Buah Binjai

binjai

Maaflah sebab hampir seminggu tidak menulis artikel. Maxis Broadband asyik buat hal je..  So, kali ni hamba nak cerita serba sedikit tentang Buah Binjai. Cerita ni berlaku semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka yang diasaskan oleh Parameswara sekitar tahun 1400.  Gurau je !!

Masih lagi teringat semasa saya ke negeri Melaka tahun lepas. Kalau tak silap bulan 7 atau bulan 8. Waktu itu, memang banyak peniaga yang menjual buah binjai di tepi-tepi jalan kampung menghala ke Ayer Keroh. Saya berasa hairan mengapa buah binjai tidak sama harganya. Mengapa ada yang lebih murah dan ada yang mahal sedikit. Sempatlah bertanya kepada berniaga yang menjual buah tersebut. Katanya, buah binjai ini ada 2 jenis; ada yang masam dan ada yang manis. Kalau yang manis harganya lebih mahal. Begitulah ceritanya. Walau bagaimanapun, saya sendiri pun tidak membeli buah tersebut. Jadi tak sempatlah saya merasanya lagi.. Janganlah ditanya mengapa…

Anda ada cerita yang menarik tentang buah binjai. Adakah buah binjai ini hanya dimakan segar atau digunakan dalam masakan. Saya pernah dengar ada yang dijadikan jeruk dan ada yang membuat sambal cili ditumbuk bersama binjai. Mungkin anda ada lagi cerita di sebalik buah binjai ini. Mungkin anda juga ada menanam pokok ini di belakang rumah anda. Bolehlah dikongsikan bersama..

Number of View :46933

148 comments

  1. kemang manis, binjai masam itu yang saya tahu, bila besan saya suruh ambil buah kemang dan saya rasa manis, buah ini bermusim. kat muar ni masih boleh tengok pokoknya. kalau kat kampong saya di Perak. susah nak tunjuk kat anak-anak pokok buah ini. keduanya sedap kalau dibuat air asam. cecah dengan ikan bakar , makan nasi panas-panas. kecur air liur nak tunggu musimnya

  2. Alamak…aku langsung tak pernah makan cuma pernah dengar jer.Malangnya.Terima kasih Fazlisyam kerana memperkenalkan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran yang kekadang tu tak kenal pun.

  3. rasa-rasanya yang dibuat kerepek tu belinjau bukan binjai, tapi tak tau lah kalau memang ada kerepek binjai.tak silap saya ada tiga jenis binjai atau kemang ni, yang manis, masam dan juga yang masam manis.yang paling sedap ialah yang masam manis.yang masam tu rasanya tersangatlah masam dan elok dibuat jerok aje.yang manis tu sedap juga tetapi susah nak jumpa.

  4. Aku orang Melaka nak bagi komen sikit. Buah binjai rasanya manis dan pahit-pahit sedikit. Yang masam tu buah kemang. Saiznya lebih besar dari buah binjai dengan kulitnya kasar sedikit. Buah kemang yang masam tu biasanya dijeruk dan dimakan bersama sambal belacan. Pokok kemang biasanya dalam hutan atau dipinggir tali air atau sungai. Setahu aku orang tak tanam ia tumbuh sendiri. Yang binjai tu ada orang tanam pasal nilainya lebih tinggi, Respon orang Teluk Kemang di N9 dan Binjai di Terangganu?

  5. kecur air liur bila ckp pasal buah binjal. saya pernah makan yang masam je. yang manis belum lagi. tp kat kelantan, memang mahal gak harganya. setengah orang kata ia mahal sebab ia lambat berbuah. ambil masa yang amat panjang untuk berbuah. so, kalu yang dah berumur tanam ia, tak sempat nak merasalah makan buahnya.

  6. buah binjai ni segar kurang menyenangkan sbb mudah busuk & ianya tidak sesedap buah yang masam seperti mangga. untuk dikomersilkan tidak mendapat pasaran akan tetapi ianya boleh dibuat kajian dalam mengkomersilkannya di bidang industri makanan kerana di melaka terlalu banyak pokok ini. setahu saya jika khinzir boleh digunakan pelbagai bentuk gelatin dan industri tekstile mengapa buah binjai ini tidak boleh dimanfaatkan.

  7. Saya x pasti yang gambar binjai tu jenis manis… rasanya kalau x silap itu adalah jenis masam yg mana isinya juga boleh dijemur kering utk dijadikan asam utk masak gulai dsb. Juga dibuat kerabu sedap…

    Buah yang manis pula di sarawak dipanggil buah belunu’ sama mcm sebutan orang sabah. Beberapa bulan yang lepas saya ada tanam drpd bijinya untuk menglak drpda kepupusan benih. Nak tggu berapa tahun sebenarnya boleh mengeluarkan hasil buahnya…..

  8. salam,saya tgh mengandung 4 bulan ni, kat mana nak cari buah binjai masam kat area kl ni ek?? mengidam nak mkn dari bulan lepas. dah try cari sampai kampung kat melaka. tapi takde, yg ade cuma yg manis je. sedih. huhuhu….

  9. salam, buah binjai kalau di Kelantan biasanya dimsukkn dalam budu utk mnambah rasa masam dn mjadikn budu lbh sedap dimakan.masa dok kat Kelantan saya biasa mkn buah binjai ni tp sejak pindah ke utara Semenanjung, buah binjai pn lama dh tak tgk..huhu.. Ramai org yg tkeliru antara binjai dan belinjau rupa-rupanya.

  10. Buah binjai kebiasaanya banyak di pantai barat semenanjong. Sememangnya terdapat dua jeni rasa iaitu manis dan masam. buah yang manis dimakan biasa, manakala yang masam di melaka dimakan bersama sambal belacan, dicampor dan masak sambal binjai dan untuk kuah kari binjai atau masak lemak binjai. Buah binjai kulitnya kuning dan pokoknya biasa besar dan tinggi. kepercayaan orang kita ada setangah kita tidak boleh dekat/terkena kayu/btg binjai dan kulit akan kemerahan dan gatal atau dipanggil kena sembor gota/gelagata. Orang kita juga memperbagaikan binjai masam dengan dijerok air garam dan dimakan untuk menarikan selera makan. Satu lagi buah serupa dengan binjai dipanggil buah lanjut tapi warna kulitnya hijau kekuningan dan sedap dimakan.

  11. Salam.
    Kalau dulu hidangan demang,
    Disaji dan dihidang sigadis manis,
    Makan pula cara beradap,
    Sopan dan santun jadi amalan,
    Binjai atau lanjut atau binjot atau kemang,
    Ada yang masam ada yang manis,
    Apa cara makan pun memang sedap,
    Ditambah pulak dengan ulam-ulaman.

  12. Salam.
    Cadangan untuk Senty dan lain-lain pengujung Forum: Kalo pokok besar tak nak berbuah dan selepas umur tiga tahun, belikan hormon pembungaan yang mengandungi bahan aktif “Paclobutrazol”, gunakan ikut label. Jenama wak tak nak tulis kat sini sebab nanti kata promosi lak dan tak dapat apa pun. Mekasih sekadar kongsi maklumat je!

  13. Saya suka la pantun pak ngah. Buah ni ada saya jumpa kat pasar tani. tertanya juga buah tu apa namanya. Lain kali kalau jumpa kena beli le nak tau rasanya masam tahap mana. Macam pelam atau sebaliknya. T. kasih atas info

  14. buah binjai????? saya ni x pernah rasa buah tu…. kalo dapat mesti syokkan… kat kl ni ade jual ke???? kat mane

  15. Di sebelah utara………..kebanyakkan buah binjai ni masam………..jarang ada yg manis………kalau manis pon bukan la manis buah……….ada juga masamnya………..

  16. Buah binjai ni atau kemang akan berbuah setahun sekali. Pokoknya tinggi, setinggi 5 – 6 tingkat rumah pangsa. Yang peliknya bila buahnya sudah masak ia akan gugur dengan sendiri dan jarang pecah cuma lembik sedikit. Yang pecah adalah kerana terlampau masak. Belakang rumah kampung Pakcik (kat Muar) ada lah sepokok tapi jiran sebelah punya. Seingat Pakcik, usia pokok ini ada lah lebih kurang 50 tahun lebih. Macam mana pun rasanya sangatlah manis. Memang tak dinafikan, oleh kerana buah kemang susah dicari mahal lah sedikit harganya.

  17. salam,
    dulu sy memang hantu buah binjai..tapi rasanya dah hampir 15 tahun tak pernah memakannya lagi… sebab utamanya, terlalu susah nak dapatkan di kg ku kini…

  18. Salam,

    Memang sedap buah tu, saya selain dicampurkan ngan sambal cili api kampong. Buat masak asam pedas lagi best la.(kalau nak dengan ikat darat lagi ngam).Nanti dah masuk musim nya,sapa2 duk dikawasan Bangi/Kajang/PutraJaya/Serdang boleh la cari kat Pasar Tani Pertanian Hari Jumaat di kawasan Masjid Jamek Komplek Pertanian Serdang Selangor. Dibawah khas dari Batu Pahat

  19. dulu masa di kampung saya suka makan buah ini. Tingginya lebih kurang 7 meter. Tetapi skrg tak lagi sebab pokok tu dah ditebang atas alasan pembangunan

  20. Salam…buah binjai..dah lama tak makan buah masam ni masa zaman kanak-kanak dulu, bila musim buah ni, mesti pergi lastik untuk gugurkannya..sekarang dah takde masa nak pergi lastik lagi…

    p/s: pokok binjai di kampung saya, berusia 90 ke 100 tahun lebih (menurut cerita orang paling tua dalam kampung saya), hingga sekarang masih berbuah bila tiba musimnya..

  21. mmglh agk jarang sekali kite meliht peniaga yg menjual buah ini..al maklumlh kebnyaknye buah ini berasal dan hidup liar di hutan…saya jg penah merasa buah binjai yg plg saya suka yg manis punya tp…jarang sekali nk dptkn yg manis kerana x byk yg jualnya kalau ada pun pasti mahal harganya…buah binjai jg mempunyai khasiat yg tersendiri dlm perubatan tradisional….kalau ada yg boleh membuat kajian tntg buah ini lbh mendalam itu memg di alu-alukan terutama dalam khasiat nya..

  22. salam.
    buah ni memeg sesedap rasela,enak dimakn begitu shj,tp kalau ditumbuk sekalai dengan sambal belacan makan pun sodap.hehehehehe

  23. Kalau yg manis tu kat Sarawak,Sabah dan Brunei dipanggil belunu, yg masam tu dinamakan binjai. Dari segi rupa bentuk memang sama.

  24. kat kelantan on d way from kuala krai to machang, kawasan kampung pangkal petai selalu jual buah binjai ni bila sampai musimnya, selonggok 3 biji, tak tahula plak brp ringgit RM5 ke RM10. Mana dtg buah ni, nak katakan dari pokok kat kampung tu.. nampak tak de sebatang pun pokok binjai.
    Yang aku tahu, kat kampung aku ada sebatang pokok binjai, masa kecik2 dulu batangnya dah sebesar tiang elektrik tapi belum berbuah, sekarang aku dah 46 tahun, pokok binjai tu dah sepemeluk…pun dgr kabarnya belum jgk lagi berbuah..
    Memang betulla kata org tua2, kalau tanam pokok binjai, cucu kita nanti baru tentu dpt makan buahnya…patutla mahal buah ni, walau rasa masam gerbang….

  25. Di Penang byak terdapat buah binjai. Tpi saya tak pernah makan sebab itu tak tahu nak komen rasanya..

  26. terima kasih saudara keluarkan atikel buah binjai.
    zaman sekarang ini berapa kerat shj yg kenal buah ne kalau knal pun tak pernh merasa.buah binjai mmg sedap d makan bgtu shj atau ape jua masakan mmg power buah binjai

  27. Salam,
    Saya mula dikenalkan dengan buah binjai ini oleh jiran saya, Pak Awang. Katanya, di kampungnya di Melaka hanya terdapat sepohon pokok binjai…so kalau pokok nie berbuah…ramailah org kampung berduyun2 datang nak ambil buahnya sampaikan ada yg sanggup tidur kat bawah pokok tersebut semata2 nak dapatkan buah binjai nie…yg bergaduh pun ada….

    Saya pernah rasa kedua-dua jenis, yg masam & manis….rasanya macam buah mangga…yang manislah..yang masam ayoyo……manyak masam…terkenyit-kenyit mata….he,he

  28. dikampung saya, area daerah yan..dulu ada satu ja pokok bijai nih..pokoknya tinggi dan rendang…kalo sebelah malam mau seram jugak kalo kat area pokok tuh….buahnya memang ada spesis manis dan masam..ikut rezeki masing2..kena yang manis okla..kena yang masam terkenyit la mata..tapi manis atau masam dua2 ok sebab boleh dibuat pengganti asam tempoyak digaul bersama sambal belacan….perrgghh..memang laayann….makan nasi boleh lajak 2-3 pinggan…

  29. dulu-dulu masa kecil pokok binjai ni kat tepi sungai, besar dan tinggi. pasi-pasi kena pergi check buah yang dah jatuh. klu lambat orang dah sapu dulu. memang sedap buat sambal atau kalau belum lembik sangat, makan macam tu je.nama tempat saya pon binjai patah, nama sekolah pon sk sungai binjai.

  30. mmm.. lame dah tak makan.. dulu masa kecik – kecik adalah makan… rasa dia best makan dengan garam… tapi getah dia kalu kena badan bahaya… leh berkudis…. dulu masa kecik kecik selalu ambik buah nie yang tumbuh kat kawasan kubur… entah kenapa lah banyak pokok nie tumbuh kat kawasan kubur… sebab tu ada kubur yang di berinama kubur binjai… sinonim dengan pokok binjai kut… coz that kalu dengar pokok binjai terasa seram jer… huhu… you all tahu tak mane leh dapat buah nie???

  31. Buat air asam dengan ikan keli atau ikan daratCaranya potongkan cili api + air panas + potong/hiris kan binjai + ikan dibakar dan masukkan kedalam nya + garam secukup rasa.Makan dengan nasi panas.ummm tekinyam de buek eee..

  32. lamadah tak makan binjai sejak kecik dulu je arwah mak beli. dimana nak dapat kan di ipoh ni..?

  33. Hai Fazli
    tak pernah tengok buah binjai ni.. tapi pernah makan jeruk buah Melaka kat Penang sedap gak rasanya

  34. buah ni memang banyak terdapat di Sabah. Rata-rata orang Sabah biasa melihat dan makan buah ni. Cara makannya ada pantang juga. Kalau makan jangan sampai terkupas bijinya nanti di jangkiti kudis.

  35. di Melaka ia dipanggil buah binjai atau kemang. Memang ada banyak jenis masam, manis, kecil dan ada yang besar satu biji berat sekilo. Dikampung biasanya orang masak lemak ikan merah campur dgn hirisan buah binjai.

    tq.

  36. Memang sedap dimakan samada yang manis atau masam. Macam-macam masakan boleh dibuat. Bertambah selera makan bersama buah binjai. Cubalah baru tau……

  37. Memang sedap buah binjai ni bagi pengemar makan makanan yang masam ni, kalau mak saya, dia suka buat sambal belacan binjai seperti membuat sambal belacan pelam.

  38. salam.. em buah binjai kalau kat tempat saya sempadan Sabah dan Sarawak, yang masam dipanggil binjai dan yang manis dipanggil belunu. buah binjai boleh dibuat jeruk, kalau kami di Lawas dimakan dengan ikan panggang dan ambuyat (tepung sagu dibuat seperti gam). buah belunu pula lebih besar dari buah binjai. memang manis dan sedap dimakan begitu sahaja. kat kampung memang banyak bila musimnya.

  39. Salam…satu kesamaan buah binjai nih ialah bau nya…rasa nya masam dan manis…lebih sedap buah binjai dari sabah dikenali sebagai buah belunu rasanya manis dan isinya agak tebal warna kulit hijau cerah berbanding buah binjai disemenanjung bewarna coklat berkulit kesat bila masak.pokok belunu dan binjai banyak persamaannya besar dan tinggi.

  40. buah binjai ni kalau bubuh dalam budu campur ikan haruan bakar sedap oiii…. pak mertua lalu di belakang tak nampak. Kalau tanam pokok ni belum tentu dapat rasa buah dia, krn makan masa amat lama utk berbuah. silap-silap tuan dia meninggal dulu baru berbuah. buat yang tak biasa makan tu…. cuba-cuba le. cuma satu binjai tak leh makan Kg Binjai kat kubang kerian kelantan.

  41. salam. sya ada tanam pokok ini beberapa pokok. saya semai dulu biji kemudian tanam kt kebun. lambat sungguh dia nk membesar…tak tau lah bila tahun dia boleh berbuah. harap harap lah dia berbuah sebelum saya mati…hehe. dengar kata pokok ni berbuah tiga tahun sekali betul ke?

  42. Dulu di jalan masuk kampung saya ada pokok binjai,tinggi.bawak pokok itu semak samun tiada siapa yang sudi membersihkannya,tetapi bila tiba musim buah bijai jatuh,sekelilingnya menjadi terang benderang…….entah siapa yang membersihkannya. Buah binjai didapati dengan mengutip buah yang telah masak dan gugur di tanah seperti buah durian….tidak ada sesiapa yang sudi memetik kerana faktor ketinggian pokok itu.
    Bau buah binjai amtlah harum. Di Daerah Sabak Bernam ada sekolah yang dinamakan SK Binjai Jaya.

  43. di sarawak buah ni ada dua jenis, yg masam dipanggil binjai dan yg manis dipanggil belunuk.

  44. Salam en Fazli,
    Saya berhasrat nak memulakan perniagaan menjual anak-anak pokok buah-buahan. Mintak tolong encik Fazli cadangkan anak pokok buah2an yang komersil dan di kehendaki di pasaran. Terima kasih saya ucapkan=)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam