This site contains information, graphics and quizzes on the topic of plants...

Warna dan seri pelbagaikan hiasan ati-ati

ADA banyak pokok hiasan memiliki daun beraneka warna. Pokok jenis ini sesuai untuk menimbulkan keindahan di samping serlahan pelbagai bunga sebagai elemen penghias taman.

Selain puding, antara pokok bunga popular yang menjadi hiasan taman ialah ati-ati atau nama saintifiknya Coleus.

Pokok hiasan ini dicadang bagi kaedah tanaman pasuan dan penghias laman yang mudah diuruskan. Ia boleh diperoleh dengan harga murah berbanding nilai kecantikannya. Selain Malaysia, pokok ini sebenarnya popular di kepulauan Fiji, Maluku dan Australia yang dikenali penduduknya sebagai pokok berdaun cantik. Read more

Number of View :4873

Mengenali spesies orkid menerusi bunga

POKOK orkid atau orchidaceae adalah keluarga bunga yang banyak perbezaan pada bentuk dan rupa pokok. Ada 808 spesies orkid di Malaysia yang boleh dikenali menerusi bunga.Bunga orkid adalah daripada sepal, petal, stamen dan pistil yang mempunyai daun urat selari. Gabungan stamen dan pistil dinamakan kolum. Di bahagian luar sepusar bunga ada tiga kelopak sepal manakala di sebelah dalamnya pula terdapat dua kelopak petal.

Kelopak petal ketiga berubah bentuk menjadi labelum atau bibir. Kolum mengandungi cepu debunga di bahagian atas, stigma di bahagian tengah dan benang sari di bahagian bawah. Debunga terletak dalam pundi yang dipanggil polinia dalam bilangan yang genap 2-12. Ovari terletak bawah sepal dan berfungsi sebagai tangkai bunga atau pedisel. Setelah persenyawaan, ovari akan membesar menjadi buah orkid yang mengandungi biji benih. Read more

Number of View :6205

Pokok siantan sesuai dijadikan tanaman pagar

POKOK siantan adalah tumbuhan renek yang banyak ditanam di kawasan perumahan dan taman. Ia juga sesuai dijadikan tanaman pagar bagi mereka yang mempunyai tanah yang luas.Pokok siantan juga dikenali dengan nama pokok pecah periuk.

Sebenarnya ada dua jenis pokok siantan. Pertama, pokok yang berasal dari negara kita dan Indonesia. Nama botaninya ialah ixora Jawa dalam keluarga rubiaceae.

Pokoknya boleh mencapai ketinggian sehingga dua hingga tiga meter jika tidak dicantas. Batangnya berwarna perang dan liat.

Daunnya berbentuk bujur tirus, 12 hingga 20 sentimeter panjang dan empat hingga enam sentimeter lebar. Spesies ini mempunyai bunga yang besar dan berjambak-jambak di hujung dahan. Read more

Number of View :6221

Seroja subur di permukaan air

SUKAR untuk membezakan di antara pokok bunga seroja, teratai, kiambang dan telepuk. Semuanya adalah dalam keluarga lotus yang subur di atas permukaan air.

Memang belum dapat dipastikan, jumlah spesies lotus yang tersebar di seluruh dunia. Tapi, sekurang-kurangnya kita mengenal dua jenis lotus yang lazim dijumpai, iaitu Nelumbo Nucifera dan Nelumbo Lutea.

Nelumbo Nucifera

JENIS ini di negeri kita dan Indonesia dikenali sebagai seroja. Aromanya harum pada hari pertama dan kedua. Bunganya besar dengan diameter 20 – 30 sm, dan kelopaknya 10 – 15 sm.

Variasi warna bunga lembut, ada yang putih dan ungu. Warna kelopak mahu pun mahkota bunga semakin cantik, kerana dikombinasikan dengan benang sari berwarna kuning.

Jika anda melancong ke luar negara, anda boleh menjumpai keturunan lotus jenis ini seperti lotus tulip, lotus mawar, lotus shiroman, mathilda dan waltzing. Read more

Number of View :2845

Pokok keladi hidup subur di kawasan redup

POKOK keladi mudah diperoleh di negara kita walaupun mengikut kajian awal pokok itu berasal dari kawasan tropika Amerika. Pokok yang mempunyai pelbagai warna daun, tumbuh subur di kawasan bertanah gambut yang redup.Pokok itu lebih sesuai sebagai tanaman hiasan, sama ada ditanam dalam pasu atau di halaman rumah kerana tumbuhan ini hanya memerlukan cahaya matahari yang sederhana. Ada juga yang gemar meletakkan bunga ini di ruang tamu.

Bahang matahari yang terik akan menyebabkan daunnya pucat dan cepat layu. Kadar suhu paling sesuai bagi tanaman ini antara 25 hingga 30 darjah Celsius.

Pokok keladi dari keluarga Araceae dengan nama saintifiknya Caladium. Ia membiak menerusi ubi atau rizomnya pada paras permukaan tanah saja. Antara variasi keladi yang cantik dan menjadi pilihan peminat seni taman ialah Caladium Bicolor yang mempunyai warna merah cerah di tengah dan hijau pada bahagian tepi daunnya. Read more

Number of View :7155