Buah Keriang Dot

keriang-dot1

(Gambar yang anda lihat ini telah disunting dari sumber – internet)

Artikel mengenai buah keriang dot pernah muncul di  salah sebuah akhbar tempatan yang bertajuk ” Buah Keriang Dot yang semakin Pupus”.  Jadi, tanpa melengahkan masa, biarlah saya ringkaskan serba sedikit mengenai buah ini. Bagi mereka yang tinggal di kawasan utara tanah air sudah pasti mengenali buah ini. Namun, ramai lagi generasi masa kini tidak lagi mengenali pokok dan buah keriang dot kerana pokok  ini semakin sukar diperoleh. Jika dahulu ia  mudah didapati di kawasan hutan dan pinggir kampung, kini  buah ini semakin lama semakin berkurangan.

Dipercayai, pokok keriang dot hanya berbuah sekali dalam setahun sekitar bulan April hingga Mei dan buahnya akan bertukar menjadi warna hitam apabila benar-benar masak serta meninggalkan kesan berwarna hitam pada lidah apabila dimakan. Buah ini mempunyai rasa sedikit kelat namun manis apabila benar-benar masak dan kaya dengan khasiat daripada segi perubatan.

Apa yang menarik mengenai buah ini ialah gugusan buah keriang yang masak kelihatan sama dengan buah anggur. Dari segi khasiat perubatan, ia membantu mengurangkan kadar gula dalam darah  bagi pesakit kencing manis. Selain itu, biji buah keriang dot juga boleh dikeringkan, ditumbuk dan dibancuh dengan air panas untuk diminum.

Bagi sesiapa yang pernah mencubanya, anda pasti mempunyai sesuatu pengalaman untuk dikongsikan…

Number of View :33534

125 comments

  1. EMM..
    saya tak pernah jumpa buah ni..tapi nampak mcm sedap je..kalo ada sapa tanam bole la pas2 kat saya..heheheehe

  2. keriang burung adalah saiz kecil….masak manis……keriang dot ni yang besar kurma…..ni makan dengan garam…..ketagih oooo hehhehehe

  3. Salam 1 malaysia
    Saya masa kecik2 dulu suka mkn…lepas tu akan bertukar warna ke warna agak purlpe…memang kat kg saya di Kelantan makin pupus..
    bahkan saya tak lagi merasanya sekarang…hehehe

  4. Buah keriang dot lebih besar dari keriang biasa. Rasanya hampir sama. Kat rumah saya di Kedah ada ayah saya tanam kat sawah padi. Pokoknya agak besar, boleh buat peneduh di sawah. Kalau nak tengok pi cari Hj Mahmud Said kat kampung seberang Telaga Mas Pokok sena Kedah kalau nak buat kajian ka, nak tulis buku ka semua boleh.

  5. kalau tak salah, ni buah ‘endapur’ dalam bahasa tempatan di Kota Belud. Buah ni sebelum masak berwarna hijau, merah dan berwarna purple kalo dah masak. rasa buah ni sedikit kelat dan manis. Pokoknya tumbuh liar di kawasan berbukit. masa kecil dulu selalu pegi ambil buah ni sampai lidah pun berwarna purple sbb makan terlampau banyak….

  6. OOOOoooo nostalgianya…….buah kriang…!!!!

    Dh kategori buah nadir,dah tentulah tak banyak lagi sekarang ni…Nadir tu sendiri bermaksud sesuatu yang hampir pupus.

    Lepas hujan je,buahnya akan sedikit membesar(kami sebut kembang)baru sedap nak makan.Kalo xnak bagi buahnya rosak,masa kait tu biar jatuh dlam air(bendang ka,parit ka @ sungai..Pehh,pelerai dari tangkai + skit garam halus…makan sampai gigi biru kehitanman

  7. nanum buah ni, lain pula di panggil di kawasan pantai timur. di kg sy buah ini dipanggil buah jambu arang kerana buahnya kelihatan hitam macam arang. rasa memang enak kalau dimakan bersama garam. rasa masam. masin dan manis. Tapi khasiatnya saya tidak ketahuai seperti boleh megurang kandungan gula dalam darah. menyesal la pulak pokok tersebut telah ditebang..

  8. Salam…terima kasih atas email ini.Tak dapat komen apa2 sebab tak pernah jumpa tumbuhan ini. harap2 kalau ada sesiapa yg ada benihnya area Sg Buluh Selangor hubungilah saya. 0122492947

  9. salam,

    saya ada satu petua dari arwah nenek saya, kalu budak kecil tak lalu nk makan..asik makan benda2 lain je..tk nk makan nasi…

    amek daun keriang ni ramas2 dalam air bagi mandi…2 minggu sekali

    saya dh cuba dekat anak saya….alhamdullillah….tgh malam pun dia mintak nk makan nasi…

  10. Assalamualaikum.
    Saya pernah mkn buah ni.Jiran saya ada 2 pokok.Tapi dia
    dah cantas dahan2 pokok d depan rmh tu.Buah2 ranum
    yg jatuh ke tanah mjadi tarikan kpd lalat hijau(langau).
    Bnyk sngt.lalat & mjijikkan.X sanggup dia dgn keadaan tu.Skrg kedua2 pokok x brbuah langsung.Wallahuaqlam.
    Ada kwn dr S’gor panggil buah ni jambu arang.
    Daun keriang mmg mcm daun jambu air.
    Nama saintifik jambu air–Eugenia aquea ; jambu keling/
    melaka/bol–Eugenia malaccensis ; keriang/kerian–
    Eugenia pseudosubtilis (rujukan :Kamus Dewan,DBP).
    Buah2 ni dr genus yg sama.
    Ada org prnah ambil sedikit akar pokok ini (direbus)utk
    jadi ubat kencing manis.
    Buahnya selalu kami gaulkan dgn.garam,sejukkan dlm
    fridge, baru mkn.

  11. Terima kasih atas info terbaru ni. Buah Keriang ni agak asing bagi saya, saya tidak pernah mengenalinya sebelum ini. Memang info yang terkini bagi diri saya.

  12. salam, fazli. buah keriang dot byk tumbuh sebelah utara, kat kampong masih lagi ada.musim buah la ne.saya baru 2 minggu lepas dapat makan, teringat masih budak-budak dulu, sekupang satu pot susu, sedap, isinya rasa kelat sikit. yg syoknya tu, mulut,lidah semua jadi biru lps makan buah ne.
    buahnya macam anggur hitam, tapi buah memanjang tak bulat, bergugus.
    cara tanam, ambil biji benih, semai. pokok rendang, tumbuh macam pokok asam jawa. tahan panas, kemarau.
    macam keriang dot, tapi buah kecik-kecik, rasa kelat tapi manis kalau masak ranum. depa panggil keriang lada.
    Budak-budak sekarang tak suka buah-buah nadir ne. tak pandai makan. Macam buah kote mamak. ok . tq

  13. Salam

    Di kampung2 masih ada lagi keriang dot ni. Yg pupus tu bukannya apa, pokok ni kalau dibiarkan akan membesar merimbun so banyaklah yg telah ditebang.

    Kat dlm kampung saya masih ada sepokok lg. Rumah kakak saya pun masih ada …baru habis berbuah saja.

    Sedap tabur garam secukup rasa lepas tu peram kejap dlm peti ais sebelum dimakan. Tapi jgn makan time perut kosong kerana buah ni berangin … kembung perut nanti.

  14. memang byk pokok ini kt kawasan utara…..sampai org kiaskan kulit seseorang itu dengan warna buah kerian ini…….bunyinya mcm ini…kulit hang hitam macam buah kerian dot…..bukan buahnya saja yg berhasiat akar,kulit,daun semunya berguna sebagai perubatan tradisonial……cthnya cirit birit…ambil kulitnya direbus dan terus diminum….

    1…..

  15. Sape ddk kat felda sg.tekam utara mesti pernah nmpk pokok ni kat sebelah masjid. Ntah ada lg ke x pokok ni. Lm dah tinggalkan kampung. Kelat2 rasa buah ni. memang dulu2 kitaorg apnggil anggur malaysia. huhu…

  16. seingat saya kali terakhir makan buah ni 5 tahun lepas kat rumah sedara diperlis. rasa mmg manis kelat, sedap lagi cicah ngan garam belacan la org utara cakap. tapi kena hati-hati sebab buah keriang dot ni boleh tinggal kesan kat pakaian kalau terkena air buahnya tu. memang agak kurang populasi pokok ni tapi kat rumah saya masih ada la sepokok, boleh buat tempat berteduh je la sebab jarang berbuah walaupun dah berusia belasan tahun. sape-sape ada tip nak bagi pokok keriang dot ni berbuah boleh la kongsi sama-sama

  17. salam..klu x silap sayer la kn..
    sye prnah nkpk pokokdan buah nie,dlm prjalanan ke kg org asli..di sg kuching jerantut..
    buah nie mmg seakn buah anggur…

  18. saya cari buah ni, lama juga baru dapat. Bijinya boleh buat ubat kencing manis. Kawan saya sedang usahakannya tapi kena campur dgn lain-lain herba lagi, baru ada power. Awas, pokok ini rapuh, batang besar paha pun boleh patah. Pokok ini banyak tapi orang dah tak pedulikan lagi sbb tak tau khasiatnya. Insyaalah kalau dah cukup ramuan nanti bolehlah sesiapa yg berpenyakit kencing manis mencubanya, semua bahannya herba tempatan.

  19. bagi orang utara kedah ,perlis memang tau punya buah ni….masak ranum kalu..rendam ayak garam pastu makan le …PUUH PALEEEH meleleh ayak leog org PAHANG.

  20. kt kg. sexy dpanggil buah jambu arang. masa kecil pernah mkn. itupun dgn sopanny bg mengekalkn k’sexy’n. ehek!

  21. poko buah ni ada kat Taman Rimba Bukit Kiara.
    Tekezut masa jumpa poko ni di sana… tak sangka.
    Ia ditanam oleh pihak DBKL sbb pokok yang besar dan rendang

  22. buah nie sy penah mkn.. mmg rasenye manis2 kelat.. der dpn umh makcik kat langkawi.. lg 1 der sesape penah mkn buah pokok tanjung x? rasenye kelat.. penah cube mkn sbb atok suh cube.. hehe.. pokok ni byk tnm sebagai pokok hiasan kat jln2 skunk…

  23. keriang dot wujud sebelum manusia mewujudkan pelbagai jenis dot.dot, seperti dotcom etc.

    tengok…hebat tak orang melayu kita…?

    kalu bab khasiat, dah banyak sdra fazlisyam diskus sblum ni.

    slamat membaca…:)

  24. beberapa tahun dulu saya pernah membeli sekilo di pasar malam changloon.. tapi sejak itu tak kelihatan lagi ia di jual . Saya bimbang juga takut pokoknya pupus…belumkah ada kajian khasiat perubatan… SEmasa kecil , sekitar tahun 60 an dan 70 an memang banyak…warna dan rasa kelat nya sama dengan warna kulit manggis… mungkinkah ia ada khasiat anti oksidan yang sangat tinggi… sebab itu jarang dengar orang kampung zaman dulu ada sakit kanser , jantung ,kencing manis dll…

  25. masa tahun 70an dulu buah keriang ni ada di kampung saya.tapi sekarang pupus.buah nya kelat2 manis.nk sedap lagi makan campur sadikt garam..lagi sedap

  26. saya tidak pernah mengenali pokok ini, walaupun saya duduk kawasan kampung tepi hutan tapi saya tidak pernah untuk mengenalinya..minta maaf, apa pun terima kasih kerana informasi ini..

  27. Dulu kg Sg Yu dan sepanjang jalan ke Pantai Merdeka dan Pulau Sayak Kedah,terdapat banyak pokok ini di sepanjang jalan tersebut..nenek saya juga ada menanam pokok keriang dan pokok mertajam..buah ini menjadi makanan kegemaran saya dan abang.pernah satu hari kerana terlalu lapar kami mengutip buah ini untuk dijadikan pengalas perut sementara .Ini kerana kami terpaksa berjalan pergi dan balik ke sekolah sejauh 5km.biasanya kami tiada duit belanja waktu sekolah..jadi kerana lapar terlalu lapar kerana tidak makan ,kami mengutip buah yang jauh tanpa berhati-hati.rupanya-rupanya kami terkutip buah keriang bersama tahi kambing…hijau mulut abang aku kerana termakan tahi kambing bersama buah keriang…

  28. Keriang yang cicap kelat ni yang biasa saya temui ada 2 variety, kecil dan besar. Yang lebih manis adalah yang kecil. Apapun perubahan warna pada peringkat perkembangan buahnya sangat menarik. Bermula dengan putik hijau muda then krim and pink, light purple and akhirnya ungu kehitaman yang berkilat.

    Ini adalah diantara buah yang saya kategorikan buah2an nostalgia spt rokam (masam) dan sepupunya kerkup (manis2), cermai, jambu air/keling/botol, belimbing (buluh &bintang), mata ayam, seralat, belalai gajah (mamak’s ****), jambu batu dan muyu (besar sikit dari keriang dan masam) dan setiaiyy (sentul) . Dulu masa kecik2 ada budak2 kampung buat biznes jual buah muyu dan kerkup.

    Tak silapnya keriang ni termasuk dalam genius Eugenia sp. (jambu air). Sebab tu saya sendiri pun tergumbira bila lihat banyak pokok2 keriang yang ditanam oleh local councils..tapi beberapa tahun kemudian frust sungguh bila tengok buahnya confirmlah bukannya keriang tapi E.grandis.

    Banyak kenangan zaman kanak2 – jatuh bangku, ditimpa galah masa cubaan nak ambik buah dia, sanggup bangun pagi2 to be the first ke pokok. Pahit tapi bila cicah dgn garam ..nikmat! Pokok ni hidup subur juga di kawasan berhampiran laut. Masa ikut bapa menjala pun seronok kutip buah2 keriang dot ni. Poket baju bapa sentiasa stained purple bila musim buah keriang. Generasi sekarang ni pernah ka tengok pokok ni, apa lagi merasa buahnya. Memandangkan pokoknya boleh membesar dengan teramat besar, seringkali menjadi mangsa pembersihan kawasan….nampaknya kini kita kena membayar untuk melihat pokok2 buah2 nadir. Disyorkan siapa yang ada kawasan elokla tanam pokok2 yang tak berapa besar spt nanam, cermai, rokam (juga sebagai pokok hiasan kerana mengeluarkan daun /pucuk warna merah) dll.

  29. di rumah ibu mertua pokok kerian ni hanya tanam dengan biji sahaja pun boleh hidup tapi rasanya atas jenis tangan sejuk jenis apa yang ditanam semua menjadi. buahnya memang sedap tapi mak saya tanam dalam 15 tahun baru berbuah sayangnya sedang elok berbuah tup..tup hujan semua buah gugur tak sempat le nak merasa. terpaksa tunggu tahun depan la nak makan buah kalau ada rezeki.

  30. bagi saya yang diatas tu bukan Keriang Dot tetapi Keriang Aceh. Keriang Dot lebih kecil dan memang sedang pupus. susah dah nak cari dimana2. satu lagi buah yang macam ni nama nya “MUYU”(panggilan orang kampung saya) rasa lebih masam tapi sedap dimakan dengan kicap. Buah Keriang Aceh dan keriang Dot sedap dimakan dengan garam.

  31. saya rasa, Cik Latifah telah termakan buah Rokam Sungai. nampak macam sama saiz dan warna cuma pokoknya jenis menjalar. bentuk agak berlainan. buah tu rasanya masam dan gatal kalau dimakan mentah. kat utara orang masukkan buah tu kedalam masakan Asam Pedas (Asam Rebus) untuk menyedapkannya.

  32. teringat zaman kanak2 tahun 70an jadi tarzan panjat pokok keriang, biasanya tumbuh ditepi sawah, sebelah utara, kat Hutan Kampung pokoknya besar dan rendang buat peneduh terutama musim menuai. Bentuk dan saiz macam terung pipit warna hijau, merah dan masak warna puple kehitaman, rasanya kelat2 manis airnya kalau kena kat pakaian, susah nak tanggal. Keriang dot pula warna dan rasanya serupa, bentuk seakan buah kurma tapi kecil sikit

  33. Saya pernah makan sekali buahnya, tapi tak pernah melihat pokok asalnya.Sedap cuma sedikit kelat.

  34. anda memberi info pada carian saya ttng buah ini yg pada saya cukup nostalgia pada zaman kanan-kanak. selain info dinyatakan diatas, buah ni juga enak dimakan dgn dicecah sedikt dgn garam halus, rasanya perghhh,,susah digambarkan, entah generasi akan dtg kapan berjumpa dgn buah ini lagi…ziarah blog saya fizarose.blogspot.com

  35. Kalu tengok ko gambar di atas, ada lah salah kalu budak-budak kelate kata ni buah kerian.. Buah kerian tidak ggini budak awee wei. Buah kerian bulat-bulat kecik macam buah serai kayu tu, cuma dia masak hitam tidak merah macam buah serai kayu. Buah menate apo ni, meh-meh buah terajan. kena gi intai kelih di negeri kedah gamok nya.

  36. kat kedah saya tengoh buahnya kecik2 macam tahi kambing tapi, kat depan rumah saya ada pokoknya, besarla jugak, ada yang pangil jambu arang, anggor malaysia. yelah cam buah anggor kan tp rasanya masam2 manis

  37. teringin sangat nak dapat kan biji buah keriang atau buah mertajam…untuk semai dan buat benih…harap sesiapa yang ada lagi buah2 yang dah hampir pupus ni tolong2 lah semai benihnya untuk tatapan generasi akan datang…

  38. tepi bendang kat depan rumah saya ada sepokok,la ni dah kena tebang, kampong aku kat titi kasai, balik sekolah je aku selalu baling ngan kayu, pokoknya besar tinggi plak tu

  39. Dulu masa zaman kanak2 ada sepokok kat kampung datuk saya kampung Dato’ Murad kat Alor Setar (sekarang kampung tu pun dah pupus to give way for Kompleks Al-bukhary). Buahnya bermusim, bukan selalu ada. Pokoknya tinggi, kena kerabat naik. Buahnya kaler biji remia (ungu) Texture buahnya macam anggur hitam, tapi kalernya lebih gelap dan rasanya kelat diikuti masam pastu baru manis sikit.

    Saya nak cari buah ni atau benih pokoknya sebab nak buat research, sapa yang ada tolong lah kelui my email rosdiomar@hotmail.com

  40. Kat Tmn Wetland Putrajaya bnyk pokok ni.. Bln Mei lepas bnyk berbuah.. lebat buahnya & masak ranum.. sya cuma dpt mkn yg gugur ke bumi je..tu pun sbb gugur oleh gangguan burung/tupai. nak panjat tinggi pokoknya.. manis sekali buahnya..bentuk bujur mcm buah kurma.. segugus mcm buah anggur.. kalu mkn rasa nak telan dgn biji2nya skali..

  41. salam,
    Buah keriang dot mengingat akan zaman kanak kanak di kampong. Bila musim buahnya aku dan rakan akan memanjat pokok ditepi sungai sambil terjun kedalam sungai sampai ibu ku membawa pelepah nyior menghambat pulang untuk makan.Zaman sekarang tiada lagi memori

  42. saya pernah rasa buah 2….terliur lak nak cite , rasanya masam manis ada kelat skit kalau kurang masak.masa 2 saya kat yan kedah ,rumah nenek ayah…tapi sayang dah kena tebang ngan ayah saya .sebabnya pokok 2 dah besar dan tinggi menganggu pandangan mata dan dekat jalan raya utama di yan.

  43. yelaah, baru teringat, akak penah makan buat ni mase belajar kat USM pada tahun 1980-84. Pokoknya tinggi. Pokok ini ada kat belakang Bangunan HBP, Dulu ada bangunan sementara untuk student 1st batch medic berhampiran banguan tersebut. Memang namanya orang utara panggil keriang dot. tak taulah masih ade lagi ke tak pokok ni. akak rasa dah pupus kot. sebab akak masuk kampus baru2 ni. masyaAllah dah tak de ruang. banyak bangunan baru. dah sesak, ,,,,

  44. Rasanya kalau tak silap kami sebut buah tu “Jambu Arang” sekarang dah susah nk dapat tp masih ada lagi kat kampung saya ni, masam manis rasa buahnya. kalau dicicah garam wau! cair liur bila teringat, buah yang masak ranum berwarna hitam adakalanya merekah bila terkena hujan .Tapi sekarang budak2 pun dah tak layan.

  45. mansur desa….tang mana pokok keriang dot tu….mertua saya pun orang telaga mas,pokok sena juga….teriginnya nk rasa…ni no hp saya 018 4070433

  46. Tengok buah keriang ni, teringat zaman kanak2 dulu. Kalau org utara tak tau tentang buah ni, tak tau la nak kata. Buah ni sangat saya suka waktu kanak2 dulu, la ni susah dah nak cari. Kalu ada gambar pokoknya sewaktu ia berbuah, lagi cantik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam