Ayamas dapat Menghilangkan Resdung

ayamasPengalaman guna produk herba (akar kayu). Emak saya menghidap resdung yang teruk, sudah berbelas tahun. Suatu hari beberapa bulan lepas, dia terjumpa penjual ubat herba dari Alor Star yang menjual hirisan umbisi “Ayam Mas” sejenis tumbuhan hutan gunung.Baunya semacam hirisan asam gelugur kering cuma bentuknya panjang dan kulitnya mempunyai bulu-bulu halus warna emas.

Direbus dan diminum, Alhamdulillah penyakit resdung emak saya pulih dalam masa sebulan! Setahu saya orang asli menggunakan bulu ayam mas ini untuk ubat luka. Pernah juga dihat dijual sebagai cenderamata/hiasan dalam pasu oleh orang asli. Amat cantik warna bulu ayam mas ini.

Kiriman E-Mel: aliffmuhammad @ gmail.com

Number of View :7633

11 comments

  1. Igt kn ayamas yg kedai jual ayam tu.. Pokok ayamas dr jenis paku pakis ke? Biasa tumbuh tmpt tinggi dn sejuk. Betul ke??

  2. Saya akui pokok ni memang banyak khasiatnya. Anak saya terkena penyakit kulit…biji2 berair dan gatal. Dah puas berubat termasuklah jumpa doktor pakar kulit, tapi tetap tak ada perubahan. Sampailah saya terjumpa sorang pakcik yg jual pokok ni tapi yg dah diproses dalam bentuk krim ayamas..harganya cuma RM15-20 je..mula2 tu tak confident jugak, almaklumlah dah berhabis ratusan ringgit jumpa doktor pakar. Tapi saya beli jugak dan tawakkal, mana tahu kot2 serasi. Syukur akhamdulillah, cukup dengan beberapa kali sapuan, penyakit kulit dia terus hilang sampailah sekarang. Tapi saya dah lost contact pakcik tu, kalau sesiapa tahu kat mana boleh dapatkan krim ayamas ni, tolong war2 kan lah ye..

  3. Sepanjang perjalanan dr Tapah ke Cameron Highlands memang byk ayamas ni dijual org asli di tepi2 jalan. Kali pertama tengok memang hairan sbb kat kpg takde benda ni. Rupanya memang tumbuh kt tanah tinggi. Bila ditanya pd org asli tu,dia kata bulunya buat ubat luka.

  4. salam
    ayam mas juga boleh digunakan bagi mengubati melecur terkena api atau air panas. Nak beli ayam orang asli ada jual dalamperjalanan ke Cameron Highland dari tapah.

  5. memang betul ada jual on the way p cameron highland.
    saya beli dan tanam kat rumah.. tumbuh elok..
    ubat luka kata penjual
    ada lagi khasiat lain ke?

  6. yeke boleh buat ubat resdung? apanye yang nak direbus? Bulunye aje ke atau dengan..macamane ek? nak try gak. aku ni dah serius gak resdung lendir tak nak keluar dari hidung aku tersumabat ni. rasa sakit satu badan menanggungnya. kesiani lah aku..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam