March 29, 2024

berembang-221

Pernah anda melihat buah ini? Buah ini digelar dengan nama buah berembang (Sonneratia caseolaris) atau ada juga yang memanggilnya buah gedabus dan buah perepat. Pokok berembang ini selalunya tumbuh ditepi pantai dan tepi-tepi sungai yang ada air masin . Saya sendiri boleh pernah mencuba makan buah ini tetapi daripada rujukan, rasa buahnya masam. Cara makannya pula cuma cicah dengan garam atau kicap bercampur cili api dan sedikit gula.

buah-berembang31

Yang menariknya tentang buah ini ialah ianya mempunyai kaitan dengan permainan gasing. Ini kerana menurut sumber, gasing berasal daripada permainan memusing buah berembang. Dalam permainan buah berembang pula, buah ini akan dipusingkan dengan menggunakan tangan. Buah berembang yang berpusing paling lama dan paling ligat, pemusingnya dianggap sebagai pemenang. Buah berembang berbentuk bulat, licin dan agak leper ini selalu digunakan oleh ahli silat sebagai satu latihan untuk menguatkan tangan.

Begitulah serba sedikit tentang buah berembang. Mungkin anda pernah makan buah ini atau mengetahui khasiat lain buah berembang, di harap anda boleh kongsikannya di sini.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :83465

71 thoughts on “Buah Berembang

  1. inilah kali pertama saya melihat buah berembang…kerana setahu saya buah berembang adalah buah yang macam terung kecil tu yang biasa di panggil terung pipit, sangat sedap kalau dimasak sambal berlada. saya biasa nampak buah berembang jenis ini di sungai air payau iaitu air masin campur air tawar. kemungkinan ada kebaikan buah ini yang belum diketahui umum.

  2. Tak penah tengok pokok dan buah berembang ni. Unik jugak buah dia yang menyerupai gasing. Apa kah khasiat buah berembang ni, ada kah dia boleh di buat ubat apabila memakan nya?

  3. masa kecik2 dulu pernah makan buah ni ..memang masam. Pokoknya memang berbuah di kawasan tepi sungai yang berair masin atau kawasan kuala sungai.. tapi takle nak buat main gasing…

  4. saya pun tak pernah tengok apa lagi merasai buah berembang…memang unik…seakan-akan bentuk gasing…

  5. Saya kurang arif bauh ini,masa kecil biasa main buahnya

    sebagai gasing.Cuma tahu nama berembang dari lagu

    berbunyi”…buah berembang buah pedada sayang,buah

    keranji dalam perahu….Terima kasih baru saya tahu

    nama buah ini ‘berembang’.

  6. salam. benar buah berembang ni masam masam sedikit. pokoknya di tepi sungai dan di tepi laut yang berselut. pada kebiasaannya orang yang biasa makan dia akan mengatakan buah itu sedap. terima kasih.

  7. first time nengok buah ni. intrestd nk try rasa. cam best je bila baca comment2. masih banyak ke spesis pokok ni?.. unik.

  8. teringat salah 1 pantun dalam buku Sejarah Melayu masa form 6 dolu :

    Dang Nila memangku puan,
    Berembang buah pedada,
    Adakah gila bagimu tuan,
    Burung terbang dipipiskan lada…

  9. tak tahulah saya..tak pernah nampak..nak juga rasa..tapi kalau rasanya masam saya tak minat sangat

  10. kalau tak silap buah ni sedap di buat jus. Boleh tak up load gambar buah yang di petik, dibelah dua dan buah yang dah masak kekuningan

  11. pernah nampak buah ni tetapi tak pernah tanya orang apa nama & khasiatnya. maklumlah pokok tumbuh meliar…

  12. Dulu memang banyak pokok ini kat kuala sg.. mak saya panggil buah kedabuk..dia rasa kelat2 dan masam..nak makan kena cicah ngan garam..tapi yg masak ranum lagi sedap rasa manis..tapi sekarang memang susah nak tengok buah nie..

  13. Biasa tengok buah ni tapi tak tau nama, mmg kelat dan masam rasanya dan kena cicah garam kalau nak makan, tak tau khasiat dia

  14. Setahu saya buah ini dipanggil buah pedada di sarawak.Banyak tumbuk di sepanjang sungai kampung saya.Buahnya masam,banyak biji2 dan bijinya kelat.Ulam dgn sambal belacan atau bubuk (pekasam udang baring) sedap.Nelayan guna untuk umpan ikan labang.Ikan yang sangat sedap di sungai krian kampung saya.Sekarang ikan itu dah mencecah RM 40 sekilo.Tidak ada disungai semenanjung.Kalau dtg sarawak cuba ikan ini.

  15. 1st time dengar nama buah nie……menarik utk di ketengahkan lagi!!agaknya ade tak dijual anak benihnya dimana2 nursery?

  16. Rasanya pernah nampak masa kecil…. tpi tk brapa ingat sbb parent tak bagi main….namanya pn tk berapa ingat…… bagus juga blog ni sbb boleh ingatkan pokok2 masa kt kg dulu……

  17. A’kum wbt…

    Pada tahun 80an, pokok ini banyak terdapat di Butterworth, hutan air masin di sepanjang Sungai Prai. Sekarang ni, sudah tiada lagi pokok yang terdapat kerana pembangunan.

  18. Buah berembang. (sonneratia caseolaris)

    Sedikit mengenai pokok ini.

    Tumbuh di tanah berlumpur yang dalam, sepanjang sungai air payau dengan air yang mengalir perlahan dan dipengaruhi oleh air pasang surut. Pokok ini menjadi habitat kelip-kelip (Fireflies).

    Ketinggian boleh mencapai 15 meter. Bentuk daun bulat memanjang dan hujungnya membundar. Tangkai daun kemerahan, lebar dan sangat pendek. Hujung Bunga berwarna putih dan pangkalnya merah. Buah seperti gasing, hujungnya bertangkai dan bahagian dasarnya terbungkus dengan kelopak bunga.

    Buah sangat digemari oleh spesis tuntung dan penyu.

    Spesis berembang ini boleh dijumpai dari Sri Langka, seluruh Asia Tenggara termasuk Indonesia, Malaysia, Filipina hingga Austrlia dan kepulauan Solomon.

  19. Buah berembang ini banyak terdapat di kawasan Hutan Paya Bakau. Kalau tak silap saya ada sedikit perbezaan antara buah berembang dengan buah kedabu. Buah berembang ini rasanya agak kelat, tetapi buah kedabu yang masak rasanya masam dan cukup enak kalau dibuat cicah garam belacan. Buah kedabu yang matang lebih besar saiznya daripada buah berembang.

  20. first time nampak buah ni tu pun pada gambar yang tuan emil tq tuan kerana dapat juga saya tahu buah ini dan mungkin boleh makan tapi jangan banyak takut ada alkoid iaitu racun tq

  21. buah berembang memang ada terdapat dipersisiran pantai perlis, salah satu tempat dipantai Perlis dinamakan kg Sungai Berembang. harini saya perkenalkan nama buah Mertajam, buah masak warna hitam bolih dimakn zaman skrg ramai yg x kenal sesiapa yang lebih arif sila kongsi pendapat

  22. kalau ini la yang nama nya buah berembang… hari hari nampak… kalau kami panggil ni buah pedada… kalau buah yang masih mentah dan muda dibuat ulam… kulit nya dihiris tebal, biji nya keras dan banyak mcm jambu batu..
    kalau yang masak ranya masam sesuai dibuat air..

  23. saya tak penah tengok pokok dan buah berembang ni. buah ini begitu unik kerana menyerupai gasing. Apa kah khasiat disebalik buah berembang ni,

  24. As salam semua… masa kecik2 dulu…memang biasa makan buah ni… kat kampung saya di sarawak (Kg Pusa) buah ini dikenali buah pedada. Rasanya memang masam. Ia merupakan species yang hidup di hutan bakau(mangrove forest) terutamanya kawasan air payau. Buah yang cukup matang amat sesuai untuk di buat ulam…untuk membuka selera.

  25. buah nie kalau masak dedat dimasak dengan ikan. kalau masih mentah bleh makan dengan kicap dicampur dengan cili padi. kalau nak sedap lagi boleh dimakan dengan sambal belacan. saya selalu makan buah nie. kat belakang rumah saya banyak buah nie sebab belakang rumah saya ada sungai. kalau nak makan petik jer..

  26. Buah ni banyak masa saya kecik dulu. Buahnya banyak biji.. kata orang boleh buat ubat cacing. Lama benar saya tak makan buah ni lagi..

  27. Saya pernah dengar namanya….tapi tak pernah tengok.Dari bentuk memang macam gasing…….

  28. tak penah tengoklah buah ni! jauh sekali nak merasa. Sekali pandang macam buah beracun je!

  29. saya pernah makan buah berembang, masa kecik2 dulu buahnya sangat masam… aduh melilih air liur.

  30. di sarawak buah berembang juga dikenali sebagai buah pedada. rasanya memang masam, pokoknya banyak didapati di tepi sungai yang airnya masin. rasa buah ni memang masam baik mentah atau pun masak. selalu digunakan sebagai umpan memancing ikan patin atau loyan.

  31. Saya biasa sangat dengan buah ni masa zaman kanak-kanak dulu. Selalu makan buah ni. Pokoknya tumbuh dicelah-celah pokok bakau. Nak ambil buahnya susah juga sebab di paya dan banyak gerengga. Buah ni banyak biji, keras dan masam. Makan dengan garam. Tapi kalau masak lagi masam tapi tidaklah keras. Memerang pun suka buah ni. Seronoknya dapat tengok buah ni setelah sekian lama saya tak jumpa.

  32. assalamualaikum. Buah ni disebelah utara dikenali dengan nama buah kedabu.Tumbuh dikawasan air payau dicelah2 pokok bakau.Rasanya masam2 kelat bagi buah yg masih hijau dan masam manis bagi buah yang dah masak.Buah ni banyak biji macam buah jambu.

  33. Memang betul macam saudari Rohani cakap buah berembang ni ada dua jenis. Satu lagi dipanggil kedabu. Perbezaannya buah kedabu masam-masam kelat manakala berembang pula isi dalam agak gebu yang pasti kalau mengicah tetap sedap. Selalunya bila ada pokok ni pasti ada pokok pendamping yang tak kalah sedapnya iaitu pokok gongcaq( buahnya hanya sebesar kepala mancis api tapi banyak dalam satu tangkai ) Sangat subur dikawasan hutan paya bakau. Dulu kalau pergi cari siput seluk, kepah tak pun cari umpun-umpum pasti dalam poket tak sah mesti ada garam belacan buat cicah makan dengan beremban atau buah kedabu. Peringatan hati-hati memetik buah ni kerana terdapat ular katam tebu, ular kapak jadikan pokok rimbun ni sebagai kediaman resmi mereka…..Bagi sesetengah tempat hutan paya bakau ni menjadi tempat kunang-kunang membiak.Kalau pegi waktu malam nampak kawasan disitu berkelip-kelip bak bintang bertaburan dialam maya..

  34. Assalam. Tengok buah nie… teringat kenangan masa kecik2 dulu di rumah arwah datuk di Kg. Lubuk Keli Teluk Anson Perak. Sekarang tak tau apa dah jadi di sana.
    Sedapnya makan buah nie cecah garam, kicap cili. Buah yang masak sangat buat cuci ikan sungai. Clearr…

  35. wow….teringat 4 th lepas, sy mengidam buah ni. nasib baik sempat makan. klu tak meleleh air liur pu3 ku sekrg..

  36. tak pernah teroka hutan bakau atau pantai. maka tak pernahlah lihat buah ini. Subhanallah, makin banyak kita teroka makin banyak kita tak tahu. tahniah kepada pengirm untuk mengembangkan pengetahuan ini. terima kasih.

  37. Tempat saya buah ni dipanggil buah ‘Pedada Padi’; Ada banyak ditepi-tepi sungai di Sarikei. Boleh dimakan walaupun isinya nipis. Rasanya masam n kira ok juga. Sedap lagi buah ‘Pedada Rogam’ isi lagi tebal terutama bila dimakan bersama sambal belacan dan kicap. Buah Perpat pula bentuk sama tapi buah sangat kecil. tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam