Benih Petai Hibrid dari Thailand

benih-petai-hybrid

Baru-baru ini, kita digemparkan dengan pokok petai yang dikatakan mampu berbuah rendah pada umur 2-3 tahun dan lebih menarik ia juga boleh di tanam di dalam pasu. Mereka menggelarkan dengan panggilan petai hybrid. Ramai yang mencari benih tersebut walaupun sebahagian daripadanya masih tidak percaya bagaimana ia boleh berbuah dengan cepat.  Tidak dapat dinafikan Thailand merupakan negara yang sangat maju dari sudut pertanian. Banyak benih-benih kita di Malaysia berasal dari sana.

Dari pemerhatian mata penulis, benih petai ini berbuah lebih cepat disebabkan pembiakan pokok ini adalah melalui cantuman matatunas. Jadi tidak hairanlah ia mampu berbuah lebih cepat sama seperti buah mangga. Namun, jenis varieti petai juga memainkan peranan kerana kemungkinan, pemilihan jenis varieti petai ini disebabkan ia mampu berbuah dengan lebih cepat. Kini, banyak syarikat atau nursery benih yang menggunakan gambar (petai berbuah dalam pasu)  untuk melariskan jualan. Harga pasaran sekarang mencecah RM25-RM30 sepokok bergantung kepada saiz pokok.

Bagi yang telah tanam pokok petai tersebut dan telah mengeluarkan buah, bolehlah kongsikannya disini. Adakah jenis petai tersebut adalah petai yang sama yang terdapat di negara kita. Bagaimana rasanya. Sedap tak buat ulam?

Number of View :18919

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam