Buah engkala

engkalak

Saya tertarik dengan buah ini lalu membuat satu artikel mengenai buah engkala yang unik ini. Ada juga yang menyebutnya sebagai buah engkalak. Saya sendiri belum pernah bertemu atau melihat secara live buah ini.  Jadi, saya membuat sedikit rujukan mengenai buah ini.

engkalak2

Nama saintifik bagi buah engkala ini adalah Litsea garciae dan ianya satu famili dengan buah avocado. Buah ini pada kebiasaanya akan keluar pada dahan-dahan kecil. Buah engkala muda bewarna hijau dan apabila masak akan menjadi merah. Diketahui, Buah ini sememangnya banyak terdapat di Sarawak dan ada dijual di pasar-pasar tamu/tani. Tak tahulah samada di Semenanjung ada ditanam pokok ini ataupun tidak.

engkalak3

Menurut rujukan saya, nak makan buah ini ada caranya.. Buah ini perlu direndam di dalam air suam lebih kurang 5-10 minit. Kemudian boleh ditambah sedikit garam untuk mengenakkan lagi rasanya. Isinya lembut dan dikatakan hampir sama dengan buah avocado.

Anda pernah melihat atau mencubanya? Mungkin anda yang berasal dari Sarawak boleh kongsikan sedikit rahsia mengenai buah ini..

Number of View :34732
Baca:  Durian Merah

79 comments

  1. Buah ni memang saya sudah biasa makan sejak dari kecil lagi sebab saya ni berasal dari bahagian kapit, sarawak.
    Buah ni boleh juga dimakan dengan sambal belacan. Memang sedap kalau dimakan bersama nasi.

  2. emmm..sedap. lemak berkerim g2.hhehehe.buah ni adlh buah bermusim di sarawak. sama seperti buah dabai juga. p buah ni kalo x rendam kalo mkn jgak akn rasa gatal. kdg2 ktorg pukul2 bdn buah ni dulu pstu rendam nak bagi rasa lemak buah sebati dan x keras. sedap…try la 😉

  3. Buah ini juga terdapat di Sabah. Saya pernah memakan buah ini pada zaman budak saya. Ia biasa tumbuh liar di tepi tepi sungai. Buah ini perlu di jemur seketika sebelum di makan untuk menghilangkan rasa getahnya.

  4. Saya memang kenal buah ini dan pernah memakannya. Ianya memang ujud di Sarawak seperti di sekitar Miri, Bintulu, Limbang dan Lawas. Kurang pasti di kawasan lain di Sarawak. Saya percaya di Sabah juga ujud seperti Sipitang dan kawasan yang bersempadan dgn Sarawak & Brunei. Di Semenanjung mungkin ujud kat Muzium je! Ianya tumbuh liar di hutan tetapi ada juga di laman rumah, di tanam dan di jaga. Berbuah secara bermusim dan harganya agak mahal kerana buahan ini sudah hampir PUPUS. Kepada para penggiat pertanian perlu ada langkah untuk mengelak kepupusan yang sebegini agar anak cucu kita nanti tidak hanya melihat gambarnya. Kajian saudara perlu di teruskan terutama utk tumbuhan yang jarang-jarang di jumpai. Tahniah dan terima kasih atas usaha saudara.

  5. nampak cam sedap jer…tp kat tmpt kitorang x penah jumpa,tepi sungai kat sini yg byk buah berembang ngan buah gedabu je,buah tu pun sedap gak,buah berembang nipis dari buah gedabu n rasanya pun kurang la.kat kwsan
    ladang sawit agak2 ada x buah engkala ni(kat Sabah la).

  6. Hanya terdapat di negeri Sarawak , terutama sekali di penempatan orang melanau . Sejenis buah bermusim .Selepas dipetik jangan makan terus , rasanya sangat “menyakitkan”(pedar) . Perlu diperam sehingga kulitnya bertukar warna menjadi pink/merah . Jangan direndam dalam air suam , tak sedap . Biila dah masak (bertukar warna jadi pink ) , pukul disekeliling buah menggunakan belakang senduk sehingga buah/isinya menjadi lembut . Cuci dengan air bersih , bubuh sedikit garam . Boleh dimakan dengan nasi atau sagu . Rasanya manis dan berlemak . Buah engkalak yang masih muda (sebesar guli ) , boleh dibuat jeruk . Cuti semester 2 lepas sempat balik kampung , baru tahu rupa-rupanya buah engkalak ini ada satu lagi spesis . Buahnya lebih kecil dan tumbuh di dalam hutan .Rasanya tak sedap dan bila masak ia berwarna coklat . Tak ada gambar , sebab tak bawa kamera . Harap dapat memberi manfaat .

  7. Tima kasih kerana berkongsi maklumat tentang buah ni, tapi memang pelik je nampak buah ni, bertampuk macam buah manggis.. di Semenanjung memang tak ada ke buah ni?

  8. Terima kasih kerana begitu committed menyediakan laman ini. Semoga anda mendapat berkah dari Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang. Dengan muat turun artikels yang ada, maka saya mendapat pengalaman baru dalam bidang yang saya juga turut meminati. Apa yang dipaparkan dalam laman ini amat bermutu dan tinggi nilainya. Sebelum ini saya mencari-cari maklumat seperti yang disediakan di sini namun tak dapat. Pernah saya cuba mendapat buku Agromedia, namun tidak banyak membantu, Alangkah baiknya jika ditambah lagi artikel mengenai pemproses makanan atau ubatan daripada bahan tempatan ini. Terima kasih sekali lagi.

  9. Assalamualaikum

    Saya nak share sedikit info mengenai buah ini. Di tempat saya buah ini diberi nama ‘buah penglaban’, rasanya memang sedap dan sedikit lemak. Dekat sini ianya buah bermusim cuma boleh diperolehi ketika musim buah-buahan tempatan sedang berbuah iaitu antara bulan May hingga Ogos setiap tahun.

  10. Fuhh….kaya sungguh bumi bertuah Malaysia ini.Macam2 tumbuhan saya dapat kenal menerusi email ini.Terima kasih saudara, moga Allah memberkati kamu. Saya suka jus avocado, kalau ke Sarawak saya akan cuba dapatkan benihnya untuk ditanam di kebuh saya.

  11. Saya mengucapkan terima kasih kepada anda yang telah memberi info mengenai buah ini.. Taksangka begitu cepat response yg anda berikan.. Saya rasa lebih bersemangat untuk terus menulis artikel mengenai apa-apa sahaja mengenai tumbuhan selagi ada yang sudi membaca dan terus memberi komen dan info.. Tanpa anda semua, yang sudi memberi maklumat yang bermakna ini, tentu Blog ini tidak akan memberi apa-apa makna.. Semoga Tuhan sahaja yang membalasnya…

  12. Masyaa Allah! Banyak betul buah yang tak pernah saya lihat. Tidak Allah jadikan ini semua sia2

  13. mmg biasa makan buah ni..banyak terdapat di tempat saya…Rasanya? Mmmm..berlemak. Tetapi buah ni, mmg perlu di rendam dalam air panas utk mbuang rasa gatal, atau rasa ‘mang’. Tetapi bagi buah yg sudah cukup masak, memadai kalau sekadar memukul/mengetuk buah ini dgn senduk kayu…lepas tu. boleh dimakan begitu saja bersama kicap atau sambal. Boleh di makan bersama nasi, tetapi saya lebih suka makan bersama kicap…Emmm..meliur dah bila teringatkan buah ni…

  14. pertama kali tgk.prtma kali dgr.rasanya mmg takda kat semenanjung kot.kalu ada nak jge rasa.skali tgk cam buah ara ikan.sy ni jenis suka mkn apa2 je yg boleh d buat sayur atau ulam2.kalu mkn nasi takda sayur or ulam cam ada yg tak kena je..selain tu apa lagi yg ada kat sabah/sarawak yg takda kat semenanjung.boleh kongsi.

  15. buah engkala biasanya ditanam di kawasan yang mendatar / landai…biasanya d tepi sungai atau d belakang rumah… Ianya sangat cepat tumbuh di kawasan yang bepasir sedikit diatas dan tanah gambut di bawah. Buah ini tidak asing bagi penduduk di kawasan sarawak…boleh dikatakan daripada 10 pokok yang ditanam, 8 yang manjadi.. 5 daripadanya mengeluarkan buah yang banyak (mengikut apa yg saya telah tanam sekarang ni). Tetapi pokok engkala ini sejenis pokok yang tdk keras (mudah patah / lumpak). Kepada pemanjat pokok ini, kena hati2…dahannya rapuh. Cara yang biasa untuk kita masak adalah mengunakan air panas atau di goncang di atas api. kalau tak masak, buah ini rasanya pedar (rasa bergetah…)

  16. Buah ni memang terdapat di sarawak. Biasanya di tanam di kebun-kebun buah dan bermusim. rasanya sedap dan berlemak. bagi yang belum pernah cuba, mungkin rasanya agak lain… tak sedaplah tu… tapi kalau dah pandai makan buah ni… mesti nak lagi.

  17. Assalamualaikum Semua,

    Saya biasa makan buah ni sejak kecil lagi. Fuh…memang sedap dan lemak, tak lah manis sangat tapi lebih lemak, lebih kurang macam avocado lah tapi ini rasanya tersendiri. Bila makan dengan nasi panas lagi sedap tak payah berlauk dan bersayur lagi memang menyelerakan ditambah lagi dicampur garam lagi-lagi lah bertambah lemaknya. Memang buah ni ujud di kawasan borneo je. Ditempat saya di Brunei Darussalam buah ini dipanggil ‘PENGALABAN’ tapi sekarang ini memang jarang dijumpai kalau adapun harganya mahal tapi memang tak pernah jumpa lagi lah. Agaknya dah semakin pupus spesis tumbuhan ini. Harap pihak berkenaan dapat mengambil inisiatif untuk mengekalkan specis tumbuhan ini supaya ianya tidak pupus ditelan zaman. Jika buah-buah luar dari asia kita boleh tanam dan majukan dekat asia kenapa tak buah yang ada dikawasan kita ni kita kekalkan dan tak hilang begitu saja. Semoga Berjaya!!!!!

  18. Salam semua,
    kalau ada kekawan yang dari sarawak atau nak pergi sana….boleh tolong belikan buah engkala ni dan jual kan kat saya….buat benih dan boleh tanam kat kebun saya….cuma nak menambahkan variti tumbuhan jer…tolong hubungi saya…

  19. Salam buat semua,

    Tak pernah tengok but dari above comment buah ini looks and sounds unique serta interesting.
    Ingin juga cuba nak makan tapi diKL dimana kita boleh dapat?

  20. Salam fadly; saya belum melihat sebelum ini .seakan menyerupai nya ada di semenajung ,pernah saya rasa di hujung lidah .ada rasa gatal sedikit ,tak berani saya memakan nya sebab nampak nampak tak ada pun haiwan memakan nya. terima kasih.

  21. Salam,

    Saya pernah lihat buah ini dikampong saya di Mersing, tapi tak ingat namanya. apa yang saya ingat ,emak saya pernah pesan, buah ini sangat pantang dimakan bagi orang yang lepas bersalin. takut bentan katanya. itulah pengalaman ibu saya mengenai buah ini. terima kasih.

  22. salam fadly,

    Buah ini dikatogeri sebuah jungle fruit, tapi sekarang ianya ditanam di laman rumah atau kebun di luar bandar…kebanyakan pokok ini ditanam di bahagian pendalaman hanya sepokok dua yang ada hobi ditanam dekat rumah. Buah ini dinamakan Engkala dalam bahasa Iban atau Melayu Sarawak dan kalau suku Melanau ianya dipanggil buah Tebulus, seperti yang dijelaskan oleh pengemar-pengemar buah ini adalah rasanya berlemak dan sedap..itupun kalau dah biasa. Saya dah makan buah ini sejak dari kecil lagi sehingga sekarang…..tak adapun sideeffect…..kalau nak rujuk lagi tentang buah ini email saja. Terima kasih.

  23. Buah engkalak… sedap lemak. Belakang rumah saya di kg (miri) banyak. kalau berbuah lebat tapi pokoknya tinggi susah nak petik. Rasanya xlah mcm buah avocado……………..

  24. Saya memang biasa melihat buah engkala ni kerana terdapat banyak pokok tersebut di Sabah yang tumbuh secara liar di Sabah. Namun tidak ramai yang mengetahui yang buah tersebut boleh dimakan. Di Sabah, buah tersebut dikenali sebagai buah pengulaban. Cara memasak buah tersebut untuk dijadikan ulam hanya perlu direndam dengan air panas selama lebih kurang 15 minit. Kalau nak mengulamnya pula macam2 cara. Amat nyaman sekiranya dimakan bersama nasi panas dengan dicicah garam. Khasiatnya pula dikatakan mampu melancarkan pengaliran darah dan membersihkan pundi kencing.

  25. ya buah ni memang sedap di makan sama sambal blacan.Di kebun saya ada banyak pokok engkala ni kalau tak silap ada lima pokok. Buah angka yang blum masak sedap di buat jeruk dan di ulam.Selalunya pokok ni berbuah sama dgn musim durian.nak rasa datanglah kebun saya di Kuching.

  26. Saya tak pernah jumpa buah nih disemenanjung …Info/komen yang menarik……….jika ada info lebih paparkan juga foto pokok….teruskan usaha en fazli..ramai yg sudi memberi maklumat nampaknya…

  27. Masa kecil dulu memang ada bapa saya tanam kat dusun durian. Biasanya bila musim buah durian masak buan ni pun sama masak. Dulu bapa saya suka makan buah ni dengan menjeruknya. Jeruknya pun senang je.. masukkan buah kedalam air garam tu je, lepas tu biarkan beberapa hari…pas tu baru makan…Sekarang ni saya dok tengok pokok tu dah tak ada kat dusun… dah tinggal tunggul je…

  28. salam…terima kasih berikan info tentang buah ni. Saya memang tak pernah tgk rupa bentuk buah ni. pokoknya pun tak kenal. Merasa buahnya lagilah tak pernah. Ada sesiapa yang biasa tanam pokok ni di semenanjung?

  29. aabuah ada terdapat di tempat saya sapitang sabah.rasa buah ini amat enak dan lemak.tetapi saya tak pernah menjumpainya kat semenanjung m`sia.rasanya ada baik pihak tuan mengambil langkah untuk menanam benih buah ini di pertanian.kerana buah ini sangat mahal.

  30. memang tk pernah nampak… sedap! nampaknya.. tengok gmbar dh terliur.. bla agaknya nk dijual di semenanjung ni.. sya semakin suka blog ni lah, bnyak buah yg pelik2 tk pernah nampak.. & skarang dh tahu. pengetahuan sya semakin luas.. terima kasih en fazli!!

  31. alhamdulillah, akhirnya ada juga buah ini utk tontonan umum. sblm ini sy pernah ceritakan pd bbrp sekampus di UKM (pljr semanjung) tetapi x sesorang pn mgetahuinya. selama 4 thn menetap di selangor dan kini berulang-alik ke KL, sy jg belum prnh menjumpainya di mana2 di sn. bg sy (sarawakian/kuching) buah ini amat popular. rsnya enak dan lemak. selain dr ikan terubuk, pelancong luar juga harus mcuba buah ini tetapi (jika tidak silap) ia bbuah mengikut musim. ia boleh didapati di pasar2 tani+pasar tamu.

  32. Hi,
    Good day to you.
    Saya pernah lihat buah ni kat e- Mart Miri semasa saya bertugas kat sana.
    Tapi tak pernah cuba hehehe….
    Kat semenanjung… i rasa xde kot
    Myb bln Jun 2010 saya pg Miri. So, i will try.
    Thank you and have a nice day.
    Best regards

  33. saya pun berasal dari kapit,sarawak dan sekarang menetap di johor.kat johor ni pun ada orang tanam…hari tu dapat makan lagi..bawa benih dari sarawak…buah ‘pulur’ pun ada kat sini,kami selalu makan.buah ‘dabai’ pun ada orang jual…kalau tengah musim..terung sarawak saya ada tanam dulu,sedap,,masam,,masam.’engsabi’ lagi sedap[sejenis sawi sarawak],rampu betuk[timun sarawak]…..ada saya tanam kat sini.

  34. buah engkalak ni sedap dimakan bila lepas direndam dengan air panas. cecah dgn garam. nyaman wo..

    Tuan blog , kalo boleh saya nak tuan tambah pokok empiang . pokok ni buah nya sedap . belum masak warna hijau ( teramatlah masam , boleh bergerak kepala bila makan ketika belum masak ) tetapi bila masak manis dan ranum. sekarang ni jarang atau mungkin dah pupus buah ni.

  35. Salam, sy pernah makan buah engkalak ini sewaktu mengajar di Sarawak hampir 20 tahun dulu. Rasanya lemak2 masin, Tidak pernah ketemu pulak pokok dan buah ini di semenanjung.

    Saudara Fazlisyam,
    elok pula sekiranya saudara kupaskan pula mengenai beberapa jenis buah yang agak unik di Sarawak iaitu petai sarawak (banding beza dengan petai semenanjung) dan buah embang,

  36. Salam,terima kasih kerana berkongsi maklumat tentang buah ini, kalau tidak memang tak tahu pun. Boleh le kita cuba bila ke Sarawak nanti.

  37. saudara admin,bagi alamat,nanti saya poskan….biji sawi dan biji timun ada sekarang…..biji terung,nanti saya carikan..atau call…..0127550242.jangan terkejut ya….saya bukan lelaki.

  38. saya pernah bekerja di kawasan pendalaman di Sarawak, iaitu di Ng.Jagoi, Kanowit, Sibu dan pernah makan buah ini, tapi tidak berapa suka rasanya. Memang betul seperti mana penginfo-penginfo yang lain tu… Tapi kalau buah Dabai tu suka lah. Cuba juga tanam di Semenanjung ni … tapi tak tumbuh.. kata orang tak boleh di tanam di sini, entah betul ke tidak saya tak tahu… jenuh juga cuba tanam , memang tak tumbuh…
    Tk.

  39. Pernah tengok buah ni kat pasar satok 4 bulan lepas…tp rugi la pulak x cuba rasa.Yang saya sempat beli & rasa,buah avokado Sarawak (tapi kulitnya licin je)murah sgt, sekilo RM6.00 je….buah dabai sekilo RM22.00 & terung dayak(terung asam) sekilo RM7.50…..xtau la harganya memang camtu @ sebab sy xtau ckp Sarawak,harganya lain….Terkilan sangat x cuba rasa buah ni….xleh nk bg komen

  40. buah engkala’, kebiasaan sangat senang tumbuh. tak perlu tanam. kalau nak tanam carilah buah yg sedap. kebanyakan buah ni rasa tak sedap…pedar, tawar,disukai ulat bubuk dan masak terlalu lembuk. yg saya tahu ada 3 jenis. ada bsaiz kecil biasanya sedap. tapi yang bersaiz besar banyak kurang sedap. satu jenis lagi hanya dimakan burung. muda warna hijau. bila masak warna biru gelap berkilat. manusia tak makan.
    bagi yg dimakan, buah muda bwarna hijau muda. buah dah masak ada bwarna pink, merah dan sangat merah.

    cara makan…buah muda boleh dibuat jeruk. dibelah 2 dan rendam dalam air garam sehingga tiada rasa pedar/pedas. tapi bau yg kurang enak
    buah yang telah masak dipukul perlahan sehingga lembik. guna sudu/senduk. kemudian disalai di atas api. rasanya lebih enak dan beraroma srta hilang pedar/pedas… makanlah dengan kicap masin/manis. selamat mencuba……
    ada banyak lagi buah yg terdapat di s’wak yg tiada d sm

  41. saya ada terlihat buah nie disarawak sb kerja disini..sy dr semenanjung..tapi saya ingtkan sayur..tambah pulak dia macam bukan buah je..esok saya nak tra carik..
    tak try tak tahu..hehe

  42. suka sgt buah ni sbb xyah susah2 nk masak…rendam ngn air panas pastu cicah ngn garam..terliur wooo~~tp kena pilih betul2,jgn tpilih yg x elok..

  43. Buah-buahan unik seperti ni pernah tak ditanam di semenanjung? Kebanyakan buah yang dipaparkan oleh saudara wujud di sabah atau di sarawak sahaja dan sedikit sangat di semenanjung. Jika buah-buahan ini boleh hidup dan berbuah di semenanjung, marilah kita sama-sama tanam supaya ia tidak pupus. Kepada yang berkemampuan cubalah dahulu dan kongsilah sama kawan-kawan.
    TQ.

  44. buah ni banyak terdapat di sarawak dan dikebun bapa saya ada beberapa pokok, saya biasa makan buah ni.. memang sedap rasanya lemak.. cara menyediakan sangat mudah rendamkan dalam air biasa (masak) dan ditambah garam biarlah 1 hari nak lebih sedap makan keesokan hari selepas direndam bersama nasi..

  45. Ye la nampak sedap je. saya ni pantang dengar kalu buah pelik yg boleh dimakan tambah kalu boleh buat ulam. sedapnya.. rase teringin nak rasa buah tu la.. kat sini ada jual kat mana ye..

  46. wow ….buah ni mmg sdp,brmusim tapi slpas bbrp kali brbuah pokok kan kering dan mati xthn nyawa kata org Swak.Anak saudara sy di Johor pernah cuba tnam xmnjadi
    bolehlah org negri lain plak cuba. mna lah tau.

  47. Belum pernah sya jumpa buah ni di semananjung tp di S’wak memang ada dan sya difahamkan kulitnya dikeringkan untuk dibuat semacam asam keping bagi orang2 disana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam