Pokok Ati-ati

Ati-ati atau Nama saintifiknya Coleus blumei merupakan sejenis tumbuhan yang popular kerana warna daunnya yang menarik. Warna merah pada daun pokok ini adalah disebabkan oleh kehadiran sejenis sebatian yang disebut sebagai Antosianin.Daun pokok ini digunakan untuk mengubati penyakit darah tinggi dan juga luka.Kajian secara saintifik telah dijalankan terhadap pokok ini.Pokok ini dilaporkan mengandungi minyak pati atau minyak meruap.Darah tinggi boleh diubati secara tradisional dengan menggunakan daun pokok ati-ati.Ambil beberapa helai daun pokok ini dan rebus selama empat hingga enam jam.Biar sehingga air rebusannya menjadi pekat.Minumlah air ini setiap hari.Daun pokok ini boleh digunakan sebagai ubat luka.Ambil beberapa helai daun yang tua dan tumbuk sehingga lumat.pupuk hasil tumbukan ini ke atas luka dan ulangi beberapa kali sehingga lukaitu sembuh.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :8168

3 comments

  1. saya ade high blood presure tapi belum pernah guna daun ati-ati sebabnya bimbang takut beracun, maklumlah pokok comel dan warna-warni.

  2. saya pernah menanam tumbuhan ini ,sangat senang tumbuh nya, tanam dengan mempelbagaikan warnanya serta ketinggian yang berbeda-beda, untuk mengawal ketinggian ya ,cuma perlu kutilkan saja pucuk dan bunga yang keluar supaya dapat bentuh pokok yang rimbun dan rendang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam

Test