Buah Kesusu

kesusu

Semasa saya mula-mula sampai di Taman Pertanian Sabah, buah yang menarik pandangan mata saya ialah buah Kesusu. Nak tahu kenapa?

Buah Kesusu atau nama saintifiknya Prainea limpato merupakan sejenis buah yang saya anggap ganas unik kerana mempunyai rupa bentuk yang tidak seperti buah-buahan yang lain. Buah ini  dikatakan berasal dari Borneo, namun menurut rujukan ia juga dipercayai terdapat di Semenanjung Malaysia. Selain nama kesusu, nama lain yang digunakan ialah seperti Buruni, Ematak, dan Karon.

kesusu2

Gambar di atas merupakan peringkat di mana buah yang masih putik memenuhi setiap ranting pokok. Benjolan akan mula keluar sedikit demi sedikit pada buah yang putik sehingga lengkap sepenuhnya menyerupai buah sebenar.

kesusu3

Buah yang telah masak akan bertukar warna oren hijauan. Cara nak makan buah ini ialah dengan memulas benjol tersebut dan terus masuk ke dalam rongga mulut. Lidah anda akan merasai sedikit masam dan kadangkala sedikit manis.

Anda semua pernah lihat ke buah ini? Di mana ? Bila ?

Number of View :37747

69 comments

  1. Dalam menjejaki maklumat tentang keledek batu, saya terjumpa blog ini. Pernah tak dengar nama keledek batu? Keledek ini memang keras seperti batu dan tumbuh dicelah batu. Kalau boleh saya nak info kat mana boleh dapat keledek batu ini. Saya sekadar bertanya andai ada info yang boleh dikongsi tentang keledek batu. Terima kasih….

  2. maha kaya Allah yang mencipta tumbuhan ini. Nak tau bagaimana boleh saya dapatkan benihnya? Boleh la tanam di kebun saya dan sesiapapun boleh lihat buahnya kelak

  3. Mula-mula dapat emel suruh komen buah kesusu dalam kepala terbayang buah jambu susu tapi bila tengok gambar buah kesusu terus binggung tak tau nak ulas apa hehehe.. Apa pun terimakasih bagi peluang menatap buah ciptaan Allah ini….

  4. salam, melihat gambar & rupa buah kenusu ni saya teringat pada sebatang pokok di kg saya di kuala pilah n9 ada pokok yg buahnya sama dgn buah kenusu ni tp pokoknya tinggi, semasa saya kecil2 dahulu pokok ini rajin berbuah, org kg saya panggil ‘buah lempato’ (loghat n9) nama lain saya tak pasti, buah ni yg muda mcm dlm gambar yg pertama tu sangat enak dibuat masak lemak cili api campur ikan bilis saja sebelum dimasak perlu dicelur dahulu untuk membuang getah dia, buah yg masak tak pernah makan,buah ni banyak getah bila di potong dgn pisau terutamanya yg muda, saya tak pasti pokok ini masih ada atau tidak di kg..saya memang dah lama tak balik kg..dah tak ada sesiapa di kg..kalau mudah dapat benih saya pun ingin mendapatkannya untuk ditanam..sekian

  5. memang pelik buah tu ya, nak makan pun takut kerana rupanya memang horror betul, saya tak pernah tengok buah kesusu ni tapi kalau buah susu, wow memang selalu tengok le

  6. hmm saya org Sabah pernah dengar nama kesusu tpi blum pernah nampak buah spt dlm gambar fazli post tu..
    erm kamu pernah dengar buah ‘kungkurad” hehe.
    saya ada pokok Crown of Gods (Mahkota Dewa) dari Papua.. mereka kata boleh cegah / sembuh kanser dan gout.. bila dah berbuah saya akan benihkan dan jual dlm polibeg, sepa nak pesan sila hubungi saya SEGERA… 016-8460018 makasi

  7. Assalamualatkum; Saya ucapkan terima kasih kepada tuan yang sudi menghantar berita bergambar keunikan Buah Kesusu; Inilah kali pertama saya melihat keunikan buahnya yang begitu menakjukkan! Kebarangkalian khasiatnya mungkin bolih mengubati penyakit-penyakit yang sama dengan bentuk rupanya dengan orgon manusia contohnya sperti penyakit payu dara, ketumbuhan dalaman atau luaran yang mempunyai keserasian pada sesorang. Kejadian Allah Taala adalah berbagai-bagai cuma kita yang berusaha mencari berikhtiar mengubati segala penyakit dengan Dos yang sesuai apa-apa pokok herba ‘Herba adalah Racun dan Racun adalah Herba
    Terima kasih…”

  8. Buah ini didapati mula pupus dan satu tindakan yang saudar kenalkan amat baik untuk jenarasi baru mengenalnya. Baik kita syurkan dikembangkan buah yang mulai pupus/ tidak dikenali ramai untuk dibenehkan.

  9. Assalammualaikum..,
    Saya ada bekalan pokok Mahkota Dewa dari saiz 5 in. hingga 6 kaki ada la dalam 60 pokok .Buah nya yang saya jadikan teh (dikeringkan) ada dalam sekilo disamping menjadi amalan saya sudah 2 tahun minum teh ini ..alhamdulillah sihat! .Saya ambil benihnya dari Indramayu dan Curup,Bengkulu.Difahamkan buah ini berasal dari Papua .Buah Kesusu tu kalau ada sesiapa hendak menjual benihnya saya berminat untuk membeli call saya 013 4412250 adenan .t/kasih .

  10. hi saudara fazli,
    terima kasih atas info ini. saya sangat tertarik dan kagum melihat ciptaan Allah pada buah ini. Ini kali pertama saya melihatnya. sangat luarbiasa, diharap pihak berkenaan mengkaji buah ini dan khasiat disebalik ciptaannya yang unik ini.

    wasalam

  11. salam…
    1st time gak nmpak buah tu..
    time sy g taman pertanian tenom x jmp plak..
    so far best jer tgk..

  12. Tq atas info menarik ni…mmg menakjubkan, mungkin ada khasiat tersembunyi pada keunikan buah ini yang belum kita ketahui ataupun memang telah diketahui oleh penanamnya atau penduduk disitu. Diharap buah2 unik seumpama ini masih terus kekal hidup di mukabumi kita ini..

  13. x pernah pulak sa nmpk ni buah…ada sepa2 blh bg anak pokoknya atau benihnya…dan cara2 penjagaannya…

  14. Assalamualaikum en,Fazli, Akak sependapat dengan abang Aziz Basrom tu.Nama buah tu di kampung akak disebut buah limpato.Memang sedap dibuat masak lomak cili api dicampur ikan,udang ,telur itik dan ikan bilis. Baru -baru ni akak jumpa dia kat pasar tani Kuala Pilah. Akak beli lah 6 ikat.dan bijinya akak cuba semaikan nak dijadikan benih . Dah tumbuh panjang sekaki.Tapi lupa pulak apa nama pokoknya. Alhamdulillal bila tengok gambar yang fadli kirim ni akak teringat akan pokok limpato yang akak nak buat koleksi tu.Tq

  15. First time saya tengok buah ni. Terlalu unik dan menakjubkan bentuknya. Semasa saya datang ke Taman Pertanian di Tenom tu, takde pulak sy terlihat pokok ni.

  16. salam..
    terima kasih diatas info yang menarik dan hebat ni..saya adalah salah sorang peminat tanaman buah2han,herba juga ulam ulaman.tq FAZLI.ada sesapa yang ingin menjual benih kacang botor yang panjangnye lebih kurang 1 kaki.?setahu saya benih tu asalnye drp sabah/sarawak.Dan saya berharap sgt..kacang botor yang biasa saya dah tanam.

  17. kebesaran Allah. Memang menarik buah kesusu ni. Saya harap tuan boleh dapatkan lebih infomasi tentang khasiat dan peluang pemasaran masa hadapan. Terima kasih.

  18. salam sejahtera. terima kasih info yang berguna dapat belajar pelbagai jenis tanaman dan buah-buahan. saya tak pernah tengok buah ini .

  19. masyaallah betapa cantiknya buah kesusu ini dan buahnya mesti sedap.baru tahu tentang buah kesusu ini.

  20. ups… wanna know a lot about this fruit, kindly brief me on its nutrient, function, benefit…thank you

  21. saye br je lihat dan dapat merase buah kesusu ni di Taman Pertanian Sabah di Tenom.rase dia cam lemak2 mcm susu la sesuai ngan name dia.ade mcm2 lg buah-buahan yg pelik ade di situ dan tiada di pasaran…jom singgah di Taman Pertanian..byk buah2an dr luar negara…

  22. Salam,
    Tahniah kerana info yg sangat berguna ini… dah hampir 50tahun hidup, sememangnya tak pernah saya lihat buah ini, apatah merasa….

  23. Assalamualaikum

    Tahniah kpd 2 org pilah yang kona buah lempato
    Se pun org sekampong, tompek lain tak ado agak ae
    Nak maklum kek MB buek ladang lempato
    Nanti ada ladang aboratum pokok-pokok nadir

  24. Boto te kau ae
    Buah lempato ni gulai tempoyak ngan ikan tenggiri mesti msk lomak cili api
    Masa bebudak dulu (60an) ambik sendiri kek hutan
    Beagih lah dongan sodaro keliling gumah
    Fulamak……………………………..sodap te kau ae
    Budak jam ni tak tau lah mau makan gulai ni sbb tak ponah tau pun!!!!!!!!!!!!!!!!

  25. tak penah tgk gak buah kesusu nih. kalu sy dpt benihny, tnm dlm pasu je dulu, tak kisah bila blh tnm kt tas tanah.

    kpd anastasia2…. kalu nk tgk gmbr kledek bt blhla lwt penakumenulis.blogspot.com (bkn blok sy daa…) tp mklumat lanjut tk dpt nk tlg.

    kpd helmi43, http://ygmenarik.blogspot.com tlh mengisytiharkn bhw gmbr yg ada dlm blok tsbt sumbernya adlh dr http://fazlisyam.com. wp mukin kena mintak izin dulu kot dr e.fazli tp sy p.k. e.fazli x marah kan? kan? kan?

  26. huyooo… sabah n sarawak ni mcm2 buah pelik ade yek.kt semenanjung dimane boleh dapat buah ni?aku nak jugak cuba makan.sape tau kt semenanjung ade kat mane ckp la

  27. d smenanjung memang ada, tapi istilah lain lah
    tanye kat jab pertanian atau perhutanan

  28. xpernah jumpe..xpernah tgok..xpernah tahu..teringin nk mkn buah ni..mcm best je..bentuk n kaler mase dh masak tu menampakkan yg buah ni sgt unik…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam