat koleksi semua paparan saudara.

    By the way, your child is cute as well.

  2. Saya tak pernah lihat buah kanistel ini. Amat menarik dibuat kajian. Mana tau ianya ada banyak lagi khasiat lain.

  3. mksh infonya. jenis kelompok buah apa, berapa banyk kandungan vitamin n bisa buat obat gk……..

  4. satu lg buah yg tidak d ketahui umum, terima kasih dgn informasi tersebut. buat tatapan jenerasi baru. sye pn x prnah tgk buah yg unik ini……

  5. wah…nampak mcm best tgk baby tu minum..likat betul…nak ckit blh..saya belum pernah jumpala buah ni. thanks for the info. keep go on…

  6. Saya tak pernah tengok buah nii…..
    Alangkah baiknya kalau boleh buat order by post…..
    Sekurang-kurangnya boleh tengok & rasa dgn biji mata sendiri. Barulah boleh ingat kalau2 terjumpa dimana2.

  7. Saya pun belum pernah jumpa buah ini! Alangkah baiknya kalau dapat tahu dari mana boleh belinya.

  8. Saya pun tak pernah tengok dan dengar buah ni. Macam best je. Warna isinya cantik betul. Agaknya mungkin elok untuk kulit, siapa tau..

  9. Terima kasih tentang maklumat ini,saya belum pernah tengok lagi pokoknya.seeloknya mardi bolehlah buat jus diketengahkan.

  10. saya org Sabah tapi belum pernah npk dan dgr nama buah ni. siannya.. tak kenal buah2an tempatan sendiri. terima kasih dgn infonya.. sgt menarik. tahniah.. nak tanya, di Sabah.. di mana ya ladangnya.. mungkin boleh dikunjungi.. kalau kat Kundasang.. memang agak jauh dari tpt sy.. 4 jam perjalanan dgn kereta gitu. tapi mudah untuk dikunjungi. terima kasih.

  11. Interesting dan unique buah ini. Terima kasih atas usaha En Fazli memperkenalkan tumbuhan yang ramai tidak pernah melihatnya macam saya. teruskan usaha sebegini.

  12. Di mana boleh dapatkan biji @ benih pokok ini ? Nak juga tanam pokok ini sebab dah ada pelbagai pokok nadir yang sudah ada dalam koleksi kebun saya.

    Terima kasih.

  13. Saya ada jumpa sejenis buah kuning macam ni juga
    Tapi penjual nya kata ni buah barazil
    sy beli dan makan mentah rasanya boleh tahan
    adakah buah ini serupa

  14. Salam,

    Saya pernah jumpa Buah Kuning Telur ini sewaktu saya menemani anak sulong saya ka ladang Pokok Jarak di UPM, Serdang untuk membuat kerja kerja menyelidik seranga perosak pokok disitu. Disitu ada beberapa baris pokok ini ditanam, ada macam macam bentuk buah ada yg bulat saperti gambar diatas dan ada yg buah berbentuk panjang sedikit tapi pokoknya sama.
    Memang geram bila melihat buahnya lalu saya petik dlm 3-4 biji utk dibawa balik dan saya juga ada ambil gambarnya. Sampai dirumah lalu saya belah dan rasa, rasanya kelat sedikit tp anak saya melarang memakannya takut mengandungi racun lalu saya buangkannya begitu saja.

  15. En Fazlisyam, Buah kuning telur atau canistel tu jg di panggil buah sapotel yang mmg dah ada kat Hulu Paka. Ada pegawai kat Hulu Paka pernah buat keke dgn buah tu. ok jg, dicampur dgn gandum. tapi biasa diminum dgn susu mcm en fazlisyam buat tu.

  16. terima kasih atas maklumat ini. satu lagi ilmu diperoleh.
    Allah Maha Berkuasa. Terlalu banyak lagi yang tak tahu.

  17. buah kuning telur ni banyak di tepi jalan area ladang kongsi dalam upm…banyak sangat buah dia..tapi saya x berani ambil coz saya ingatkan buah ni buah beracun..memang pasti buah ni boleh dimakan? banyak sangat buah ni and memang teruja nak makan..huuhhuhu

  18. Saya kenali buah ini sebagai buah datok. Sejarahnya seorang Dato’ membawa buah ini dari filipina, kemudian disuruh tanam di Dusun Datok Murad. Oleh kerana seorang dato’ yang membawa balik buah tersebut, dikenali sebagai buah datok. Rasanya kalau dimakan macam rasa keledek. Tentu banyak khasiatnya dengan warna kuning diraja yang menyerlah! Kalau jenis keledek isinya yang berwarna mendapat pasaran yang baik, tapai buah ini bagaimana dengan nilai pasarannya ye!

  19. Pokok ini terdapat di TPU,UPM. buah ini adalah buah nadir.. tidak beracun. untuk puan aminah buah pokok jarak beracun… terutama getahnya..boleh mengakibatkan kematian jika melebihi dos..

  20. Buah ni macam buah susu( avocado) yg. sedap diminum dalam bentuk “jus” dicampur susu dsbnya. kalau makan mentah, tak sedap. Menarik juga info ni. TQ.

  21. Salam dan selamat sejahtra dari saya. Satu info yg menarik dan saya tak pernah mendengar , melihat dan jauh sekali . Ada persamaan buah ciku . Bagaimana nak mendapat buah ini . Berapa RM bagi 1 Kg. Kalau dapat info khasiatnya pasti lebih menarik. Berapa ketinggianya bila ia menghasilkan buah. Tk atas usha tuan berkongsi pengalaman .

  22. Sebenarnya saya asal dr sabah tp belum pernah jumpa buah kuning telur, tp apapun terimakasih banyak atas kiriman email anda sekurang kurangnya saya pun dah mengenali satu buah yg belum pernah saya ketahui.

  23. tqvm. di atas semua kiriman yang lelah memberi input kepada kehidupan seharian saya..di harap usaha itu dapat dilakukan secara berterusan ..

  24. Terima kasih , saya orang sabah ( daerah sipitang) pun belum pernah jumpa buah ini boleh di kata kan kalau sebut saja daerah sipitang memang orang sabah terutamanya akan terbayang akan kepelbagaian / keunikan buah-buahannya tapi bila nampak anak saudara meminumnya macam sedap je . Buat pengetahuan saudara pesta buah-buahan sipitang di adakan setiap 2 tahun yang di kenali sebagai Pesta GATA ( Pesta Gasing & Tamu besar ) dan tahun ini pesta ini akan di adakan pada 1,2,& 3hb julai ini , kalau ada kelapangan anda semua di sana di jemput datang ke pesta.

  25. Pouteria campechiana- native to southern Mexico and Central America
    Banyak ditanam di UPM. Pernah petik yang kuning, tapi isinya keras dan
    bergetah. Tak tahu pulak macam mana nak makan buah ni, baunya macam ciku.

  26. nenek saya ada menanam pokok ni di perak…rasanya agak lemak dan sedap juga rasanya…ayah saya gemarkannya…tapi buah ni turut digemari oleh ayam…pantang buah ni gugur dari pokok, pasti berebut ayam memakannya…insyaallah selepas saya akan mencuba resepi jus buah kuning telur ini…

  27. Saya sudah makan buah ini tetapi tidak tahu namanya. Sekarang baru tahu ini buah kuning telur. Terima kasih.

  28. saya pengumpul koleksi pokok2 nadir, sila beri kerjasama utk saya dapatkan pokok benih pokok buah kunig telur. I tinggal di semenyih & cheras, jikalau tuan terdapat benih pokok buah kunig telur tersebut adakah boleh saya dapatkan biji benihnya. sila call saya mohd.fathli 0129256500. Saya mmg berminat terhadap pokok tersebut. Sila beri kerjasama.

  29. saya memang pernah memakan buah ini, tetapi penjualnya menamakan buah ini buah mentega mungkin kerana warna dan tekturnya walaupun tidak berlemak.

  30. saya pernah jumpa buah ini sewaktu lawatan saya ke jakarta baru2 ini…. orang sana menamakan nya buahsawo mentega dan tekstur seakan2 ubi keledek yg telah direbus! rasa nya pekat dan lemak manis akan tetapi rasa muak jika terlebih makan. namun buah yg dijual adalah jauh lebih besar dan setiap buah mempunyai sekurang2nya 4 biji benih didalamnya. member yang berasal dari sarawak juga menamakan nya buah mentega. nama saintifik nya Pouteria campechiana berasal dr south amerika selatan dan brazil.

  31. rumah saya di kampung ade pokok ini…nenek sy panggil pokok ni pokok alikumar…

  32. Dekat rumah jiran saya ada pokok ni… isi dia gebu macam ubi yang dah rebus. rasa tu la la sedap sangat.. tapi kalau nak benih memang senang nak dapat sebab bawak pokok banyak anak pokok yang dah tumbuh.. cabut je… sapa nak bagi tau saya… tapi di Kedah la…

  33. Saya ada menanam pokok ini dari benih yang di bawa balik dari Filipina. Pokoknya tumbuh subur tinggi..batangnya lurus…tapi hingga sekarang dah lebih 10 tahun masih tk berbuah lagi…mungkin pokok Jantan kut….atau adakah kerana cuaca di sini tidak sesuai….?

  34. Arwah mertua panggil ni Ciku Filipina.. Ada dia tanam kat rumah dgn Kebun dia.. Anak benih pun ada.. Mungkin tuan boleh cuba buat lepat/pengat berintikan kelapa sbb ibu mertua rajin benar buatkan menda alah ni.. Rasa lagi sedap la dari wat jus kot..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam