BEDIL LALAT MELANCAR PERJALANAN DARAH

Satu lagi herba yang tidak kurang hasiatnya ialah bedil lalat. Dinamakan pokok bedil lalat kerana daunnya jika dibakar boleh menghalau kehadiran lalat. Anak pokok ini seakan-akan poko durian.

Kulit batang berwarna hitam dan beraroma jika dikopek. Sementara dahan yang muda berwarana hijau muda.

Pokok yang tumbuh dalam habitat aslinya boleh mencapai ketinggian hingga 10 meter. Pokok ini berdaun tunggal berbentuk memanjang (oblong) dan terbit di sekujur dahan dan ranting.

Daunnya tebal berbentuk bujur panjang serta berkilat. Urat-urat daun hampir tidak nampak, tetapi urat sekundernya amat menonjol di bahagian belakang daun. Belakang daun pula agak unik berbulu kekuningan dan permukaannya seperti baldu. Nama saintifiknya ialah Diospyros argentea dari keluarga Ebenaceae

Daun bedil lalat ini jarang jatuh berselerak seperti kebanyakan pokok. Daun yang muda dikunyah seperti sirih untuk mengubati sakit mulut. Rebusan kulit batang, akar dan daun dikatakan boleh melancarkan perjalanan darah dan membuang angin dalam badan.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :7012

8 comments

  1. Asalamualaikum,

    Pak Kob ada satu cadangan untuk memulakan perusahaan herba secara besar bersaran dan ingin mengabungkan semua orang yang berminat di peragai sektor seperti penanaman, pemprosesan, pembungkusan dan juga pencari pelabur pelabur dari luar.

    sesiapa yang ada pengalaman dalam bidang tertentu boleh bergabung dan kita usaha secara syarikat kerjasama.

    Banyak orang yang boleh terlibat seperti petani, pengilang, pegawai pemasaan dan sebagainya.

    cuba kita fikir sekejap dengan cara pemikiran yang positive.

  2. Saya sekadar peminat & pengumpul herba,
    sangat-sangat bersetuju dgn cadangan Pak Kob, kerana banyak kebaikannya jika mengamalkan perubatan herba seperti harga yang jauh lebih murah, mudah didapati di sekeliling rumah kita, kesan buruk yang dikatakan hampir tiada, dll.
    Lebih2 lagi sekarang ini biaya merawat sakit di hospital semakin lama semakin meningkat, majoriti rakyat tidak mampu untuk menampung kosnya. Selain itu kita tahu adanya kesan buruk jangka panjang jika terus bergantung kepada ubat kimia dan sebenarnya banyak penyakit pada pengetahuan doktor hospital belum ditemui penawar sebenarnya. Contoh penyakit Barah . Untuk penyakit ini, penawar herbanya ada banyak di sekeliling kita dan jauh lebih murah harganya.

    Wasallam

    Alias.
    (Peminat & pengumpul herba)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam