April 18, 2024

bayam

Bayam atau Spinach merupakan salah satu sayuran yang ditanam secara komersil dan popular di Malaysia. Biasanya terdapat 2 jenis bayam iaitu bayam merah dan hijau. Bayam terkenal di kalangan kaum wanita bagi menambah darah yang kehilangan dan amat baik untuk ibu mengandung. Ini kerana bayam kaya dengan sumber vitamin K, vitamin A, mangan, folat, magnesium, besi, vitamin C, vitamin B2, kalsium, kalium, dan vitamin B6. Bayam juga merupakan sumber baik untuk serat pemakanan, protein, fosforus, zink dan vitamin E. Selain itu, bayam juga merupakan sumber baik asid berlemak omega 3, niasin dan selenium.

Banyak lagi sebenarnya khasiat bayam ini. Anda boleh baca sendiri di internet. Saya amat mengalu-alukan jika anda dapat berkongsi sesuatu mengenai bayam ini. Mungkin anda mempunyai petua yang telah lama anda amalkan. Saya juga ada satu soalan, antara bayam hijau dan bayam merah, mana satu pilihan selera anda?

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :16849

5 thoughts on “Bayam hijau

  1. Salam.
    Bayam merah lebih sedap dimakan kerana tekstur fibre yang lebih lembut berbanding bayam hijau atau bayam putih.
    Kuah dari masakan bayam merah juga berwarna merah dan ini akan menarik perhatian kanak-kanak untuk menyukai memakan sayur.
    Terima kasih.
    Wakdin

  2. Mau tanya nech,
    katanya sayur bayam itu harus dihabiskan, tidak boleh diinapkan dan dihangatkan kembali, betul tidak ya?

  3. MASAKAN SAYUR BAYAM PALING ENAK DAN PALING BERKHASIAT IALAH : DIDIHKAN AIR (IKUT SUKA NAK BANYAK MANA) MASUKKAN SAYUR BAYAM YANG TELAH DISIANG DAN DIBASUH, MASAK LAH IA DALAM BAHASA BIASA “MASAK REBAH BANGUN” MAKSUDNYA BAYAM TIDAK LAYU. ATAU MASAKAN INI KURANG DARI SATU MINIT.

  4. kalau nak tahu banyak pasal sayur bayam ni tanyalah popeye…kan popeye suka makan sayur bayam…..

    ada satu lagi jenis pokok bayam iaitu bayam duri…kebiasaanya bayam duri ni gunakan untuk menyejukkan badan dan mengeluarkan panas di dalam badan sekiranya seseorang itu mengalami demam….

    terdapat banyak di sekitar kawasan padang dan jugak di sekitar kawasan tempat pembuangan sampah.

  5. Bayam tidak sesuai untuk mereka yg ada penyakit Gout, sebab ada uric acid, betul ke fakta ni ???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam