Buah Cerapu ke Buah Kecupu ?

cerapu

Siapa biasa rasa buah di atas ni tentu kenal dengan buah ni.. Buah cerapu atau ada juga dikenali dengan buah kecupu memang sudah jarang dapat kita lihat lagi.. Walaupun buahnya menarik, rasanya belum tentu boleh diterima oleh lidah anda. Nak rasa sedikit memang sedap bagi saya, tetapi nak makan banyak memang tak tertelan. Rasanya sedikit masam dan ada rasa manis.

Ada yang pernah cuba ke..? Kalau pokok ini masih ada di tempat anda, di harap ceritalah serba sedikit mengenainya.. Selain dari makan, ada lagi ke kegunaannya..  Boleh bagi sedikit komen !

Number of View :34815

87 comments

  1. Di kg i org panggil buah ‘chopu’, yg masak jarang le dapat coz time muda lagi dah kena kebas buat gulai lomak cili api dgn ikan salai (keli/kembong), ooooo… best oooo… yg masak ni kalau org mengidam elok sanggat mcam rasa buah kundang… masam2 manis n kelat… i miss so much rasa nya… susah nak dapat sekarang, yg ada sebatang d kg pun dah mati dah….

  2. kat kampung aku..panggil buah “ceropu” …memang best rasanya… aku kalau ada kebun mau je tanam pokok nie…. aku nak supaya buah2 seperti nie tak lenyap dan dikenali suatu hari nanti…(Buah Nadir) ..zaman sekarang nie..ramai orang tak kenal dengan buah yang tergolong dari kumpulan nie…Susah nak cari sekarang nie…mana aku nak dapatkan benih pokok nie bro….

  3. kat kg aku panggil buah mencepu (pahang-termerloh)
    banyak yg dah kena tebang.
    leceh nak makan sebab kena picit2 buang getah dia.
    masa kecik2 dulu selalu la makan. skg dah lupa dia punya rasa

  4. Buah kecupu memang sedap dibuat sambal cili padi, tapi biasanya tak dimasukkan belacan. Buah ini mengurangkan rasa api/ hot cili padi. Rasanya yang masam manis menyebabkan rasa sambal lebih terangkat. Biasanya kita tak makan terus buah ini. Hanya buat sambal lada.

    Kat kelantan biasa buat sambal lada kecupu masa kenduri bikwah.

  5. Ramai juga yang pernah rasa buah ni rupanya.. Baru la aku tahu buah ni ada digunakan dalam masakan.. Masalah sekarang ramai sudah tidak menyimpan pokok ini lagi.. mungkin rasanya tidak sesedap buah limau madu atau buah-buahan komersil lain agaknya..

  6. Kat tempat aku(Kelantan), buah ni dipanggil kecupu. Aku pernah tanam 3 pokok kecupu kat belakang rumah tp ketiga2 pokok tu mati sblm smpt mbesar. Bkn sng nk dptkn benih/anak pokok kecupu ni.

  7. Kalau di N9 buah ni memang terkenal dan lebih dikenali dgn nama buah ‘chopu’ seperti komen yg pertama diatas. Buah chopu ni..memang sering digunakan dlm masakan…khasnya masak lemak cili padi. Biasanya masak lemak chili padi menggunakan asam keping ataupon asam jawa sebagai salah satu resepi wajib, namun rasa masam ini boleh digantikan dgn berbagai-bagai jenis buah-buahan mahupon dedaun. Sebagai contoh…daun gelugor, buah belimbing buluh, buah tomato, buah bacang, buah kuinin, buah mangga dan buah chopu. Selalunya org N9 akan tukar rasa masakan lemak cili padi mengikut rasa asam yg digunakan…bila boring dgn masak lemak buah bacang tukar belimbing buloh pulak…boring pakai belimbing buloh tukar pakai buah chopu lak……

    Dulu masa bebudak….selalu panjat pokok chopu ni..duduk kek atas pokok…makan buah yg dah masak ranum. Mmmmm manis tapi bergetah…lepas makan buah nie…bibir bergetah sikit…buah dia pulak sentiasa ada sepanjang masa.

  8. salam.. setakat ni sy blom penah jumpa buah ni kat utara.. rasa rindu lak nak makan buah chuppu ni… dulu masa dok kat kelantan selalu la sy makan.. yg muda mak suka tumbuk dgn sambal belacan.. yg tua n masak tu.. sy suka makan mcm tu je.. buah chuppu ni manis2 masam bila dah betul2 masak.. sedapp… ada bau yg tersendiri..

  9. dulu semasa saya masih kanak-kanak saya agak suka buah ini kerana rasa yang manis bila masak ranum tetapi ianya sedikit bergetah. kalau makan ban yak alamatnya tak dapat lah buka mulut kerana getah melekat di bibir

  10. Di tempat saya di NS buah ni di panggil kecapu. Buah yang tua ( hijau) digunakan untuk campuran masak lemak cili api ikan, telur dll. Banyak dijual di pasar tani. Buahnya bermusim dan yang berharga buah yang masih hijau. Kita perlu potong dua buah ini dalam air kerana terlalu banyak getah

  11. sapo nak tengok pokok copu, poeilah twp, kek bahagian pelantar tinjau..ada duo pokok kek situ. kok nasib musim buah, ado la joki … 🙂

  12. Di Kg saya di Kelantan nenek saya tanam pokok ni bersama pokok kerdas dalam kebun getah.Masa kecik2 dulu mak selalu buat sambal kecupu dicampur cili burung dan ikan tamban kering yg ditumbuk lumat dan digaul sebati.Fuuuhhh!!….terangkat bila cicah kerdas dengan sambal kecupu makan dengan nasi panas. Skrg pokoknya dah mati tak ada lagi bila getah dibuat tanam semula,mungkin masa ada pokok getah keadaannya agak naung sedikit tp bila getah ditebang pokoknya tak tahan panas dan mati, saya agak je lah.

  13. buah nie pernah makan. namanya ‘chopu’. sedap dalam masakan lomak cili padi. org negeri sembilan memang suka masukkan buah nie dalam masakan. dah lama tak makan buah nie. di JB usah nak dapat. dapat makan time balik Kuala Pilah jer.

  14. namanya buah chupu. hijau masa muda dan kekuningan bila masak. yang masak rasa masam manis. buah ni banyak getah , kena hati-hati bila nak makan.

  15. kat umah mertua akak ada la pokok cerepu nihh..kat Kampung Pasir,Lambor Kanan,Perak..rasanya kalo dh masak memang manis,tp yg tak tahan getahnya tuhh…kekadang melekat kat lelangit..hehehe

  16. Saya ada pokok Cepu ini didepan rumah saya.Umurnya lebih 60 tahun.Ditanam olih datuk saya.Kita gunakan buahnya utk. masak ikan baung asam cepu.Disegamat terkenal dengan masakan ikan baung dengan cepu.Kalau nak tengok pokoknya boleh datang ke rumah saya di Segamat, Johor. Okaylah.

  17. owh buah ni baru jew bln 12 thn lps i jmp ada org jual kt tepi jln di satu daerah di kampar, perak. mmg x penah jmp…tp bile mkn rasa msm manis dan kelat coz of getah nye yg bnyk.

  18. ini buah Kechupu..atau nama pendeknya..buah chupu..buah ini banyak yg masam..kalau ada yg manis tu..boleh ambil baka..

  19. kat belakang rumah mertua aku ada 2 batang. orang kampung bini aku panggil Buah Cupu. ( orang Kelantan). rasa masam manis bergetah, buat sambal ok le.

  20. salam..
    buah ni still ade kt kg atuk aku kt r.panjang,
    buah ni b’gantung pada spisis gak(huhuhu)

    ade pokok buah die bukan main masam,

    ade pokok buah die wah…manis btull…!

    n ade gak yg masam2 manis…

    mmg banyak getah buahnye…tpi cukup best,lazat….!

    yg muda leh wat ulam or taruk lam gulai….huhu

  21. lbuah kecupu..kreatif ni orang dulu-dulu mencipta motif produk kraf menggunakan tumbuhan dan buahan yang ada di sekeliling motif dalam songket bunga kecupu…

  22. kat perak buah ini di panggil buah ‘ceropu’…rasanye masam2 manis.tapi banyak ke masam…kat tepi rumah opah (nenek) saya kat kampung gajah,perak masih terdapat pokoknya..yang paling tak tahan getahnya yang kuat melekat kalau terkena tangan.

  23. ohh yea…..buah kecupu ni pun sama….rasanya masam manis…yang bestnya bila kopek kulitnya disiat2 kebawah tinggalla isinya…emmm bubuh dalam sambal belacan pun sodap gak….masa kecik2 dulu memang la gemar makan buag kecupu ni….bebudak sekarang ni mana nak pandai makan…buah2 lain pun tak termakan….ye tak…

  24. cikdet, knape org tempat kau panggil lain
    buah kandis buah kandis laaaaa……
    buah chupu lain…
    ni mesti kau silap panggil ni
    asam kandis, asam chupu, asam gelugur, asam boi jenis yang lain2, xsama

  25. baru tau buah ni boleh di buat masakan.. selama ni makan cam tu aje.. best masam masam manis, pernah jumpa orang asli jual di laluan ke cameron highland
    buat admin tahniah kerana wujudnya blog ini..

  26. ALAAA..BUAH NI BELUM MASAK BIASANYE ORG BUAT SSAMBAL CHUPU..KALAU MASAK BUDAK MAKAN BEREBUT DGN BURUNG..KARANG NI X JUMPA DAH..PUPUS KOT

  27. Dah berpuluh tahun x rasa buah ni. Dulu arwah mak selalu masak lomak cili api campur ikan sombilang salai. Sampai ni haa teraso sodap eee lai ei .. ,Tapi kalau nak makan montah ,kono porah ghotah eee dulu sbb gotah ee tu pahit. Sapo -sapo ada spesis tu boleh la jual kek akak nak dicambahkan balik ,sobab kek kampung akak dah habih pupuh la…

  28. kt umah lama aku mmg byk pokok ni yg tumbuh secara meliar sbb dah lama terbiar. Ms aku kecik dlu mmg hobi aku panjat pokok ni sbb pokok dia mcm pokok manggis yg mudah utk dipanjat. Kt kg aku ulu dong (Phg) dipanggil ‘mencupu’. Aku biasa mkn begitu saja…tak pasti plak boleh buat bahan masakan..pas ni kena cubalah…msk ngan ikan keli pun ok ni..ikan baung payah nk dapat…kalau ada pun mahal…yg kolam punye murah tp tak sama ngan ikan sungai…alahai terkenang semasa dulu….

  29. ooooo….ini buah cupu namanya ,dah lama tak nampak pokok ni mungkin dah pupus kot…. rasanya masam macam buah asam gelugor atau satu lagi buah cupu ni macam buah pisang kaki yang di jual di pasaraya

  30. buah cupu ni kalau dah masak sedap juga rasanya. Masam-masam manis. Tapi kalau digunakan untuk masak “singgang ikan” sungguh sedap. Kena guna cupu muda yang warna hijau lagi.

  31. Saya pernah makan buah ni. Beli kat pasar sabtu di Bota Kanan, Perak. Orang di sana pun panggil buah Cerophu. Mula saya ingat buah pisang kaki yang mungkin bantut sebab buah kecik2 tapi bukan…..Balik rumah saya buang kulit, potong wedges dan makan..sedap, lemak manis tapi bergetah sampai rasa gatai tekak.

  32. saya stuju ngan org n9..he. buah chopu..masam masam mnis n bergetah.sedap wat gulai n sambal blacan..ini pokok hutan sebenarnya..saya pnh panjat pokok ni mse kcik

  33. tak penah juper tp kalu juper pn mukin tak kenal kot. dulu masa dok dkt2 dong, raub tak juper plak shamsul bahari35. kalu tak bolehla kenal (buah mencupu la! he2!). nnt cal aishah15 tuk dptkn benih. rm5 dh la cik aishah15 yer. heh2!

  34. kalau di kampung gajah…( di kg saya la..)
    kami panggil buah ni buah ceghopu..(idram n maghraj org perak) tapi dah lama tak makan buah ni…rindunye zaman kanak-kanak dulu-dulu….
    cara makannye tak payah kopek guna pisau….koyakkan jer kulitnya….kalau buah tu masak ranum senang la nak kopek….sedapnye…walau pun masam.

  35. Kat kampung kakak (Segamat, Johor) ia dipanggil buah Asam Cepu. Masa kecil-kecil dulu, kami adik beradik selalu memanjat dan bermain-main di atas pokok ini yang dahannya agak liat dan tak mudah patah sambil memetik buahnya yang masak ranum berwarna jingga. Mula-mula kami tanggalkan sementara “punat hitam” di bahagian bawah buah, kemudian kami masukkan garam dan tutup balik punatnya. Kami biarkan lebih kurang 10 minit sehingga garam cair dan makan. Yummy, yummy……

    Manakala buah yang muda pula kami bawa balik rumah kerana emak akan belah dua dan masukkan dalam masakan lemak kuning ikan sungai. Sedapnya…..

  36. Buah kecupu ni ada kat ruamh nenek saya…
    Rasanya masam manis (yang masak la)… Best sgt…

  37. kt kg sy buah ni d panggil ‘buoh cupu’ kelate seh… ehe.. :o). buah ni susah dapat.. biasa dalam kebun lama, rasnye masam.. kalu d kelate, buah ni ramai buat tumbuk sambal ikan bakar makan ngan ulam… mmm.. yummy,,, kecur seh… k

  38. Di belakang umah saya ada lagi pokok kecupu… berbuah sepanjang masa, lebat lagi gitu… he he he
    Kg patek, kadok, kota bharu,kelantan

  39. Wah… sedapnye buah ni. dulu mase kecik2 slalu mkn kat umah nenek skrg dah jarang balik kg nenek, tak tau la ada lg ke tidak pokoknya. Nak beli benih kat nurseri aishah takde tmpt pulak nak tanam.

  40. Saya amat bersyukur kerana menjumpai blog ni…rupa2nyer terlalu banyak pokok herba dan buah2an yg saya tak kenal dan tak pernah dengar nama…
    Aishah: Insyaallah nanti saya call untuk tahu lebih lanjut tentang benih ni dan lain2 pokok herba..

  41. hmmm.buah ni kami panggil buah copu..kat belakang rumah saya ada sebatang…buah ni kalau masak lemak
    cili padi campur ikan …huh sedap ..rasanya masam

  42. Cerapu/Kecupu ini termasul keluarga Garcinia yang ramai baradik-adik. Kalau mau tengok gambar-gambar mereka sila tengok di halaman saya di bawah Sample Photos by Genera/Garcinia.

    Frank

  43. koi panggil buah mencupu.. umah mentua koi ade.. tapi tinggi amat pokoknye… umah mentua koi ada 2 jenis mencupu.. mencupu manis dan mencupu masam..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam