This site contains information, graphics and quizzes on the topic of plants...

Mangga Lemak Manis

Mangga Lemak Manis sudah tidak asing lagi di negara Malaysia. Buah Mangga Lemak Manis kebanyakkannya di bawa masuk dari negara jiran kita Thailand. Mangga ini merupakan salah satu jenis mangga kesukaan saya kerana rasanya yang sedikit lemak dan manis. Ia sesuai juga dimakan muda dan lebih sedap apabila telah masak. Tidak seperti lain-lain jenis mangga seperti mangga chokanan, buah mangga lemak manis masih berwarna hijau walaupun ia sudah masak.

Saya beli buah ini di Pasar Tani Bangi pada hujung minggu yang lalu dengan harga RM6/kg. Kadang-kadang buah mangga lemak manis boleh didapati dengan harga serendah RM4/kg apabila tiba musim buah mangga.

Kini, benih pokok mangga lemak manis telah banyak dijumpai dijual di pasaran tempatan. Bagi penggemar mangga bolehlah mencuba menanamnya.

>> Dapatkan Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan dan seangkatannya di sini.. >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :381

Pokok Bangun-bangun

Pokok Bangun-bangun atau nama saintifiknya Plectranthus amboinicus tergolong dalam famili Lamiaceae). Daun pokok ini tebal seperti daun ati-ati, di mana kedua belah permukaannya kesat serta berbulu. Daun pokok bangun-bangun mengeluarkan aroma yang wangi dan berangin apabila diramas.

Batang pokok lembut berwarna hijau muda. Daunnya terbit disepanjang batang dan di pangkal daun pula akan tumbuh cabang-cabang kecil. Pokok ini mudah hidup dengan menggunakan keratan batang. Pokok bangun-bangun mudah merimbun sekiranya tidak dicantas.

Terdapat banyak kegunaan pokok bangun-bangun ini, sama ada untuk tujuan perubatan, untuk aroma masakan dan juga untuk kegunaan dalam industri minyak wangi. Jus dari daunnya dikatakan boleh melegakan beberapa jenis penyakit seperti batuk dan asma. Namun, amalan tradisi selalunya hanya merebus kira-kira segenggam daunnya hingga mendidih dan diminum setelah suam.

Ada juga yang menjadikan daun bangun-bangun sebagai aroma dalam minuman teh. Amalan ini biasanya dilakukan oleh mereka yang menderita sakit asma. Sehelai daun mencukupi untuk secawan teh. Bagaimanapun jika terasa kesan sampingan dari meminum campuran itu hendaklah dihentikan.

Selain itu, bahagian daun juga dikatakan boleh melegakan sakit kepala, pitam dan gigitan binatang berbisa. Bagi sakit kepala caranya ialah dengan meramas-ramas daunnya dan lekapkan pada dahi pesakit dan bagi menyedarkan mereka yang pitam pula, ramasan daun hendaklah didekatkan pada hidung.

Sejauh mana amalan ini masih dilakukan, saya sendiri tidak pasti. Anda boleh komen di sini jika anda pernah mencubanya.

>> Dapatkan Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan dan seangkatannya di sini.. >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :429

Daun Pudina

Pudina atau nama saintifiknya Mentha arvensis tergolong dalam famili Lamiaceae. Tumbuhan ini sejenis herba dan senang ditemui di tempat lembap. Pokok pudina boleh dibiakkan melalui keratan batang dan anak dari akarnya. Tumbuhan yang mempunyai aroma yang kuat ini kini banyak ditanam secara kormersial di Malaysia kerana permintaan yang tinggi.

Pudina merupakan sejenis tumbuhan yang biasa digunakan dalam masakan melayu dan barat kerana mempunyai bau yang sedap yang boleh membuka selera. Daunnya juga boleh dimakan sebagai ulam. 

Pudina telah lama digunakan sebagai penawar untuk penyakit batuk. Minyak yang didapati daripada daunnya dikenali sebagai minyak pati peppermint. Minyak ini digunakan untuk rawatan sakit kerongkong dan juga dijadikan sebagai perasa masakan atau gula-gula. Selain itu, ia juga digunakan sebagai teh untuk kegunaan harian.

Dalam perubatan cina pudina disifatkan sebagai tumbuhan yang mempunyai sifat sejuk. Ia biasanya digunakan untuk mengubat penyakit yang berkaitan dengan paru-paru seperti demam selesema dan permulaan demam selesema. Ia juga digunakan untuk membuang angin dalam badan dan mengubat penyakit seperti ruam kulit.

>> Dapatkan Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan dan seangkatannya di sini.. >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :312

Pokok Fittonia


Pokok Fittonia atau nama saintifiknya Fittonia albivenis tergolong dalam famili Acanthaceae.Terdapat pelbagai varieti Fittonia yang biasa dijumpai yang mana tulang daunnya berwarna merah muda, merah tua, putih dan hijau. Terdapat juga varieti yang mempunyai tepi daun yang menarik. Kepelbagaian warna pokok bunga Fittonia membuatkan ia sangat sesuai dijadikan tanaman hiasan yang dapat menaikan seri sudut sesuatu ruang.

Bunga Fittonia ini juga popular di kalangan peminat terrarium kerana saiz bunga atau daunnya yang kecil sangat unik dan menarik. Bunga ini saya dapati ada dijual di beberapa pasaraya besar di bahagian peralatan kebun. Namun, pilihannya tidak banyak. Gambar varieti yang terdapat di dalam gambar ini saya ambil semasa berkunjung ke Cameron Lavender.

>> Dapatkan Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan dan seangkatannya di sini.. >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :342

Lady Shoe Flower

Lady Shoe Flower atau nama saintifiknya Thunbergia mysorensis tergolong dalam famili Acanthaceae. Saya tidak pasti di Malaysia, pokok ini disebut bunga apa namun ada tertulis dalam sebuah artikel yang menggelarkannya sebagai bunga kasut kerana bentuknya yang seakan kasut. Di luar negara ia lebih dikenali dengan nama India Clock Vine, Lady’s Slipper Vine dan Doll’s shoes, Chandelier Vine dan Mysore Clock Vine.

Gambar pokok bunga kasut ini saya ambil semasa berkunjung ke Cameron Lavender. Namun, pokok ini juga pernah saya jumpai ditanam di Taman Pertanian Putrajaya. Pokok ini sejenis pokok menjalar/ memanjat mempunyai batang lembut memerlukan sokongan seperti para, pagar atau pergola.

Tumbuhan ini sangat unik dan cantik untuk dijadikan tanaman hiasan. Bunganya tumbuh dalam jambangan bergantungan di hujung ranting. Kelopak-kelopak bunganya berwarna kuning dengan bahagian hujungnya melengkung berwarna kemerah-merahan.

>> Dapatkan Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan dan seangkatannya di sini.. >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :327