March 28, 2024

keriang-dot1

(Gambar ini telah disunting dari sumber – internet)

Artikel mengenai buah keriang dot pernah muncul di  salah sebuah akhbar tempatan yang bertajuk ” Buah Keriang Dot yang semakin Pupus”.  Jadi, tanpa melengahkan masa, biarlah saya ringkaskan serba sedikit mengenai buah ini. Bagi mereka yang tinggal di kawasan utara tanah air sudah pasti mengenali buah ini. Namun, ramai lagi generasi masa kini tidak lagi mengenali pokok dan buah keriang dot kerana pokok  ini semakin sukar diperoleh. Jika dahulu ia  mudah didapati di kawasan hutan dan pinggir kampung, kini  buah ini semakin lama semakin berkurangan.

Dipercayai, pokok keriang dot hanya berbuah sekali dalam setahun sekitar bulan April hingga Mei dan buahnya akan bertukar menjadi warna hitam apabila benar-benar masak serta meninggalkan kesan berwarna hitam pada lidah apabila dimakan. Buah ini mempunyai rasa sedikit kelat namun manis apabila benar-benar masak dan kaya dengan khasiat daripada segi perubatan.

Apa yang menarik mengenai buah ini ialah gugusan buah keriang yang masak kelihatan sama dengan buah anggur. Dari segi khasiat perubatan, ia membantu mengurangkan kadar gula dalam darah  bagi pesakit kencing manis. Selain itu, biji buah keriang dot juga boleh dikeringkan, ditumbuk dan dibancuh dengan air panas untuk diminum.

Bagi sesiapa yang pernah mencubanya, anda pasti mempunyai sesuatu pengalaman untuk dikongsikan…

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :73425

129 thoughts on “Buah Keriang Dot

  1. Salam,

    Saya teringat tahun 70an semasa belajar di Kedah. Waktu itu buah keriang ni masih banyak lagi dan senang didapati. Rasanya memang sedap. Tapi kalau makan lidah jadi merah. Manalah nak cari sekarang. Minggu lepasa saya ke Alor Star tidak pula terjumpa. Kalau rajin pergi nat (pekan sehari) dikampung2 bolah jadi ada lagi.

    Terima kasih.

    Masukle blogsaya: mohakas.blogspot.com

  2. salam,
    pohon kerian ni byk kat tepi2 sungai.
    teringat zaman kanak2 duku, sekitar tahun 70an… sebelum mandi sungai sempatlah panjat pokok kerian dulu… habis mulut hitam psl makan byk buah kerian.
    dari segi khasiat tak tau plak…

  3. Di kelantan kita panggil buah kerieer,,, pokok ni boleh tumbuh dikawasan berair seperti tepi sawah. Mengikut ayah saya, orang siam guna akar pokok kerian sebagai root-stock untuk kawin dgn poko durian..ini adalah supaya poko durian dapat ditanam dikawasan berair..paya.

  4. salam..
    dah lama tak tengok buah ni,masa zaman kanak kanak je dapat rasa buah ni,sekarang dah x jumpa dah …buah keriang yang kecil tu ada la lagi(nama dah lupa)…

  5. memang sudah lama tak tengok buah ni. Masa kecilkeil dulu penah makan buah ini. Saya pernah jatuh dari pokok ini. Bila makan kena ati ati, air nya. Bila terkena baju susah nak tanggal. Warna ny biru saperti kulit nya. Buah nya terpulang pada pokok. Ada yang manis dan ada yang masam walaupon buah sudah mantang. Biasa nya bila putik, warna nya merah. Bila dan masak warna nya biru hitam. Bila nak makan buah nya lebih enak, tarok buahnya di tangan dan tepok. jangan tepok sampai kembek, tepok dengan tapak tangan supaya buah nya tak di kena.

  6. buah keriang dot ni mmg sedap..pokok keriag dot ni biasanya bersaiz besar..

  7. Setahu saya spesis buah keriang ni ada 4 jenis. Keriang dot jenis kecil,keriang dot jenis besar, buah muyu dan buah mertajam.Cicah dengan garam sedap. Banyak terdapat dipinggir sungai atau di kampung. Jalan Alor Pongsu Daerah Krian Perak banyak pokok keriang dot disitu. Kenangan masa kanak-kanak kutip buah keriang tepi sungai kumpul dalam daun keladi. Kumpul punya kumpul terambil sekali buah keduduq(gatal) buah ni tak boleh makan tapi bila jatuh ke sungai dia punya kala jadi hitam tu yang terambik sekali tu. Biji keriang dot kecil bulat manakala keriang dot besar biji dia lonjong mcm biji kurma. Keempat-empat jenis buah ni kalau dimakan pasti lidah menjadi biru seketika boleh main hantu-hantu bagi yang ada rambut panjang hehehehe…

  8. Apakah nama sains dari buah ini? Atau nama lainnya di daerah lain?
    Kalau melihat dari gambar dan cerita di atas, di daerah saya [Gresik, Jawa Timur], sepertinya ini buah JUWET atau di Madura disebut DUWEK.
    Bijinya [kalau tak salah ingat] agak panjang.
    Enak dimakan, bila dicuci terlebih dahulu dengan air garam atau ditaburi garam.
    Memang sekarang sudah agak langka, tetapi di Madura dan Gresik masih bisa dijumpai bilamana musim buah tiba.

    Salam

  9. salam. teringat saya di zaman 70an. saya suka cari buah keriang di tepi2 sungai. Bila makan aje lidah pasti biru. Ditepi sungai dekat dgn Hospital Pulau Pinang kat Rumah Gabenor dulu-dulu adalah. Tapi sekarang ni dah jadi kawasan perumahan. Pokok keriang ni biasanya bersaiz besar.

  10. terkenang di masa lalu, buah ini memang sedap di makan.bagi kita orang kedah dan di sebelah utara sana memang terkenal buah ini.terdapat di kawasan sawah padi pada zaman dulu dengan pokok yang besar dan rimbun.jom pi makan buah keriang lepas tu pi mandi di sungai tangkap ikan……..ok itulah zaman kita dulu, tapi sekarang ni pokok tu dah tak ada dahhhhhhhhhhh!

  11. Masa tahun 70an dan awal 80 an kat utara memang banyak buat keriang ni. Keriang dot saiz besar dan ada rasa kelat sikit, tapi kering burung saiz 2 x ganda kecil, rasanya lebih manis. Kedua-duanya jika direndam dalam air garam sebelum dimakan, rasanya akan lebih sedap.

    Masa melawat ladang Rempah Nasuha (Johor) pengeluar rempah mak siti awal 20an, saya ada jumpa pokok kering dot dekat kawasan Chalet atas puncak bukit dalam ladang ni.
    Harap-harap sekarang masih ada lagi.

    Masa tahun 90 an di bandar Bagio City, Filippine pun saya pernah nampak orang jual buah kering dot ni di tepi jalan.

  12. Salam…. Setengah negeri dipanggil juga dengan jambu arang. Rasanya masam, cicah dengan garam, kalau makan gigi akan menjadi biru kemerahan. Pokoknya bersaiz besar, biasanya terdapat di sawah-sawah, sambil menuai sambil makan…. tu zaman dulu. Sekarang anak-anak muda doh tak kenal, mungkin kalau jumpa buah ni pun nak makan takut jugak, bagus jugak ni, untuk makluman semua.

  13. salam, terkenang tentang buah kerinag dot ni, buah ini merupakan duah yang tergolong dalam ‘favourite fruit’.Buah yang bersaiz sederhana dan boleh dikatakan kembar kepada buah keriang yang dimana pokoknya seakan sama dan rasa buah yang sama tetapi berbeza dari segi saiz.Sekarang saya menetap di Perak and kawan saya masih mengekalkan pokok ni di rumah beliau dan kami akan mengutipnya bila sampai musimnya.

  14. Salam…saya baru je tanam anak pokok keriang dot ni kat laman rumah…itupun susah nak dpt, dalam kampung2 pun dah tak byk yg ada pokok ni

  15. Saya berasal dari Muar,Johor. Saya dan suami pula sering memancing udang di Sungai Muar berhampiran kampung saya. Buah ni masih banyak di tebing-tebing sungai. Saya memang tak tahu apa-apa pasal buah ni. Tetapi suami saya yang berasal dari Sarawak menyatakan bahawa buah ini boleh di makan. Rasanya masam-masam manis dan kelat. Buah yang muda boleh dibuat pencampur dalam masakan untuk menggantikan asam jawa atau asam keping (asam gelugur) kerana rasanya yang masam. Setakat ini saya rasa spesis ini belum lagi pupus kerana buah ini memang senang2 je dapat kat tebing Sungai Muar.

  16. masa kecik2 dulu saya selalu makan buah ni, sedap dan ralit sebab buahnya yg kecil2, tapi tak buleh panjat sbb pokok dia besar n tinggi, ranting saja yang sampai ke bawah, sampai sekarang pokok tu masih ada kat kampung saya, lepas makan, mulut, tangan jadi merah, lekat warna buah, ada sungai kecil sempena nama pokok ni, sungai bongkok keriang

  17. assalamualaikum..,
    Buah keriang dot ni memang sedap dimakan kalau masa budak budak dulu ,balik sekolah memang saya rest atas pokok keriang dot siap ada dangau lagi sambil menikmati buahnya yang unik kelat dan manis, berukuran sebesar jari kelingking .,lidah jadi kala pink.
    Buah muyu dan mertajam ?tu dah lain tak kena langsung! warna batang dan kulit dah berbeza apa lagi rasa jauh berbeza..muyu pula selalu dikwsn agak berbukit..keriang dot gemar kwsn berpaya ,dulu saya ada pokok keriang dot diKampung Cemumar Perlis dan pokok mertajam ada diKodiang .kawasan bukit keplu ,bkt rawa dan sepanjang perjalanan keChanglon ada ditepi jalan atau sedikit kedalam belukar .Pokok Muyu pula sesuai agak macam pokok Keriang Dot berpaya .batang/kulit pun tak sama dgn pokok Muyu.,Pokok ni ada dirumah jiran saya ..apa lagi ya? syok cerita keriang Dot ni…la ni payah la nak jumpa .wasallam fakir adenan.

  18. salam, saya x pernah dengar/tengok buah ini tapi dari komen teman2 saya rasa seronok membaca pengalaman yang teman2 lalui.Buat Nur Alizza ,bila pokok tu dah berbuah , jemput la kita kerumah ya….

  19. Assalamulaikum,

    Baru saja saya jumpa pokok ni (3/5/2010 – Isnin) mungkin berlainan dengan cerita Cik Yati Dan En. Wan. Yang saya jumpa ni pokoknya melilit di pohon yang berdekatan dengannya. Cuba juga rasa buahnya ada ssedikit kemasaman. Tak berani nak makan habis sebijik cuma rasa dihujung lidah dan tak tau itu ada buah pokok keriang dot

  20. emm.. zaman kecik2 dlu rajin masuk hutan cari buah2an liar, tapi ni pertama kali dengar ni buah.. kali kat utara sabah tak de kot..

  21. Pokok buah keriang dot sekarang ni susah nak jumpa apatah lagi buahnya. Kalau zaman 60an dan 70an dulu memang banyak, lebih-lebih lagi kat tepi sungai atau sawah. Memang best kalau makan buah keriang ni.. mulut serta lidah pastinya berwarna kebiruan. walau bagaimanapun tk kerana menyediakan artikal ni sbb dapat mengingatkan kembali tentang pokok ni yang semakin dilupakan. tk.

  22. Buah keriang dot masih ada kat laman rumah. Tujuan asal untuk perubatan, org kata buah keriang dot nih boleh mengubat batuk dan sakit tekak. Skrg pokok tu dibiarkan membesar sbb suka tgk burung-burung hinggap kat pokok tu makan buahnya, mcm terapi. Rasa buahnya kalau warna merah mmg masam dan kelat, kalau dah hitam rasa manis tp kelat tu masih ada. Harap membantu 😀

  23. Saya pun pernah makan zaman kanak-kanak je..tapi yang best tu dia tumbuh depan rumah kawan sekolah rendah saya, kat Ipoh..tak payah pergi tepi sungai pun heheh. Tak tahu le ntah ada lagi ke tak pokok tu depan rumah dia..masa tu pun pokoknye dah besar dan tinggi, ada dahan yang mencecah ke bawah tu..kat situ je le dapat kait buah keriang…kalau yang kat sebelah atas tu…langut je le tunggu dia jatuh…heheh…saya suka jugak rasa buah nie..kelat + masam manis..

  24. geram tengok gambar buah keriang yang En Fazly copy paste tu..banyak betul…susah nak dapat banyak tu..-agaknya deme panjat kot ye..

  25. Salam..buah ni saya suka makan tp tu zaman budak-budak lagi..mmg sedap..pokok nyer masih ader kt kawasan rumah..tp skang dah berbuah lagi..ssh dah nk mencari buah ni..kat kg2 msti ader kan..elk lah di tanam spy x pupus..kta kna jg khazanah alam..

  26. tengok gambar buah keriang dot, teringat masa zaman kanak-kanak dulu sekitar 70an. Kat belakang rumah ada sepokk buah keriang dot, mmg rasanya kelat-kelat manis, bila makan lidah jadi ungu kehitaman. Sayangnya zaman sekarang ni dah susah nak cari.
    Batang pokok keriang ni memang besar, jadi masa ayah nak bina tambahan rumah terpaksa la tebang pokok tu.

  27. buah ni boleh dimakan rasanya sedikit kelat dan masam. tapi sekarang sudah tidak di kenali oleh generasi muda.

  28. Pernah dengar nama buah ni, tapi ingat-ingat lupa sebab kalau tak silap saya pokok buah ni tumbuh tepi sungai dan dalam hutan.

  29. buah kerian memang banyak kat kampung aku masa kecik2 dulu. tapi sekarang ni dah banyak kena tebang. buah ni boleh dijeruk dan sedap dimakan. rasanya masam manis dan sedikit kelat. nak tambah kesedapan dia lagi, tambah cuka dan sedikt gula, kemudian gaulkan dengan buah2 kerian.

  30. bila sebut jer buah keriang dot ni terliur rasa.dulu ade sepokok tepi rumah..tp dh kena tebang..memang sedap nmpak mcm buah anggur bila masak..daun dia pun wangi tau..skg ni susah dh nk jumpa..

  31. salam tuan,
    saya pernah makan buah ni masa kecil2 dulu, rasanya manis, masam,
    kelat.Waktu tu (70an,80an) terdapat 2 pokok ni di kawasan rumah atuk
    sedara saya. Pada musim pokok ni berbuah dan masak, ramai budak2
    datang mengait dan memakan buahnya. Namun pokok kerian tu telah
    ditebang, maka pupus lah pokok ni. Ada lagi satu pokok kami panggil
    ‘kayu kelat’ buahnya seakan2 buah kerian, tapi rasanya lebih manis.

  32. kebanyakan kita pernah makan masa budak-budak dulu, bila dah pindah kat bandar memang tak jumpa. Waktu budak2 dulu selalu merayap dalam hutan dan tepi2 sungai, jadi nak makan buah keriang ta ada masalah.

  33. buah kerian dot juga dikenali sbgi buah jambu arang di trg.on 1st time tgok..mase drjh 4..kat dpn umah nenek..pokok dia besar..kalo nk amek buah,baling dgn kayu..sebb tggi..pai skrg pn ade lg,cume dh jrg mkn.sebb time berbuah je aku xde kat kg.hehehe..tp rase dia masam2 cket.mak marah kalo kene baju sebb warnanya xhilang..kne pkai clorox..kalo wat buah lastik org pun ok gak ni..huhuhu..rasenye manis kalo dia merekah dan isinya berwarna pink2 gitu..sedap cicah ngan cuka+cili+gula+belacan..wa…sodappp…

  34. pokok keriang setahu saya ada 2 jenis – keriang lada dan keriang dot, keriang lada bersaiz kecil sebesar kacang soya tapi rasanya lebih manis dan sedap dari keriang dot yang rasanya sedikit masam dan kelat. dulu pokok ni memang banyak tapi la ni dah hampir pupus..

  35. sedap buah ni,apalagi musim panas macam ni, kat yala ni, di-tepi dan tengah-tengah sawah diatas batas-batas bendang masih lagi ada pokok ni..apalagi semasa musim mengetam..kat sini masih ada orang mengetam guna tangan..penat mengetam berehat dibawah pokok ni lee…bila pandang kat atas pokok tu buah dah masak ranum…budak- budak panjat,,dan dicantas dahan yg.ada buahnya..lepastu..dipungut buahnya ,direlaikan boleh satu tas-(jelok) dibasuh,disejatkan biar agak kering,lepas tu masukkan sedikit garam debu ,gula dan cuka serta lada,gaul biar rata..sediakan beberapa biji sudu dalam tas tadi…sama-samalah makan sambil berborak…sembang-sembang…rasanya sedaplah… eee meleleh air liur …..

  36. kt umh my mother di perlis still ada lagi pokok buah ni.. sedap makan buah nyer sambil cicah sambal belacan..

  37. Inilah buah yang saya cari bila balik utara tapi tak jumpa dah. Dulu memang banyak tepi hutan, parit dan sungai kat kg. Sayang dah pupus agaknya. Tak ada ke inisiatif utk wujudkan taman pertanian yang tanam pokok-pokok yang semakin pupus tu. Sape boleh tolong ye..

  38. Buah keriang ni kalau kat kampong kawe memang banyak. Arwah bapa kawe buat tiang pagar batangnya akan tumbuh dan berbuah. Kalau lah ke pokok yang manis memang sedap rasanya. Kalau makan banyak susah nak berak kerana masa makan ditelan dengan biji sekali. Sape-sape nak boleh lah gi ke kampong kawe di Jelawat memang banyak kalau kena musimnya.

  39. salam. Buah keriang dot sebelah utara ni dikenali jg dgn nama keriang aceh.dah payah nak dapat dh buah ni.Kalu pasar siang/nat hari selasa ada lg dijual dipekan sik.Ada sepokok kat kampung dulu, pokok tua dh mati plak.Ada satu lg jenis keriang yg lebih kecil, jg sedap kerana kurang rasa kelatnya.Lagi satu buah macam keriang dot ni jg , rasanya masam2 manis, namanya buah muyu.Buah ni last pernah nampak 20 thun lpas.

  40. kalau tak silap saya ,saya pernah makan buah keriang dot ni.lepas makan pasti bibir,mulut dan lidah berwarna ungu.
    klau ada gambar mengkuang pandan dan infonya tlg email kat saya

  41. hehhee…kenal pokok ni…sekolah saya pun diambil nama dr pokok ni..
    Sek Men Keb Kubang Kerian 1…hehehhe

  42. Salam,

    Melihat gambar buah ini teringat zaman kanak-kanak. ketika bermain dengan kawan-kawan dan masuk hutan di kawasan tepi sungai memang jumpa pokok-pokok buah ini dan saya ada memakannya.

    Tapi sekarang mungkin ada lagi dan kita patut menghalangnya dari pupus..

  43. Masa dulu ada sebatang pokok keriang dot kat atas Bukit Dumbar, Jelutong, Penang. Pokoknya besar, tinggi dan berbuah lebat pada musimnya. Entah masih ada kah lagi pokok itu disitu? Masa zaman bebudak dulu selalu mengutip buah-buah yang gugur tapi awas tersilap kutip, terkutip sekali dengan taik kambing kering kerana warna dan saiznya sama. Buah-buah yang di kutip dibubuh dalam kerongsong daun pisang. Selepas dibasuh, taruh garam dan gula….nyaman…yang tak syioknya lidah jadi warna kebiruan dan kalau terkena baju sekolah..tak tau nak kata apa..alghuyub lah jawabnya.

  44. mi.mg susah nak cari buah ni. zaman skrg mana ada yg tanam pokoknya.buah keriang ada yg kecil. yg besar tu ialah keriang dot.

    satu lagi buah yg sudah pupus adalah buah muyu dan buah mertajam.buah muyu agak masam manakala buah mertajam agat kelat tapi manis.

    bebudak skrg ni mana kenal dgn buah2 ni.en fazlisyam boleh tak carikan info ttg buah muyu dan buah mertajam.

    saya rasa smk kubang kerian bukan diambil dari nama buah ini……..buah ini buah keriang ,tak samakan ejaan nya dgn kerian.tak gitu adileela?

  45. sy stuju yg pokok nih smakinpupus, tp bg yg blum kenal n nk kenal boleh r dtg ke hulu terengganu nih…………..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam