Buah Kerdas

kerdas

Kepada peminat ulam-ulaman sudah tentu kenal dengan buah ini. Buah kerdas atau nama saintifiknya bubalinum sering dijadikan hidangan pembuka selera apabila dimakan bersama nasi. Kebiasaannya, bau kerdas ini memang agak kuat dan melekat pada bau nafas setelah dikuyah atau selepas memakan buah ini.

Bagi saya, saya sendiri pun kurang minat untuk memakannya disebabkan atas faktor bau tersebut. Saya lebih rela gigit buah petai dari mengunyah buah ini. He.. he. Mungkin anda yang meminati buah ini, faktor bau tentu tidak menjadi masalah.

Jika anda ingin berkongsikan cerita mengenai buah kerdas boleh beri komen di sini. Jika anda pernah melihat pokok ini atau ada menanamnya , diharap dapat kongsikan bersama..

Number of View :32642

83 comments

  1. Buah kerdas memang sedap untuk dibuat ulam. Rasanya yang lemak dan manis membangkitkan rasa selera semasa makan. walau bagaimanapun bau nua yang agak kuat memang sukar di sembunyikan.

  2. Dikebun saya terdapat beberapa pohon kerdas disamping pohon jering dan petai. Dulu saya tidak pernah memungut buah kerdas yg gugur bertaburan. tapi sejak ada org. datang membelinya dikebun saya, saya pun mula pungut buah ini. Oleh kerana buahnya keras saya rendam didalam air untuk beberapa hari. Kemudian saya potong halus-halus dan tumiskannya macam masak sambal petai. Rasanya memang sedap..rasa “in between” petai dan jering. tapi awas kepada pemakan kerdas ni…bau kencing dijamban pun nanti bau kerdas!!!

  3. yg muda lemak manis, yg tua keras dan kuat (bau). Lgi kuat bau kt jmban. Tp yg penting mkn jgn byk nnti sush kencing….

  4. buah kerdas kalau dekat pantai timur,memang tip top,sebagai pembuka selera ,kalau dicicah bersama budu lagi la ngetop

  5. saya suka makan ulam kerdas nie. best. Dia keras dan ada juga yang lembut. Masa makan ok tapi bila minum air akan rasa ngilu, payau sikit pada gigi atau lidah.. kerana kesan buah kerdas tersebut.

    Buah kerdas boleh dibuat sambal (bahasa kampung sambal gesek) dan ini lagi sedap. Tumbuk dengan cili dan ikan bilis.. letak gaam sedikit.

    Buah kerdas sedap dimakan jika dia dalam keadaan basau (maksudnye buah kerdas yang diletakkan pada tanah seperti kita ingin menyemainya. Ia akan kelihatan pecah dan berwarna hijau gelap) rasanyer lagi sedap

  6. juga dikenali sebagai buah genuak di sebelah utara. Di kelantan, kerdas adalah ulam bermusim sekitar Feb hingga Mac. Menjadi pembuka selera, mmg best bila dicicah dengan budu..

  7. Antara petai, jering atau kerdas atau dipanggil juga dengan nama( genuak ) ramai yang akan setuju walaupun aromanya cukup kuat tetapi rasa lemak buah muda tiada tandingannya. Buah muda lembut jika sudah tua isinya keras sedikit. Untuk menyedapkan lagi isi biji kerdas yang tua ditanam dalam tanah bertujuan mencambah biji tersebut bahasa sains (kotilidan) memang sedap dimakan. Kini terdapat kerdas kacukan jering dimana buahnya agak besar serta berpintal macam buah jering manakala isinya besar serta lemak. Kalau kena musimnya anda boleh membeli di Pekan Sehari hari Jumaat di Sg Bayur Selama Perak. Untuk menghilangkan atau mengurangkan bau mulut selepas makan kerdas berus gigi dan disyorkan kunyah terung mentah dan telan. Selamat menjamu selera……

  8. buah ini kat tempat saya dipanggil buah genuaq, rasanya lebih sedap dari jering, kaki ulam memang tak kesah dgn baunya. Khasiat perubatannya pun ada terutama unt mencegah kencing manis dan darah tinggi

  9. Ada orang mencuba bermacam petua nak hilangkan baunya sebelum dijadikan ulam seperti rendam dengan air beras dan sebagainya….Tapi bagi saya,kalau xde bau,bukanlah kerdas namanya.Baik makan ulam timun,kacang botor atau daun selom je….baunya itulah yg memberi keistimewaan pada ulam ni….

  10. Salam… memang berselera makan nasi berulamkan buah kerdas dengan rasanya yang lemak dan rapuh, tapi baunya tu alahai… tak makan pun doh kuat. Saya cuba menyemai bijinya, doh tumbuh setinggi 1 kaki.

  11. buah kerdas, satu lagi spesis ulam-ulaman di negara kita. memang boleh membuka selera apabila dijadikan ulam semasa makan nasi. masalah bau memang menjadi satu faktor yang membuatkan orang tak suka makan. tapi klu rajin gosok gigi dan berkumur selepas makan, tak menjadi masalah. yang tak tahannya, bila buang air kecil, melekat bau tengit buah kerdas ni. Belasahhh….semua jenis ulam heheheheh…..

  12. kalau buah yang buat bau haring ni…anti oksidan dieer lagi tinggi..boleh cuci buah pinggang org kater…
    tapi bilik air………tak leh nak cakap hancing cam setahun tak cuci.

  13. Sedap.. bau macam buah Jering.. tapi kalau ikut rasa .. dia lagi lemak manis … kahsiat? Setakat ni tak tau lagi…

  14. Buah genuak/kerdas memang kegemaran saya, baunya memang macam tu kalau tak bau bukan buah genuak/kerdas. Sebelum makan elok direndam air garam bagi rapoh lagi! Untuk hilangkan bau selepas makan kunyah aja buah terung, terung pipit ke ,terung apa 2 aja ,pas tu boleh telan atau diluahkan saja, untuk hilangkan bau dibilik air hancurkan terung dan sepahkan ditempat buag air ,biarkan sekajap baru dibilas /bersihkan. Saya buat mudah aja kunyah terung sembur/luahkan kat mangkuk tandas biarkan sekejab 15 min. bilas…..selesai.KERDAS SEDAP ..tak terkata…

  15. Salam, buah ni cicah budu mmg terangkat kain. perkgh! dia lemak2, lagi lemak dari petai wooo…

    tapi bila kencing, bau neraka jahanam keluar.

  16. saya pernah tengok buah kerdas ini tetapi tak pernah makan jadi tak tahu rasanya. Saya tidak makan kerana baunya terlalu kuat tidak seperti buah jering

  17. Salam semua,
    Saya memang suka makan ulam tak kira apa, jering,petai dan etc.Buah kerdas pun sedap tapi rasa saya ia keras berbanding dengan yg lain.Bab bau tu bukan la masalah, kan sekarang ada macam2 penyembur /boleh ikut petua yg diberi oleh kawan kita – adenan bahari.Saya tak tau apa khasiatnya tapi setahu saya makan ulam ni memang baik utk kesihatan.

  18. buah ni saya mula kenali semasa bertugas dikelantan.baru mula merasa semasa berumur 20 tahun.memang sedap dan lemak terutamanya yang bercambah dan dicicah dengan sambal bacang.khasiatnya macam jering dan petai juga.

    bau nya lebih keras lagi dari dua2 ulaman ini.disebelah utara dipanggil buah genuak.ada dijual dipasar2 tani dan pasar2 malam sekitar negeri disebelah utara.

  19. buah ini banyak terdapat secara meliar dalam hutan negara kita.saya pernah melihat buah ini di kaki gunung tebu Terengganu dan kawasan hutan Belum di Perak.baunya sangat kuat.mengalahkan bau petai semasa kita buang air.Awas bg orang yang akan mendapat rawatan di hospital nanti dimarahi oleh kakitangan perubatan….(ujian air kencing).buah ini sedap dimakan bersama budu.bg orang pantai timur buah ini sangat terkenal..

  20. kata orang tua2,buah kerdas dapat mengubati penyakit kencing manis dan darah tinggi…
    saya suka makan yang muda je, sebab kalau yang tua tu kuat sangat baunya.

  21. Buah kerdas memang sedap dimakan buat ulam mentah kena dengan budu pula tu, tak tahu nak cakap lah meleleh air liur memang kena punya,sebelah utara dan pantai timur ulam seperti jering,petai,kerdas, dan sebagainya memang laris sebab makan nasi ngan budu.Jering pula direbus makan ngan kelapa parut.Kerdas ni bau tu memang kuat sikit tapi ianya sodap…………………………………………………………………

  22. Pernah try sekali je tapi tak boleh terima rasa dia.Kalau buah kerdas ni saya lebih rela makan jering n petai…bau dia pun dh menyucuk kalbu..dua minggu lepas tengok kat pasar malam banyak org jual mingkin musim dia la kot…

  23. Dalam pencarian saya, buah kerdas tidak mempunyai khasiat tersendiri, kecuali menghasilkan bau yang tidak menyenangkan di tandas. Baunya sangat kuat menyamai jering. Saya juga meletakkan kerdas sebagai ulam ke tiga selepas petai dan jering. Sesiapa yang mengetahuinya sebagai ulam berkhasiat, sila nyatakan disini. TQ

  24. KLAU DI JOHOR MEMANG BANYAK BUAH KERDAS NI, TAPI SAYA SENDIRI PUN TAK MAKAN, TAK SEDAP TU JE, TAPI AWAS ORANG ADA ADA BATU KARANG JANAGN MAKAN KERDAS DAN JERING !!!! NANTI TAK BOLIH KENCING AAA… SENDIRI MAU INGAT TAPI NAK CARI BENIHNYA MMEANG TAK DAP ORANG TANAM PUN,, BOLE KATA SPESI POKOK HUTAN ……

  25. emm saya pernah cuba.uwek tak sedap.rase macam pedas pedas sikit..busuk.. sama r rela makan jering n petai daripada makan kerdas..emm bila buang air kecil rase urin macam pekat..busuk dah memang r.
    he..

  26. kawasan utara buah ini dikenali sebagi buah genuak. Sesuai dengan namanya, baunya lebih kuat dari jering.Rasanya lebih lemak dan ranggup kalau siapa suka makan jering.Pokoknya pun lebih kurang spesis pokok jering. Sedap dan menyelerakan jika di makan dengan sambal belacan.

  27. khasiatnya: lawas kencing,cuci buah pinggang tapi berangin. Kalau tak kentut alamat kembung.

  28. Saya pernah makan tapi tak berapa gemar. Jering pun saya tak makan mentah, tapi makan kalau digoreng bersama ikan pekasam…sedap jugak. Di kampung saya masih terdapat pokok kerdas nie tapi orang kampung saya tak panggil kerdas..panggil genuak. Orang tua saya memang suka sangat makan buat ulam mentah…baunya sebatu dah tau buah genuak…esoknya siap la bau di tandas memang betul-betul bau tandas…hehehe…

  29. en mahadi kampong kat mana. en fazli nak tau kalau makan banyak kena jerat. maksud sakit perut dan sakit ketika buang air kecil. ubatnya air kelapa

  30. kerdas ade 2 jenis,kulit bebulu n tidak…yng takde bulu org panggil kerdas minyak…tapi isi die same je…tu je info 4 this moment…tq….assalamualaikum..

  31. buah kerdas…juga dikenali sebagai buah geduak…memang sedap dibuat ulam, tapi pesan org2 lama, klu perempuan jgn makan lebih2 sgt….nt susah k buang air kecik…

  32. salam sejahtera kerdas, jering dan petai di samping sedap dijadikan ulam-ulaman ianya juga adalah pewangi tandas yang asli dan semula jadi serta tahan lama.

  33. Salam…, biasa tgk buah ni. Mak saya suka la mkn. Kira dia mcm seangkatan dgn ulam2 yg kuat bau spt petai dan jering. Bau dia…hmmm..bila masuk toilet..memg la kuat..heheeh

  34. Kerdas adalah diketogeri ulaman yang terbaik lebih lagi buah yang muda sekali gus kulit nya pun dapat di makan bersama .Pegalaman saya cukup sukar untok melihat buah nya bila pokok yang tinggi sebab warna buah dan daun sama sama hijau.terima kasih

  35. Buah genuak,kenuak/kerdas ,bagi mereka yang mengemarinya ia adalah ulaman yang sedap,rasanya yang lemak dan manis ditambah dengan bau menjadikan satu kelainan.pokok nya seakan pokok jering ,kulit luar buah kerdas bewarna hijau bentuk seperti kacang tanah,petua untuk menghilangkan bau nafas selepas menikmati ulam sedap ini ialah dengan mengunyah sedikit beras ,kemudian berkumur.untuk menghilangkan bau tandas pandai2 la gunakan kemudahan yang ade dalam tandas tu…Orang lain juga berhak mendapat tandas yang bersih selepas anda.

  36. saya tidak pernah makan buah nie tp pernah tgk n kenal….tahu juga ia adalah ulaman…tp sebab baunyer yg kuat itu membuatkan saya tidak berkeinginan nk merasanyer….hehehehh

  37. setelah berkahwin dengan suami barulah saya mengenaili buah tersebut, ini kerana ibu mertua saya sangat suka makan buah ini sebagai ulam. saya pernah juga mencuba rasanya lemak sedap juga kalau makan dengan sambal belacan..tapi baunya alahai..

  38. Petai didahulukan. xde petai cari jering. xde jering baru cari kerdas. Ulam-ulam ni memang umphhhh!

  39. buah kerdas ni memang sedap tapi saya setuju dengan tuan laman… petai dengan jering lagi umph…
    lagipun khasiat petai dan jering sudah diketahui ramai. buah kerdas ni masih baru lagi…belum tanya orang2 tua

  40. bagi saya kalo nak kurangkan “aromatherapy” kat bilik air pastikan pilih buah yang masih belum merekah (isi tidak kelihatan lagi) untuk dibuat ulam.

    antara jering, petai dan kerdas, bagi saya bau kerdas nie sgt menusuk hidung apabila hasilnya dibuang kebilik air.. heheh.. dari segi cita rasa pula kerdas menjadi pilihan utama saya.. ehheh

  41. Saya tak suka ulam ini sejak saya kecil lagi kerana baunya yang teruk. Tetapi kalau saya balik ke rumah mak mertua saya, dia selalu buat gulai lemak cili api.
    Buah ini ditanam sehingga hampir bercambah kemudian direbus sehingga empuk. Kemudian dititik pecah, baru digulai campur ikan bilis atau udang. Baunya hilang dan rasanya lemak.
    Boleh tahan………………..

  42. Buah kerdas, seperti rakan-rakan lain katakan , iam memang membuka selera . Jadi kalau rasa tiada selera nak makan nasi bolehlah jadikan buah kerdas sebagai ulam. Insyaallah tiga pinggan makan nasi. Tapi awas.. tandas kita memang baunya sangat kau-kau….. Saya rasa ia digemari masyarakat melayu sahaja. Masyarakat lain bagaimana pula?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam