March 19, 2024

Apakah yang membezakan pulut dan beras? Sebenarnya, pulut adalah beras. Akan tetapi, ada sedikit perbezaan pada kedudukan penyusunan. Pada dasarnya, beras dan pulut memiliki kandungan zat pati yang unggul. Lebih kurang sekitar 80-85 peratus. Bakinya dipenuhi dengan kandungan protein, mineral, vitamin dan air.
Yang membezakan keduanya adalah unsur zat patinya. Zat pati pada asalnya terbahagi kepada dua, iaitu amilosa (pati dengan struktur tidak bercabang) dan amilopektin (pati dengan struktur bercabang).
Beras yang biasa kita kenali adalah beras putih. Beras ini berwarna putih kerana hanya memiliki sedikit aleuron (lapisan luar beras) dan kadar amilosanya sedikit. Ada juga beras hitam; Beras ini cukup luar biasa di pasaran. Warnanya yang ungu gelap kelihatan hitam disebabkan aleuron dan endosperma (tempat penyimpanan pati dan protein) memproduksi antosianin (pigmen semula jadi) dengan kekuatan yang tinggi. Itulah puncanya berwarna menjadi gelap. Jika kadar amilopektin beras hitam jauh lebih tinggi, maka lahirlah beras pulut yang kita kenali sekarani ini. Sifat amilopektin yang tidak larut dalam air membuatkan teksturnya lebih pekat dan melekit.

Kajian menunjukkan, semakin gelap warnanya, semakin tinggi pula kandungan pigmen anti penuaan pada beras pulut. Selain itu, pigmen juga kaya flavonoid yang mampu mencegah pengerasan pembuluh nadi.
Beras pulut hitam di negara kita biasanya dihidangkan sebagai makanan sampingan, bukan sebagai nasi seperti beras biasa. Pengolahannya boleh dipelbagaikan. Ada yang dimulai dari proses perendaman terlebih dahulu kemudian dikukus.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :15089

1 thought on “Beras dan Pulut

  1. kalau kita menggantikan beras putih ke beras pulut sebagai makanan harian,adakah ia akan memberi kesan pada tubuh kita….?seperti bertambah berat badan….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam