This site contains information, graphics and quizzes on the topic of plants...

Bunga Lidah Kucing

Anda pasti terpegun dengan keindahan bunga lidah kucing yang kembang jam 8 pagi dan kudup semula jam 11 pagi, sekali gus mewujudkan suasana pagi yang indah dan harmoni persekitarannya. Bunga Lidah Kucing atau nama saintifiknya Turnera subulata (Turnera ulmifolia var. elegans ) tergolong dalam famili Passifloraceae. Bunga ini mula diminati kerana dapat menceriakan landskap rumah. Selain itu, pokok ini memang sesuai ditanam sebagai pokok pagaran, sempadan dan tanaman gabungan dalam landskap.

Pokok ini yang juga dikenali Kembang Pukul Lapan di sesetengah tempat, memang mudah ditanam berdasarkan kadar pertumbuhannya yang terlalu cepat. Tekstur pokok ini adalah sederhana dan ketinggiannya boleh mencapai sehingga 1 meter.  Pokok ini tahan terhadap kepanasan suhu yang tinggi dan juga air yang diberi berlebihan.

Bagaimanapun, pokok ini tetap memerlukan cahaya penuh pada waktu pagi dengan suhu panas lembap. Hidup subur di kawasan tanah peroi berpasir. Antara keunikan pokok lidang kucing ialah bentuk daunnya yang kecil berbulu dalam serlahan hijau berkilat, bunganya dalam serlahan kuning, kuning keputihan bercampur jingga, manakala buahnya berbentuk pisang.

Cara menyemai:

Cara menyemai agak mudah dengan menabur biji benihnya ke tapak semaian dan pindahkan ke polibag selepas ianya bercambah. Satu lagi kaedah ialah dengan menyemai ranting pokok yang matang dan sudah mengeluarkan akar kira-kira 1 cm.

Cara menanam:

Campuran tanah dengan bahan organik adalah satu kemestian untuk memastikan pokok ini subur apabila berlaku proses pengakaran yang cepat. Baja TSP dengan kadar 50 gram bagi setiap lubang juga diperlukan.

Sungkupan perlu dilakukan bagi mengekalkan kelembapan, melambatkan proses pertumbuhan rumput, mengelak hakisan dan yang penting ialah membaiki tekstur tanah apabila bahan sungkupan sama ada menggunakan rumput atau daun kering reput sebagai bahan organik.

Cara penjagaan:

Penyiraman perlu dilakukan apabila tanah di sekeliling pokok terlalu kering. Pengurusan berterusan seperti membuang rumpai, pembajaan susulan dengan baja NPK 15:15:15 dengan kadar 20 gram bagi setiap pokok perlu dilakukan sebulan sekali sehingga enam bulan selepas ditanam. Ia mesti disusuli bekalan baja NPK 12:12:17:2 dengan kadar 50 gram bagi setiap pokok untuk tempoh tiga bulan sekali.

Cantasan adalah aspek pengurusan yang paling penting bagi memastikan Bunga Lidah Kucing kelihatan terurus dan sentiasa dibentuk, selain mengawal ketinggian dan menggalakkan proses pembungaan. Pengurusan yang berterusan akan menyerlahkan pemandangan yang menarik.

 

 

Number of View :7978

Rumput hiasan serikan halaman

ADA penghuni rumah teres serba salah sama ada ruang halaman yang terbatas perlu ditanam rumput atau disimen saja. Namun, bagi mereka yang memiliki tanah luas mahu persekitaran rumahnya dihias tanaman rumput.Apa pun, kehijauan rumput boleh dimanfaatkan untuk menambah keindahan sesebuah taman. Ia menjadi warna latar yang dapat membantu menyerlahkan keindahan pokok yang ditanam di persekitaran rumah.

BANYAK jenis rumput yang boleh mencantikkan kawasan rumah.

Beberapa jenis rumput hiasan seperti rumput tikar (Axonopus), rumput bermuda (Cynodon Dactylon), rumput serangoon (Digitaria Didacttyla), rumput zoysia (Zoysia Matrella), rumput lipan (Eremochloa Orphiuriodes) dan rumput st augustine (Stenotaphrum Secundatum) menjadi pilihan untuk menstabilkan tanah, merendahkan suhu dan menyerap gas pencemar.

Rumput seperti ini memerlukan penyelenggaraan dan pemotongan dengan kaedah yang betul serta berjadual untuk menyeragamkan ketinggiannya. Sesetengah peminat seni taman pula mengambil pendekatan menanam pelbagai koleksi rumput yang tidak kurang cantiknya sebagaimana pokok bunga.

Rumput ekor kucing

RUMPUT Sweet Vernal yang mengeluarkan bau, rumput ekor kucing yang mencapai ketinggian 100 sentimeter, rumput ekor musang, rumput barli dengan bunganya yang tersusun dalam bentuk spika yang rapat.

Rumput di kawasan tandus seperti Rai dan rumput Couch dengan bunganya yang tersusun dalam gugusan dan tanpa tangkai. Rumput yang bunganya tersusun dalam gugusan bertangkai seperti rumput Cock’ Foot turut menjadi nilai pasaran sekarang.

Lebih cantik lagi sekiranya rumput Brome, rumput bulu berjumbai yang bunganya mempunyai jejanggut yang berkembang dalam gugusan, rumput Bent, rumput lembut, rumput quaking, rumput padang dan rumput air tanpa jejanggut ditanam secara sekelompok.

Rumput degil

BAGAIMANAPUN, ada rumput tempatan dibenci pemilik taman bunga. Ia digelar rumput degil. Sesetengah spesies disebut sebagai rumput Israel yang dianggap perosak kepada keindahan taman.

Bakanya sukar dihapuskan sepenuhnya walaupun menggunakan racun rumpai kecuali semua akarnya digali dan dimusnahkan.

Kesukaran untuk memusnahkan rumput yang degil ini menyebabkan peminat seni taman menggunakan pelbagai alternatif termasuk menggunakan dekorasi batu-batan sebagai penutup bumi.

Antara yang paling menarik ialah penggunaan ketulan batu yang kecil dari jeram dan pulau. Bagaimanapun, teknik ini memerlukan kos yang tinggi kerana kesukaran mendapatkan bahan itu dalam jumlah yang banyak.

Batu yang sering digunakan hingga kini ialah batu kerikil yang boleh diperoleh dari kuari dengan harga murah. Batu ini juga dikenal pasti mampu menghalang tumbesaran dan pembiakan rumput walau pun rizom tumbuhan itu masih terbenam di bumi.

Pilih warna ikut tona

ADA juga memilih warna mengikut tona semula jadinya, sama ada ingin memilih yang berwarna putih atau yang gelap sedikit. Saiz ketulannya juga boleh disusun atur mengikut cipta reka taman yang diilhamkan.

Penggunaan ‘poly-pipe’ adalah sesuai untuk membuat sekatan atau lingkungan kawasan yang membezakan jenis pokok yang ditanam.

Kaedah ini lebih menarik apabila batu kapur yang bersaiz besar digunakan sebagai hiasan sampingan. Ia seolah-olah mempamerkan tumbuhan di kawasan yang berbatu. Teknik seni taman seperti ini banyak dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan yang mencipta taman hiasan di pinggir jalan raya.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :9127

Khasiat jarum tujuh bilah

Khasiat jarum tujuh bilah

JARUM tujuh bilah dikategorikan sebagai tanaman herba yang turut diminati orang ramai untuk ditanam di dalam pasu dan halaman rumah. Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar. Ia adalah genus paling primitif dalam keluarga kaktus.

Pokok ini dipercayai berasal dari Korea Selatan tapi boleh didapati dengan mudah di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Malah ia adalah tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim.

Keadaan optimum untuk pertumbuhan mesti ada sinar matahari yang terang dan iklim tropika Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak. Memiliki ciri yang hampir menyerupai pokok parisan.

Ada 15-20 spesies pereskia terutamanya dari Afrika Selatan, Amerika Tengah dan India Barat. Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam kerana itu juga ia dipanggil jarum tujuh bilah. Read more

Number of View :23265

Bunga ros lambang cinta

BUNGA ros yang juga dikenali sebagai mawar adalah sejenis tumbuhan berbunga yang menjadi pilihan untuk ditanam sebagai pokok hiasan di halaman rumah.Bunga ini adalah salah satu tumbuhan yang mengeluarkan bunga menawan dan mempunyai keharuman lembut. Dalam kebudayaan Barat dan kini dalam kebudayaan Melayu, bunga ros melambangkan bunga cinta.

Pokok ros adalah tanaman tahan lasak, mempunyai jangka hayat panjang, mampu bertahan pada keadaan yang kurang sesuai serta menggemari sinaran matahari. Ia memerlukan tanah subur dan bersaliran baik manakala tanah harus mampu memegang kelembapan dengan julat pH antara 5.7 ke 6.

Ros hidup subur di kawasan suhu sederhana antara 17 – 25 º C dan tidak kurang dari 15º C dan tidak melebihi 27º C. Di Malaysia, kawasan yang sesuai untuk pengeluaran ros keratan adalah di Cameron Highlands. Read more

Number of View :8290

Warna dan seri pelbagaikan hiasan ati-ati

ADA banyak pokok hiasan memiliki daun beraneka warna. Pokok jenis ini sesuai untuk menimbulkan keindahan di samping serlahan pelbagai bunga sebagai elemen penghias taman.

Selain puding, antara pokok bunga popular yang menjadi hiasan taman ialah ati-ati atau nama saintifiknya Coleus.

Pokok hiasan ini dicadang bagi kaedah tanaman pasuan dan penghias laman yang mudah diuruskan. Ia boleh diperoleh dengan harga murah berbanding nilai kecantikannya. Selain Malaysia, pokok ini sebenarnya popular di kepulauan Fiji, Maluku dan Australia yang dikenali penduduknya sebagai pokok berdaun cantik. Read more

Number of View :5248