Buah Cermai

cermai
Cermai atau nama sainsnya Phyllanthus acidus merupakan salah satu buah yang biasa dijadikan jeruk. Sudah tentu ramai wanita di luar sana yang kecur air liur bila disebut tentang jeruk.
cermai2

Buahnya yang kekuningan menjadi tarikan sesiapa sahaja yang memandangnya. Namun, jika apabila dimakan sudah tentu anda mengerutkan dahi dek kerana rasa masamnya.

cermai3

Kegunaan lain pokok atau buah ini saya sendiri tidak pasti. Mungkin daun pokok ini ada khasiatnya tersendiri. Kalau mengikut rujukan memang daun cermai ada khasiatnya tersendiri bagi mengubati batuk, menguruskan badan dan sebagainya. Mungkin ada petua anda sendiri.. Harap dapat dikongsikan bersama..

Number of View :29783

68 comments

  1. Salam….

    Dolu2 bila lepas musim kemarau,tika hujan mula turun,pucuk2 cermai bertunas dengan segarnya….Mak sy jadikan sayur lemak putih + udang.Buahnya plak buat pencuk(tumbuk pecah2 bersama garam,gula,blacan & cili padi..Peghh,sedap wei…!

    Nenek plak pesan,daun cermai di tumbuk halus+bedak sejuk jadi penawar demam campak(chiken pox) sebab ia bersifat sejuk….Tapi awas!!!! jangan amik lepas hujan sbb air hujan tu pantang bg chiken pox…tq

  2. Salam,

    Buah cermai ni sedap kalau buat jeruk. Masa kecik2 dulu memang feveret kami bebudak… seposen dapat lah dalam 20 bijik. Tengok gambar pun dah kejur air liur.

  3. @iemochi imaizumi; kumpul tiap helai daun yang jatuh dari pohon ceremai siang hari sedang matahri bersinar kuat. guna tangan. Kalau tiap hari dibuat macam tu, boleh lah kurus sikit. hahahahaha
    tak de lah, borak je

  4. daun cermai boleh buat halau serangga kat lampu…..caranya gantung ranting yang ada daun kat lampu….dua minit selepas tu dah xda serangga

  5. Salam. Zaman budak2 dulu buah cermai ni sedap kalau buat jeruk.Buahnya pulak di buat pencuk (ni kawasan utaralah mcm Penang..(tumbuk pecah2 bersama garam,gula,belacan & cili padi..,sedap nya. Kat ofis saya pun ada pokok cermai sekarang ni…!

  6. Salam… Buahnya dibuat jeruk, sebelum tu rendam dengan air garam selama 2 malam, jeruk dengan air gula atau berlada,… uh memang sedap. Daunnya boleh direbus untuk dimandikan kepada bayi-bayi yang kuning selepas lahir, amalkan dua atau tiga hari, Insya Allah.

  7. Assalamulaikum tuan,

    Tak pasti dah lupa lama tak gunakan petua orang tua. Cuma yang ingat daunnya tu dibuat merawat demam panas, pucuknya diblad halus campur bedah sejuk lumuhkan pada badan seketika hingga kering bagi tujuan kurangkan panas badan. Buahnya pula sedap dibuat seperti rojak dan jem. Caranya, jika nak buat rojak, hiris buah cermai dan buangkan biji, tumbuk kasar sedikat dan perah air masamnya, gaulkan dengan cili tumbuk , udang kering tumbuk, bawang merah hiris halus, gula sedikit, garam sedikit ikut rasa sedap tekak sendiri, kalau jem hiris isi dan buangkan biji, tumbuk isi dan perah air buah cermai (jangan kering sangat), masak dengan gula, air, seperi membuat jem nenas, masuk gula hangus masak hingga kering seperti jem.

  8. Saya juga memang peminat buah ni. Ia mengingatkan saya nostalgia di sawah padi dulu-dulu masa kecik sebab pokok cermai ni tumbuh dengan sihatnya dan berbuah banyak dibelakang rumah menghadap sawah padi dan saya suka ambil angin dibawah pohonnya. Tapi sekarang dan duduk kat bandar dah tiada nikmat tu dan pokok cermai ni pun susah nak jumpa. TQ

  9. cara membuat jerok buah cermai,

    untuk 3 liter air kuah jerok.

    masak air 3 liter hingga mendidih.

    biar kan air sejuk. masukkan 2 sudu makan sodium benzoit,

    kacau hingga sodium benzoit hancur dan larut.

    masukkan 10 sudu makan gula dan 2 sudu makan garam di kacau hingga larut. masukkan sedikit pewarna kuning.

    setelah buah cermai di cuci di rendam dalam air di campur sedikit kapur selama 4 jam . kamudian di bilas dengan air bersih lalu di toskan hingga kering.

    masukkan buah cermai ke dalam bekas bersih dan tuangkan air jeruk yang di buat tadi sehingga tengelam .
    setelah lima hari boleh lah di makan.

    resepi dari Pak Akob,

    Selamat mencuba.

  10. Dolu-dolu kalau demam, mak selalu amek daun cermai/daun nona untuk buat jaram kepala, utk sejukkan kepala yang panas… dan memang mujarab

  11. senang saja kalau nak buat jeruk.basuh buat tersebut dan toskan dan rendamkan dlm air aiskrim soda, kemudian masukkan dlm peti ais biar selama beberapa hari.selamat mencuba.

  12. Buah ini sangat digemari oleh pekerja Bangladesh saya..
    Mereka masukan dalam masakan kari ayam dan juga daging bersama buah limau purut. Saya dah rasa boleh terimalah. Kata mereka ianya sebagai penganti buah amra dalam masakan kari

  13. buah cermai ni ni sedap kalu wat jeruk. mak aku pernah guna akar dia utk wat ubat orang beranak. campur dengan akar2 kayu lain. tapi aku tak pernah tanya mcm mana dia proses.

  14. Salam semua…hmm..buah cermai kalo mkn mcm tu jer.. masam..tp bila da dibuat jeruk..memg best..hehehe.. kecur air liur…pucuk dia memg org biasa tumbuk wat bedak sejuk..cmpur ngan beras la..utk demam campak pn org gunakan utk hilangkan parut..

  15. Salam…dulu masa kecik2 ada makan sebab ada taman kat rumah…sekarang kalau nak makan cuma jmpa yg jeruk je,yg fresh dr pokok susah nak dapat…

  16. Saya pernah makan buah cermai ini, bagi saya ianya masam dengan sedikit pahit, saya tak berapa suka makannya.
    Tapi adakah buah cermai ini mempunyai ciri2 pengubatan?

  17. mase kecik2 dulu saya xminat mkn buah ni.masam giler. jadi buah ni kitorang buat peluru lastik je hehehe

  18. bagi pesakit darah tinggi, kisar daunnya lepas tu ditapis & minum. insya-Allah berkesan tapi jangan lebih nanti tekanan darah rendah pula, selamat mencuba

    ps- buah amra tu buah apa?

  19. Buah cermai bukan takat makan rasa masam dengar je nama dia terus rasa ngilu gigi berkerut kening macam ziana zain hehehe…. Selain buat pencuk, jeruk buah cermai boleh diawet dengan garam kemudian jemur sampai kering boleh digunakan untuk campuran masakan acar limau. Daunnya direbus dipercayai boleh mengurangkan penyakit darah tinggi. Umum semua mengetahui buah cermai masam pianggg tapi kalau anda hendak merasa buah cermai madu ( manis )sila berkunjung ke rumah saya di No 63 Taman Kaya Selama perak.Tiada langsung rasa masam. Rasa dia manis-manis dan sedikit kelat. Saya dah cuba buat jeruk satu balang tapi spesis ni tak sesuai buat jeruk manis kerana hasilnya rasa payau.

  20. Salam ;bila tenggok gambar buah cermai teringat dulu dulu
    zaman kanak kanak makan buah ceramai sebagai makanan ringan .sekarang dah tinggal kenangan sebab dah banyak makanan ringgan yang lain.

  21. sodium benzoat tak boleh diamalkan dan telah diharamkan oleh CAP, boleh gunakan cara traditional untuk buat jeruk. Daun buah nie boleh kurangkan tekanan darah tinggi juga, ambik segengam dan rebus airnya

  22. saya ni kalau makanan agak masam kurang suka. Cuma bila sebut khasiat seperti email rakan-rakan, saya pun tanam sepokok.

  23. ni yg den tk tahan bilo cito bab asam-asam ni.. automatically my mouth fully with my saliva… kat rmh den ado tnm pokok ni tpi dh bertahun2 tk ado buah… sapo2 ado tip tnm pkk ni blh le bgi idea kat den ni.. sodapnyo mkn jeruk crmai ni terutamo yg nk dokat msk dah..

  24. Buah cermai ni ada jugak jenis yg x brapa masam..Dahan pokok ni rapuh dan mdh patah..hati2 klau panjat pokok ni..

  25. buah cermai klu wat jeruk yg plg sedap. tp setakat ni sy jumpa 2 saiz, yg kecik + yg agk besar. (mgkn yg saiz kecik tu tak tumbuh dgn baik). klu nk bli jeruk sy akan pilih yg saiznya agk besar, klu tak leceh sbb buah ni jenis bbiji… klu ms kecik2 dlu biji cermai ni bleh wat peluru sumpit, hehe…

  26. tak tahu la pulak boleh kuruskan badan ni….
    kat rumah ada la pokok cermai…..bila masak kuning tu petik makan jela…masam tu memang la tapi cicah dengan garam sedap….orang mengandung yang mengidam pun tak makan cam tu….hehe….

  27. Taruhla baja buah tak pun curah air ikan hari-hari dan jika berbuah rajin-rajinla bersedekah pada jiran-jiran atau sesiapa yang berhajat nak makan insyaallah rezeki akan bertambah.Amim….

  28. buah cermai ni sy pernah makan masa budak2 dulu.kat rumah jiran saya ada tanam pokok ni,cuma sekarang susuh nak jumpa pokok ni,kalau ada pun dah dibuat jeruk,buat ni masam2 sikit dalam ada bijik kecil,kalau tak suka masam jgn makan pasti pemakan nya tak suka,bila cakap pasal buat ceremai teringat saya di zaman budak2 dulu,any way terima kaseh pada yg hantar email pasal buat ni,
    t.kaseh byk2………..

  29. Salam semua,
    Suka makan kalau dibuat jeruk, sampai sekarang pun kalau nampak saya akan beli.Dah tahu cara nak buat jeruk pasti saya akan cuba.
    TQ

  30. Assalamualaikum.

    Dulu d blkg.rmh arwh ayah ada sepohon pokok cermai.
    Kami sering buat jeruk,jem atau pincuk.Memang sedap…
    Subhanallah.

  31. cermai ni kalau dah matang rasaya masam + manis. kalau muda atau belum matang ppahit pula. tentu ada kasiat ubat…maklumlah yang pahit itu ubat……….

  32. Salam,buah cermai ada 2 jenis.satu hijau n satu lagi kuning.yg hijau ni kecik ckit buahnya banding yg kuning n rasanya masam2 kelat.jenis kuning buahnya besar (mcm dlm gmba) n rasanya masam n xkelat,isinya pun agak tebal,yg kuning tu tipis je,bukan kurang baja tp memang jenisnya,dari kaler batang,daun n bentuknya memang kecik n wanenya mmg hijau.kat umah mak dulu dua2 jenis ada..

  33. Best ape…
    Mkn ngan kicap pas2 cmpur gula n garam… Letak cili hidup… Pergh… Yummy…

  34. Satu lagi cara nak makan buah cermai ini.. rebus dengan gula melaka + gula + garam cikit + cuka sikit (untuk rangup), masak samai kering gitu.. try… emm menjilat jari!

  35. BUAH CERMAI LA NI DAH TAK MASAM LAGI.SAYA ADA MENANAMNYA,BEHIH DIDAPATI DIUTARA RASANYA KELAT DAN ADA KEMANISANYA.SESUAI UNTUK DIJERUK.KALAU BENIH KAMPUNG YA MEMANG MASAM.DAUNNYA DIRAMAS DALAM AIR DIBUAT MANDIAN UNTUK MENGHILANGKAN
    PANAS BADAN.

  36. BUAH MEMANG MASAM. TAPI KALAU CICAH KICAP + LADA JARUM+ BELACAN. MEMANG BEST….. LAGI PEDAS LAGI BAGUSSSSSSS……. CUBALAH………….!!!!!!!1

  37. Memang best buah cermai……..saya suka dan juga daun-daunnya boleh melegakan kepanasan badan.
    Kalau dikomersialkan tanaman cermai ni saya rasa
    bagus juga kan ?. Apatah lagi kalau dijadikan jus
    macam lain-lain buah-buahan.

  38. Salam…
    email saya ada problem ckit…tu yg x reply…buah cermai adalah kenangan masa kanak-kanak..hidup segar di tepi danau…kalau x masak warnanya agak hijau pekat..kalau masak macam hijau kekuningan n rasanya x lah masam sangat…tq

  39. Buah cermai boleh di rebus dengan gula dan air biarkan sehingga bauah cermai bertukar warna hitam. Sedap dimakan dan rasanya masam-manis.Bolehlah cuba…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam