Buah Guarana

Guarana atau nama botaniknya “Paullinia Cupana” adalah sejenis tumbuhan rotan menjalar yang berasal dari basin Amazon di Brazil. Buahnya bergugus-gugus. Setiap gugus boleh mencapai 25cm panjang dan mengandungi lebih kurang 50 biji buah. Apabila masak warnanya akan bertukar menjadi merah dan seraput luar akan merekah. Setiap buah yang masak mengandungi 1-3 biji benih yang berbentuk biji mata.
Brazil adalah satu-satunya Negara di dunia yang menanam dan menghasilkan Guarana. Cuaca dan keadaan geografinya paling sesuai untuk tujuan ini. Kawasan yang paling banyak menghasilkan Guarana ialah di sekitar Maues, sebuah bandar ke arah timur bandar Manaus.

Guarana amat berkhasiat kerana ia mengandungi lebih daripada 10 jenis asid amino, zat galian dan vitamin-vitamin yang diperlukan oleh badan manusia. Zat –zatnya mudah diserap oleh sel-sel badan dan dapat membantu memulihkan struktur sel badan kita, memelihara organ-organ badan dengan baik dan seterusnya membantu kita hidup hingga berusia lanjut. Kerana khasiatnya yang sangat tinggi, mereka yang mengamalkan memakan Guarana akan menjadi sihat, bertenaga, awet muda, dan hidup hingga lanjut usia. Kerana itu wajarlah Guarana ini digelarkan sebagai BUAH ATMA JIWA.

Guarana membantu mencapai 15 jenis kesihatan

Zat-zat yang terdapat dalam Guarana mendatangkan kesan-kesan yang mengkagumkan dan telah memberi manfaat kepada mereka yang pentingkan kesihatan di seluruh pelusuk dunia. Secara ringkasnya, Guarana dapat menbantu mencapai 15 jenis kesihatan berikut:

1. Menghalang saluran darah jantung daripada tersumbat

· Institut kardiologi Sao Paula menyatakan pada Persidangan Perubatan Antarabangsa (International Medical Conference) bahawa Guarana mempunyai kesan ke atas platelet darah. Ia dapat menghalangkan saluran darah dari tersumbat akibat pembekuan.

2. memerangi Radikal Bebas

· Radikal bebas dihasilkan dalam system saraf, system imun dan system aliran darah. Kadang-kadang radikal bebas ini boleh merosakkan struktur utama sel-sel badan. Menurut buku “Escola Paultsa Be Medieina,1991” karangan Dr. Calini, Guarana boleh menghalangkan radikal bebas dan mencegah berlakunya mutasi sel.

3. mengaktifkan sel-sel dan system saraf

· sel-sel otak boleh menyerap asid amino yang terdapat dalam Guarana dengan mudah. Hasilnya dapat mempertingkatkan keupayaan otak, memperbaiki tahap kecerdikan, ingatan dan melambatkan penuaan sel-sel otak. Ia mujarab untuk merawat kesan-kesan yang timbul akibat saraf optic yang lemah dan juga angin ahmar. Ia juga dapat melegakan sakit kepala, sakit saraf, sakit sendi, lemah semangat dan simpton-simpton lain.

4. memperbaiki system penghadaman

· Guarana mengandungi pelbagai jenis enzim yang dapat memperbaiki pergerakan perut dan usus, penghadaman dan penyerapan zat-zat makanan. Ia juga berkesan menghentikan sembelit dan cirit-birit.

5. melindungi hati

· Guarana sentiasa mengaktifkan sel-sel hati untuk mencegahkan keracunan makanan, keracunan alcohol, pengerasan hati (cirhosis), asid lemak dan lain-lain. Ia juga berkesan bagi menghilangkan kesan peluh, jerawat, kepenatan, strok panas dan bau nafas.

6. menyegarkan

· asid Benzedrin dan tryptophan mempunyai fungsi penyegaran yang hebat. Guarana adalah berbeza dari alkaloid kopi dan tea. Ia menghilangkan keletihan tanpa menyebabkan kesan sampingan dan ketagihan.

7. merendahkan kolesterol dan asid lemak

· guarana boleh menguatkan dinding saluran darah, menghalang antherosclerosis, membersihkan ketumpatan darah, membaiki tekanan darah, mengimbangkan glukosa dan mencegahkan penyakti kencing manis. System penjanaan darah yang diperkuatkan dapat memperbaiki aliran darah, melegakan anemia dan menghindarkan kesejukan kaki dan tangan, pening, migrain dan keguguran rambut.

8. menguatkan system imun

· penyelidikan oleh pakar menunjukkan unsur utama yang digunakan untuk menghasilkan antibody adalah protein. Dengan bertambahnya daya imun, kemungkinan diserang oleh virus akan berkurangan- sama seperti orang asli di Maues yang dapat hidup lama dalam keadaan lasak berbanding orang lain.

9. awet muda

· Dr. Ana Aslan mendapati penduduk di Amazon yang memakan Guarana setiap hari tidak menghadapi masalah kulit yang kedut, bintikan merah (acne), mempunyai otot yang lebih tegang dan tidak menghadapi masalah tisu kulit berbentuk sarang lebah (phlegmon) dan lain-lain masalah yang berkaitan dengan penjagaan kulit.

· Dr. Gomes menyatakan bahawa Guarana boleh merangsangkan hati untuk menghasilkan HDL yang dapat membantu membersihkan darah yang ada dalam arteri dari kolestrol, menghindarkan rasa lemah dan mengelakkan dari lekas tua.

· Guarana merangsangkan metabolisma organ dalaman, menjadikan badan dan otak sentiasa dalam keadaan sihat.

10. air kencing

· tanin berkesan untuk melawaskan kencing, menguatkan fungsi buah pinggang dan mencegah bengkak-bengkak.

11. menguatkan keupayaan seks

· pakar rawatan seks, Dr. Aslan menyatakan “Unsur awet muda dalam Guarana sangat mengkagumkan dan sebab itulah saya tidak memerlukan preskripsi rawatan seks yang ada pada saya”

· beberapa orang professor di Brazil dan Eropah sependapat bahawa Guarana mempunyai keupayaan untuk memperbaiki kekuatan badan dan keupayaan seks. Ini kerana ia mengandungi vitamin B1, zink dan arginin.

12. penjagaan kulit dan kosmetik

· guarana apabila digunakan luaran, zat-zatnya akan meresapkan masuk menerusi kulit, menggalakkan metabolisma kulit, mengecutkan lubang kulit dan membuat kulit kelihatan lembut dan licin.

13. mengurangkan bengkak dan menghentikan pendarahan luaran

· tanin berfungsi membekukan darah dan seterusnya dapat mencegahkan bengkak, bisul dan menggalakkan kadar penyembuhan yang cepat tanpa meninggalkan parut.

14. menghilangkan rasa lapar

· untuk mengurangkan berat badan, memakan Guarana untuk jangka masa yang panjang membolehkan seseorang itu rasa ceria tanpa menyebabkan ketagihan kepada Guarana.

15. menguatkan badan

· memberi lebih tenaga, lebih kuasa imun, minda yang cerdas, semangat yang lebih baik dan badan yang lebih sihat. Jika dimakan pada waktu malam, ia dapat menguatkan nafsu seks.

 

Number of View :7293

One comment

  1. Dear Sir/ Madam,

    I stay in Petaling Jaya. Do you know where i can get this plant?

    Thank you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam