Bahan makanan hasil dari minyak sawit

Majerin
Salah satu kegunaan utama minyak sawit ialah majerin.Terdapat berbagai jenis majerin yang telah diproses untuk tujuan minyak masak. lanya digunakan dalam penyediaan makanan segera seperti kerepek ubi kentang, mee segera dan kuih donut, yang melibatkan kerja menggoreng sebagai salah satu prosesnya. Minyak ini biasanya digunakan secara’ lasak’ dan dalam suhu yang sangat tinggi samaada dalam proses penggorengan atau dalam masa ianya tidak dipakai buat seketika. Dalam keadaan ini, biasanya minyak atau lemak yang digunakan akan mudah menjadi rosak. Minyak yang tidak tepu mudah mengalami proses pengoksidan. Minyak sawit atau minyak sawit olein mempunyai sifat-sifat fisikal yang baik dan tahan dari segi pengoksidanan. Oleh itu ianya lebih stabil dan murah untuk digunakan.

Lemak Susu Isian
Minyak sawit yang telah dicampur dan disebatikan dengan lemak-lemak lain boleh digunakan untuk membuat susu isian. Susu isian ini telah terbukti menyamai susu lembu asli dari segi rasa dan nilai khasiatnya. Susu isian dari minyak sawit ini juga jauh lebih murah dari harga susu asli.

Lemak Koko Gantian
Minyak sawit juga dapat digunakan sebagai bahan gantian lemak koko. Melalui proses ‘pengasingan ‘minyak sawit boleh menghasilkan bahan yang menyerupai lemak koko. Minyak sawit didapati sangat sesuai untuk digunakan sebagai bahan gantian lemak koko asli dalam pengeluaran coklat dan sebagai bahan ‘penyalut’ kerana harganya jauh lebih murah dari harga lemak koko.

Bahan Pengadun
Minyak sawit yang dicampurkan dengan minyak sawit stearin atau yang telah dihidrogenkan boleh digunakan untuk membuat bahan pengadun yang bermutu tinggi dan sesuai untuk berbagai kegunaan lain. Bahan pengadun dari minyak sawit didapati sangat sesuai untuk membuat rati, kek, krim, gula-gula, kuih muih dan juga untuk kerja-kerja menggoreng. Minyak sawit sterin juga telah dibuktikan sebagai bahan ramuan terbaik untuk membuat jenis-jenis bahan pengadun yang lembut dan mudah serasi. Bahan pengadun selalunya mengandungi campuran minyak yang serupa dengan majerin tetapi mempunyai lebih banyak kandungan ramuan yang tahan panas .

Aiskrim
Satu lagi kegunaan khas minyak sawit ialah dalam pengeluaran aiskrim yang berasakan minyak sayuran. Minyak sayuran cair didapati tidak mempunyai kandungan lemak yang sesuai yang boleh membeku pada suhu yang rendah seperti lemak susu lembu. Minyak sawit, minyak isirong sawit dan minyak campuran sawit telah dibukikan sesuai dan dapat memenuhi keperluan sebagai bahan membuat aiskrim .

Vitamin E
Vitamin ini adalah produk terbaru yang dapat dihasilkan daripada minyak sawit. Vitamin E sangat berguna untuk kesihatan dan kecergasan tubuh badan .

Bahan-bahan Bukan Makanan
Sabun adalah produk yang banyak menggunakan minyak kelapa sawit atau minyak atau minyak stearin. Minyak kelapa sawit ini digunakan sekarang bagi menggantikan lemak binatang.Hasil-hasil lain ialah bahan-bahan pencuci, lilin, bahan pengganti minyak disel, penyadur timah, kerim pencuci muka, bahan solekan, ubat-ubatan dan sebagainya.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :6622

6 comments

  1. Saya adalah wakil nursery owner ingin mempelawa nursery-nursery kecil ,
    syarikat mahupun individu yang ingin membeli anak kelapa sawit dari nursery
    kami.

    Tawaran anak kelapa sawit:
    -Nursery adalah berdaftar dengan MPOB dan mempunyai pelbagai jenis anak kelapa
    sawit, bermutu serta dijamin.
    -Pihak nursery sememangnya mempunyai stock yang sangat banyak.
    -Pertanyaan tentang harga tidak akan dilayan dan sekiranya anda serius anda
    boleh mendapatkan borang pembelian .
    -Di dalam borang pembelian anda berpeluang menyatakan harga yang anda
    anggarkan dan akan dinilai dari segi kuantiti dan lokasi penghantaran.
    -Harga yang murah bukanlah menjadi masalah sekiranya anda datang dan
    berbincang dengan nursery owner jika anda betul-betul serius. (bukannya
    melalui perbualan telephone)
    -PERINGATAN!!! Harga yang murah bukanlah harga yang tidak munasabah.
    -Kepada agen yang nak bincang pasal comercialpun boleh dengan nursery owner
    tapi pastikan anda mendapat maklumat pembelian yang tepat dari buyer
    – Jika anda serius anda boleh datang dan melawat nursery.
    – Pasti anda akan rasa berbaloi sekiranya anda terus berjumpa dengan nursery
    owner serta berbincang dari anda menghabiskan masa dan duit servey harga di
    sana-sini.
    -Kepada individu yang mahu membeli dengan kuantiti bawah 1000, pihak nursery
    boleh mempertimbangkannya.
    – YANG PENTING ANDA SERIUS!!!
    – Untuk mendapatkan borang pembelian sila email ke empayarrizal@gmail.com

    Tawaran baja MOP 60%
    -Stock sedia ada warna kelabu kehitaman dan merah.
    -jenis halus
    -pertanyaan tentang harga bolehlah menghubungi saya
    -Di jamin murah.
    -Pihak kami juga mempunyai baja organik compose

    Rizal 019 6568843
    empayarrizal@gmail.com

  2. Info yang bagus , Minyak yang tidak tepu mudah mengalami proses pengoksidan. Minyak sawit atau minyak sawit olein mempunyai sifat-sifat fisikal yang baik dan tahan dari segi pengoksidanan. Oleh itu ianya lebih stabil dan murah untuk digunakan.

    http://www.matspy.com

  3. Salam,

    Semua urusniaga keluaran kelapa sawit dari penyedian biji benih hingga eksport perlu lesen dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi setiap aktiviti urusniaga dan simpanan keluaran kelapa sawit. Urusniaga tanpa lesen boleh didenda sehingga Rm200K atau 3 tahun penjara atau kedua-dua sekali.

    Sebelum berurusan sila tanya orang yang berpengalaman atau dapatkan maklumat dengan melayari laman di bawah:

    http://www.mpob.gov.my/

    http://www.mpoc.org.my/

    http://www.poram.org.my/v1/

  4. saya ni anak peneroka kelapa sawit. saya selalu buat kuih bengkang kelapa sawit. sedap rasa dia. jangan ingat rasa dia macam rasa minyak lak sebab dah campur ngan tepung. hehe. cara buat dia sng je rebus dulu buah lai tu pastu amik air dia, pastu bancuh mcm wat kuih bengkang biasa. cuba la. sedap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam