This site contains information, graphics and quizzes on the topic of plants...

Kancing baju merah

Kancing baju merah merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai khasiat perubatan yang tinggi namun agak sukar untuk didapati pada masa kini. Ada dua jenis iaitu kancing baju merah dan hijau tetapi yang biasa digunakan ialah kancing baju merah. Bahan yang digunakan ialah batang dan daun.

Daunnya boleh dijadikan jus dan digunakan untuk merawat luka-luka dan ulser. Keseluruhan bahagian pokok ini adalah antirheumatic.

Cara pembiakannya hanya menggunakan biji dan mudah tumbuh tak kira jenis media tanah.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :11604

Pokok Inai – Lawsonia Inermis

Pokok inai membawa pelbagai nostalgia terutamanya untuk kita yang membesar di kampung. Inai atau nama saintifiknya Lawsonia inermis tergolong dalam famili Lythraceae. Ia adalah sejenis pokok yang mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi terutamanya bahagian daunnya. Pokok inai yang mempunyai banyak ranting ini mendapat namanya daripada perkataan Arab ‘Hina’ yang bermaksud ubat.

Ahli sejarah mendakwa bahawa orang orang Mongol telah membawa inai ke India pada kurun ke-12 sementara pihak lain mendakwa inai berasal dari India. Ahli arkeologi pula mengatakan mereka menemui bukti bahawa inai telah digunakan oleh orang Mesir dalam proses menghasilkan mumia apabila mereka mendapati kuku jari dan kaki mumia yang mereka temui disapu dengan sejenis pewarna merah yang dipercayai adalah inai.

Daun inai mengandungi bahan pewarna glukosid dan asid henotanik. Asid henotanik pada daun inai menyebabkan kulit yang disapu inai akan berwarna merah. Ini disebabkan pewarna yang sememangnya terdapat dalam asid henotanik akan bergabung dengan kolagen pada sel kulit dan keratin pada kuku dan rambut. Minyak daripada biji inai mengandungi behenik, arasidik, sterik, palmitik, asid oleik dan linoleik.

Pokok inai mempunyai nilai ubatan yang tinggi terutamanya pada daunnya. Selama berkurun kurun lamanya inai telah digunakan untuk tujuan perubatan. Salah satu kegunaan utama inai adalah sebagai agen penyejuk.

Inai boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. Caranya ialah dengan membersihkan daun terlebih dahulu, kemudian baru tumbuk daun tersebut sehingga hancur. Selepas itu sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit. Selain itu inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan sakit perut. Caranya adalah dengan meminum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang.

Daun inai yang telah dijadikan serbuk pula dikatakan mampu untuk menyembuhkan luka luka semasa berkhatan, bisul, penyakit penyakit kulit dan sengal sengal tulang. Daun inai juga dikatakan boleh merawat kebotakan. Caranya ialah dengan merebus minyak biji sawi bersama daun inai. Kemudian sapukan ramuan ini di kepala.

Bagi orang orang India, air daun inai baik sebagai bahan astringen yang boleh mengecutkan tisu tisu organik dan dengan ini dapat mengurangkan atau mengawasi pendarahan yang berlebihan. Mereka juga percaya berkumur dengan air daun inai boleh menolong menyembuhkan sakit tekak.

Orang India juga menggunakan daun inai dengan menyapunya pada kulit untuk mengubati penyakit kulit, bisul dan melepuh. Mereka juga menggunakan daun daunnya untuk menyembuhkan sakit kepala dan rasa panas di kaki.

Penyakit penyakit wanita seperti haid yang berlebihan dan keputihan dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai. Jus yang terhasil daripada daun inai segar juga dikatakan boleh diminum kerana ia dikatakan mampu merawat Spermatorrhoea atau ejakulasi yang tidak dikawal.

Kulit pokok inai juga dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti jaundis dan hati yang membengkak. Kulit pokok ini juga dikatakan mampu untuk merawat penyakit cirit birit. Bunga pokok inai pula dipercayai boleh merawat masalah sakit kepala yang disebabkan cuaca panas. Caranya ialah adalah dengan meletakkan bunga inai yang telah dicampurkan dengan cuka pada sekeliling kepada. Sementara itu, akar akar dan palpa digunakan untuk merawat bisul.

Di samping penggunaan untuk tujuan perubatan, daun inai juga seperti yang kita ketahui digunakan untuk mewarnakan tapak tangan, kuku dan kaki. Bila dicampurkan dengan pewarna asli yang lain, pewarna inai juga boleh digunakan untuk mewarnakan rambut dan bahan tekstil.

 

Number of View :6973

Anak benih Nilam

Pokok nilam merupakan sejenis pokok yang mempunyai ciri aromaterapi.Ia banyak digunakan untuk pembuatan produk komersial seperti minyak wangi.Masyarakat melayu tradisonal menggunakan daun nilam untuk mewangikan pakaian terutamanya kain songkek dengan cara menyimpan daunnya diantara lipatan songkek yang disimpan. Selain daripada itu ia juga merupakan sejenis tumbuhan herba yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi.

Number of View :3668

Biji Benih Pokok Selasih

selasih2

Selasih sememangnya terkenal di India kerana mempunyai nilai perubatan yang begitu tinggi bagi kaedah perubatan ayurveda. Ia dikenali sebagai herba penyembuhan bagi pengamal kaedah perubatan ini. Daun selasih juga enak dijadikan ulam selain dari mempunya nilai perubatan yang tinggi. Biji benih selasih juga banyak digunakan dalam masakan itali dan barat.

Number of View :17540

Benih cempaka keling

Benih cempaka keling merupakan sejenis pokok renek yang mengeluarkan bunga-bunga kecil yang amat wangi.Bunganya mempunyai bau manis seakan-akan bau pisang berangan. Boleh ditanam didalam pasu atau di atas tanah. selain daripada bunganya yang cantik daunnya yang yang cantik dengan permukaan berkilat juga menyebabkan ia kelihatan seperti pokok bonsai.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :4612