This site contains information, graphics and quizzes on the topic of plants...

Pokok Palma Latania

Pokok Palma Latania atau nama saintifiknya Latania lontaroides dikatakan berasal dari Madagascar (Mascarene Islands) tergolong dalam famili Arecaceae (Palmae). Pokok yang dikenali sebagai Red Latan Palm ini banyak di tanam sebagai tanaman hiasan yang menghiasi landskap di sekitar Putrajaya. Pokok ini juga boleh ditemui di Taman Botani Putrajaya.

Bentuk daun pokok adalah seperti kipas, petiol daun berwarna warna pada tahun pertama di tanam dan kemudian menjadi hijau pada tahun seterusnya. Pertumbuhan pokok ini perlahan dan ketinggian pokok ini mampu mencapai sehingga 12meter.

Number of View :627

California Fan Palm

California Fan Palm atau nama saintifiknya Washingtonia filifera dikatakan berasal dari Arizona, California tergolong dalam famili Arecaceae (Palmae). Pokok yang juga dikenali sebagai Desert fan palm ini mampu mencapai ketinggian sehingga 23 meter.  Saiz daun sangat lebar dan panjang petiol daun boleh mencecah sehingga 2meter.

Di Putrajaya, ia banyak dijadikan sebagai tanaman landskap. Anda juga boleh berjumpa pokok ini di Taman Botani Putrajaya. Pokoknya sangat tinggi berbanding jenis pokok palma yang lain.

Number of View :480

Pameran Orkid Hutan

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 (HPPNK) telah berlangsung pada 28 September hingga 1 Oktober 2017 yang lalu bertempat di Maeps, Serdang, Selangor. Antara pameran yang menarik perhatian ialah Pameran Orkid Hutan yang telah dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Bagi yang tidak sempat berkunjung ke sana, di sini saya kongsikan beberapa gambar yang sempat dirakamkan.

Orkid Dendrobium Andree Millar atau nama saintifiknya Dendrobium andreemillariae. Mengikut rujukan orkid ini terhasil dari kacukan (Den. atroviolaceum x Den. convolutum).

Paphiopedilum barbatum atau lebih dikenali sebagai slipper orkid, merupakan spesies orkid endemik bagi Semenanjung Malaysia.  Menurut rujukan, Orkid ini telah dijumpai tumbuh dengan banyak di Hutan Gunung Belumut, Johor yang merupakan kawasan hutan pergunungan.

Ionopsis paniculata atau juga dikenali sebagai Ionopsis utricularioides

Orkid Dendrobium anosmum atau Dendrobium lamellatum. Penulis tidak pasti, yang mana satu spesies yang tepat. Kebetulan, pokok tidak mengeluarkan bunga. Jika dilihat dalam carian Google, spesies ini mempunyai bunga yang sangat cantik.

Orkid Limbatum. Penulis tidak pasti apakah spesies sebenar orkid ini. Nama spesies yang terhampir  Bulbophyllum limbatum. Betul atau tidak, hanya pakar orkid sahaja mengetahui.

Dendrobium enobi (nama ini tidak dijumpai dalam senarai database tanaman). Menurut rujukan, spesies ini hasil kacukan antara spesies orkid Den. Enobi Komachi x Den. Laguna Princess.

Dendrobium pachyphyllum

Orkid Bulbophyllum hirtulum

Orkid Dendrobium hibiki (nama ini tidak dijumpai dalam senarai database tanaman). Menurut rujukan, spesies ini hasil kacukan antara spesies orkid Dendrobium bracteosum dan Dendrobium laevifolium

 

Number of View :600

Kacang Mucuna

Kacang Mucuna atau nama saintifiknya Mucuna bracteata adalah sejenis kekacang penutup bumi yang tergolong dalam famili Leguminosae (Fabaceae).  Spesies yang berasal dari India ini telah diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1991 bagi penanaman di kawasan ladang kelapa sawit.

Pertumbuhan pokok ini sangat pantas, sehingga mampu mampu mengawal pertumbuhan rumpai yang lain; serta menjadi dominan di kawasan tersebut. Selain itu, tumbuhan jenis kekacang ini mempunyai keupayaan sebagai pengikat nitrogen di udara. Ini secara tidak langsung akan membekalkan unsur Nitrogen (N) untuk tanaman kelapa sawit serta mengawal kelembapan tanah.

Pada bulan yang lalu, penulis sempat berkunjung ke Pusat Penyelidikan UKM, di Bukit Fraser. Kebetulan, terdapat beberapa pokok Mucuna yang ditanam di situ sedang mengeluarkan bunga. Apa yang menarik tentang pokok kacang Mucuna ini adalah pada struktur dan warna bunganya. Sangat cantik. Menurut rujukan, pembetukan bunga dan buah kekacang ini hanya terjadi pada kawasan dan cuaca tertentu sahaja; iaitu pada kawasan yang bersuhu sejuk atau sederhana sejuk.

Adakah pokok kacang Mucuna ini berjaya menghasilkan biji benih dalam keadaan cuaca di Bukit Fraser ?

 

Number of View :552

Pokok Kerinting Seram

Pokok Kerinting Seram atau nama saintifiknya Rhopaloblaste ceramica merupakan  tumbuhan palma yang berasal dari famili Arecaceae (Palmae). Pokok yang juga dikenali sebagai Ceram Palm dan Ceramic Palm ini dikatakan berasal dari Maluccas. Dahulunya, pokok ini banyak terdapat berhampiran di  ‘Ceram Sea’ atau ‘Seram Sea’yang terletak di kepulauan di Indonesian; dikenali sebagai Laut Seram.

Sehingga kini,  hanya terdapat 6 spesies dari Genus Rhopaloblaste di dunia.  Spesies ini boleh ditemui di Taman Botani Putrajaya.   Pokok ini berbatang lurus dan mempunyai diameter batang yang kecil (lebih kurang 15-30cm );  mampu mencapai ketinggian sehingga 35 meter.

Number of View :561