March 29, 2024

asam-renda

Terkenang setiap kali pulang ke kampung semasa zaman kanak-kanak dahulu, lebih kurang 20 tahun yang lalu agaknya. Penulis memang gemar memetik buah asam renda yang  bewarna merah gelap kerana rasanya kurang masam jika dibandingkan dengan buah yang masih muda. Pokok Asam Renda atau nama saintifiknya Carissa carandas merupakan pokok yang berduri pada ranting dan mengeluarkan getah apabila buahnya dipetik.

asam-renda21

Selain dimakan mentah, ia juga boleh dibuat jeruk dan juga boleh dijemur seperti membuat asam keping.  Buah Asam Renda yang juga dikenali dengan nama buah keradang juga digunakan dalam ramuan masakan bagi sesetengah tempat. Sama seperti buah belimbing buluh, sifat masamnya digunakan bagi menyedapkan lagi masakan.

asam-renda3

Jika anda mempunyai sebarang info mengenai buah ini, bolehlah dikongsikan di sini. Bagi yang masih menanamnya di rumah, diharap teruskan peliharanya agar ia tidak pupus di telah pembangunan.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :39044

2 thoughts on “Buah Asam Renda

  1. cicah garam sedap..masa kecik ambik garam halus letak kat tapak tangan..pastu cicah asam renda ni..nyum nyum.. la ni takdak dah kt kg buah ni…

  2. Kat rumah kak nor masih ada pokok Asam renda ni,pernah tu sorang makcik dtg jual ubat ambik ,katanya ada yg mengidam nk mkn buah ni..sapa2 nk marilah ambik jer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam