Asam Kelubi

asam-kelubi

Asam Kelubi atau juga dikenali dengan Asam Paya terkenal dikalangan orang Melayu kerana buahnya yang masam. Bagi yang pertama kali melihatnya sudah tentu menyangka buah salak. Kebiasaannya buah kelubi dijadikan jeruk dan air jeruk ini boleh dijadikan cuka. Daripada rujukan, buah kelubi juga boleh dijadikan sambal kelubi dan dicicah bersama ulam-ulaman. Bagi yang tidak mengenali pokoknya, pokok kelubi sejenis palma yang seakan pokok nipah dan banyak didapati di kawasan berpaya. Setahu saya, pokok ini memang jarang ditanam kerana ianya tumbuh liar di kawasan berpaya.

Bagi yang biasa melihat atau pernah makan buah ini, harap berkongsikan pengalaman anda di sini. Mungkin ada rahsia lain yang orang tidak tahu tentang buah ini.

p/s:  >> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tanaman hiasan, pokok herba.. buah-buahan nadir.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di Channel Telegram Peminat Tumbuhan..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :33366

69 comments

  1. salam,
    Asam Kelubi sejenis buah tumbuhan liar, pokok asam kelubi hidup di tanah berair/ berpaya. Pokonnya satu pisis dengan pokok salak dan pokok rekag. disetengah tempat terutama diselatan tanah air dipanggil Asam Paya, kebiasan buah asam kelubi matang disekitar bulan Nov-january ( akhir Tahun)bak kata selepas musim tenkujuh kalau diPantai timur. buah ini amat sesuai untuk dibuat
    jeruk.. terima kasih

  2. Memang sedap, masa saya kecil2 dulu memang selalu saya mengambilnya untuk dimakan dan dibuat jeruk tersangat sedap.Ia terdapat 2 jenis satu berasa masam dan 1 jenis manis. Ia terdapat hudup liar dan selalu tumbuh dikawasan paya yg berair , untuk buat jeruk pun sedap kalau nak tahu hubungi saya saya boleh ajarkan..

  3. alhamdulillah… saya dapat artikelnya. saya belum pernah tahu dan makan tanaman ini. bisa menghubungi siapa kalau pesan. terima kasih

  4. Memang sedap makan jeruk asam kelubi. Lebih lagi kalau tengok budak-budak makan diwaktu tengahari yg panas dibulan puasa.Woi tergugat.

    Tapi betul ke, siapa yg gemar makan jeruk, nanti bila umur meningkat melebihi 40an giginya mudah rosak. Ini kerana asid jeruk tu yg melemahkan gigi kita. Betul ke?

  5. janggutsemanggul: mungkin jugak tapi tabiat makan jeruk pn bknnya elok sgt…boleh meningkatkan risiko nyanyuk….he3,

  6. salam, saya pernah lah makan buah kelubi ni sama ada yang jeruk atau pun tidak..pokok kelubi x pernah tengok…buah kelubi yang belum jeruk sedap dimakan dengan cuka,cili padi, belacan, gula buah kelubi dihiris nipis dan diperap sekejap dengan bahan tadi dan makan…selamat mencuba..

  7. Masa arwah ayah saya membuka kebun baru di Seri Gading, Batu Pahat pada tahun 1971/72, beliau selalu membawa buah ini balik ke rumah.

    Masamnya buah ini tidak terkira. Entah berapa agaknya pH dia dan berapa score brinx dia.

  8. saya memang suka makan jeruk asam kelubi tapi buat masa sekarang belum la sampai peringkat nyanyuk..hehehe…tapi tak tau pulak kalo ada keburukan kalo makan jeruk ini…pernah dgr tapi tak pasti keburukan nya..tq

  9. salam,,,,
    Asam kelubi nie sangat terkenal di buat jeruk, banyak di jual di pasaran, rasa nya manis manis masam, tapi tak pernah jumpa secara mentah.

    saya baru aje jumpa pokok seduduk berbunga putih, sejenis pokok herba, beli diPesta Peladang di stadium shah alam berlangsung hingga 26hb dec 2010

  10. Asam kelubi kalau di salai lagi lah sedap……..dan boleh di simpan selama bertahun…..ada juga cerita saya dengar ada yg menyimpan salai asam kelubi selama 17 tahun…ada juga masyarakat sarawak menggunakan asam kelubi untuk di jadikan salah satu bahan untuk membuat umai……fuhhhhh sedapnya…melilih air liur…hihihiiii..

  11. Eb fazlisyam tak pernah makan? masa saya kcil dulu mmg ambik upah kopek buah untuk buat jeruk. 3 rgt/tin mnayk masak yangpersegi saiz dalam 1kax1kax2ka.lbih kurang
    tu masa saya kat kg, di kula terengganu

  12. salam
    saya penah makan yg jeruk je…memang kalau makan jeruknye risiko nyanyuk tu biasala…dah bhn awetan,kan?tapi kalau makan yg fresh,saya rasa byk vitamin c..heheh..

  13. Tau dan penah makan jeruk asam kelubi ni tapi tak penah tengok pokok nya. Ye ke boleh nyanyuk kalau makan buah asam ni..suka hirup air jeruk letak air batu!

  14. Salam. Banyak didapati di kawasan Baling, Kedah. Dijual ditepi jalan sebagi makanan jeruk. Agak popular di sini

  15. Ya Allah…..terliurnya….dolu2 klu demam,mak mesti beli jeruk kelubi ni nak hilangkan rasa pahit dan loya di tekak…ada dala 3,4 biji dibungkus bersama airnya dlam plastik panjang macam ais krim malaysia…10 sen….uish..nostalgianya…..

  16. Salam, saya mcm besela, jrg buah2 kg yg xpernh saya mkn.hehehe,buah ni bnyk kt ladang ayh sy.memg msm tp klu org tu pndai wat jeruk xdela msm mcm yg blm dijerukkn. sdp tau tp mak selalu psn, jgn mkn msm2 nnt cpt lupa. sy ni klu mak ckp tu btl je.hehe. buah kelubi ni saiz dia kcl ckt dr buah salak. kulit dia lg keras dr kulit salak, slh kupas luka jari tau.klu buah salak dlm sebiji ada ulas lg tp buah kelubi dlm sebiji tu xde ulas2 dah, memg sebiji tu jek lah. dpt emagine x sesape yg blm prnh knl buah die tu?

  17. Buah asam kelubi pernah tengok dan jeruk asam kelubi pun pernah makan. Tapi saya tak pernah lihat pokoknya! Walaupun dikatakan serupa macam pokok nipah, camne tang serupanya ye! kalu ada gambar ditunjukkan, lagi best!

  18. Buah asam kelubi saya biasa makan semasa kecil, itu pun dijual di kedai runcit yang telah dijeruk, rasanya memang sedap tetapi masa kini saya belum nampak dijual di kedai, mungkin buah kelubi mengalami kepupusan, di Sarawak atau di Sabah masih ada didapati.

  19. Assalamualaikum. Buah asam kelubi ini biasanya dibuat jeruk saja. Saya makan juga tapi tidaklah suka sangat sebab rasanya yang masam…belum makan pun dah terasa masamnya.

  20. Saya pernah makan jeruk kelubi ni waktu kanak2 dulu, buahnya terlalu masam rupa seakan2 salak.

    Isinya nipis biji besar tak boleh dimakan begitu sahaja kecuali dimakan bersama sambal cili gula melaka dan asam atau secara makan ‘colek’ kata orang Kelantan.

    Khasiat ubat Allah wa-alam.

  21. Salam semua.Buah asam kelubi atau lebih di kenali sebagai asam paya oleh warga sarawak baik dari keturunan melayu,melanau,suku kaum Iban dan lain2 kaum amat terkenal terutama dalam masakan instant
    seperti Umai iaitu sejenis masakan yang menggunakan
    hidupan laut seperti Ikan dan lain2.Untuk makluman
    pembaca2 lain Isi ikan yang di hiris nipis di perap bersama bawang besar selama beberapa minit dan kemudian di gaul bersama bahan2 seperti asam kelubi (di hiris nipis) cili merah & cili padi,sebiji bawang merah,bawang putih,limau kasturi di hiris nipis (sebiji atau dua) sedikit belacan & gula (secukup rasa) & garam (secukup rasa) yang kesemuanya di tumbuk hancur kecuali isi kan dan bawang besar.Peramkan selama 15 ke 20 minit sehingga
    isi ikan kelihatan berwarna putih sebagai tanda ianya sudah masak dan seterusnya boleh di makan dengan
    nasi.Umai amat terkenal dan di gemari oleh kebanyakan kaum di sarawak.

  22. Buah ni memang sedap ada yang masam dan yang manis tapa tak la macam gula bagi orang pernah makan dengar atau lihat pun dah telan air lior.kalau ditunjuk pada orang meniup seruling pasti dia tidak boleh tiup kerana air lior nya sentisa meleleh

  23. rasanya buah dia ni sepesen ngan buah pokok nipah kot! tak pernah la makan..tapi masa kecik2 dulu…buah ni kitaorang buat main perang2 jer…tak pandai nak makan

  24. Kami di johor panggil buah ni asam paya. Memang masam. Tapi masa kecik-kecik dulu boleh makan begitu sahaja.
    Tapi sekarang memang susah nak jumpa pokok ni, apa lagi memakannya…… apa pun masih terasa kemasamannya.

  25. saya pernah makan buah ni..masa kecik2 dulu..skrg mcm susah nk jumpa je..biasa makan yg telah dijerukkan..mentah belum lg..mesti rasanya masam2 dan sedikit pahit-kelat..skrg dh meningkat usia ni..makan pelam pun dh ngilu gigi..hehehh

  26. Di Sarawak asam paya ini memang terkenal dan begitu sedap kalau dibuat belacan campur dengan ikan bilis, ianya
    membuka selera, apabila kita kena panas badan (demam)

  27. Wah buah asam kelubi, kecik2 dulu pernah la petik sendiri tapi pokok nye spesis berduri jadi sukar juga nak ambil dan ada yang rasanya agak kemanisan yang berkulit agak kemerahan, tapi sekarang yang saya jumpa semuanya masam belaka, buat jeruk ganti cuka boh kat sambal. Atau dikenali juga sebagai asam paya saya rasa tidak , sebab disemenanjung ni asam paya adalah spesis yang sama dengan pokok rosselle, kalu orang India memang suka makan daunnya masuk dalam kari, memang sedap, tapi orang Melayu daunnya yang agak muda dan lembut buat campuran dalam kuah asam pedas, fuh memang sedapppppppppppppppp.

  28. Salam Mesra

    Sebenarnya asam kelubi itu tak asing bagi kami, di sini kami sebut buah itu asam kelumbi. Bagi mereka yang minat memakannya sudah tentulah dimakan sebagai ramuan dalam masakan ikan dan juga dimakan begitu sahaja.

  29. Buah ni memang saya tau. Masa keci2 dulu, suka berebut dengan adik beradik. Dah tua ni tak jumpa pulak… sbb dh tinggal jauh dari kg.

  30. assalamualaikum. sekarang tengah musim buah kelubi.Kiri kanan jalan hala keBaling dan dari Teloi keSik banyak jeruk ni dijual .Pokok ni banyak tumbuh dikawasan tersebut.Buah seakan buah salak ni masam tapi sedap bila dibuat jeruk.
    Untuk peroses jeruk, buah dikupas dan direbus untuk membuang masamnya yang tinggi .kemudian buah diperapkan dengan garam semalaman pas tu toskan.Kemudian perapkan dalam cream soda. selepas 48 jam dah bolih makan.

  31. jeruk asam kelubi memang sedap. Masam-masam pun kekadang tak sedar nak habis setengah balang dibuatnya.

    Terima kasih kerana artikel diatas banyak memberi pengetahuan tentang asam kelubi dengan lebih mendalam.

  32. Emmm…Buah ni saya biasa makan…Tp kalau belum dijeruk pahit2 masam rasanya….Seakan2 buah salak tapi kecil sedikit….Semasa saya tinggal di Sandakan mudah nak dapat buah ni…..

  33. spesis macam pokok rotan, ketulan buah macam buah macam buah nipah setiap biji sebesar ibu jari kaki, kulit macam buah salak, warna masak cokolat, rasa teramat KELAT dan tidak ada buah lain yang lebih masam dari buah kelubi. Setahu saya buah ini dimakan selepas dijadikan jeruk. Kalau saya makan mentah akan cirit. Setahu saya belum terdapat lagi ada orang memanam pokok ini, sering terdapat di hutan rimba.

  34. Walaupun tak pernah terlintas di fikiran tetapi saperti ada pernah nampak buah tersebut pada suatu masa dahulu.

  35. saya tinggal di kawasan felda.kebanyakkan pokok asam kelubi dah tak nampak lg la..dulu2 banyak kat kawasan berpaya.tapi sekarang dah pupus

  36. Salam,
    Yang saya tahu buah kelubi sejenis buah hutan, rasanya kelat2 masam….saya pernah makan 2 kali tapi tidak tertelan..dan biasanya orang buat jeruk…baru enak rasanya. . Itu saya suka. tentang khasiat saya tidak tahu..

    Pokok beluntas. Pucuknya boleh dibuat ulam. Bau kurang menyenangkan. TAPI berkhasiat untuk menghilangkan bau badan & mulut/nafas… memang bagus. Saya pernah makan tapi pokoknya dah mati..

    Itu sahaja..

  37. Salam

    Saya memang tidak kenal mengenai Buah Asam Kelubi ni, tetapi
    biasa dengar arwah ibu sebut – jika makan sesuatu yang terlalu masam
    sering mengatakan “masam macam buah kelubi”. Saya memang tidak
    pernah melihat buah atau pokoknya.

    Buat diri saya, memang minat mengikuti blog saudara kerana ini
    adalah pengalaman baru untuk saya. Saya dibesarkan di
    Kuala Lumpur sejak lahir (kawasan bandar, Kg Bharu) jadi tiada
    peluang untuk mempelajari atau pegalaman mengenai pokok pokok
    atau tumbuhan herba. Walau bagaimanapun saya memang
    minat mengikuti blog saudara untuk belajar sedikit sebanyak
    mengenai tumbuhan, teruatama herba herba. Ini adalah
    merupakan “learning process” untuk saya.

    Teruskan usaha saudara, semoga terus berjaya.

    Sekian, terima kasih.

    Zella

  38. Buah kelubi memang banyak di tempat saya. Tp itu dulu, zaman saya kecik-kecik. Skrg susah nak dpt…tp kalau nak juga cubalah lalu sepanjang jalan ke muadzam shah untung nasib ada org asli yang menjualnya ditepi jalan. Buah kelubi sedap juga dicicah dgn kicap….rasanya memang masam.

  39. salam,
    Sebenar nya asam kelubi ini terkenal dikampung saya di Dungun sekitar 70 an ,80an dan 90a n utk dibuat jeruk atau diletak dlm plastik aiskrem untuk budak2 tapi sekarang sudah tiada lagi,dan sekarang hanya terdapat disekitar kuala berang atau dikg 2sebelah daerah KUALA TRG saja.Saya tidak tahu apa khasiatya?
    2 Bolehtak cari” BUAH REDANG -macam buah laici tapi sizenya sebesar guli dan hanya tdapat d hutan dan apa guna nya.
    3 Pernah tak saudara dengar pokok ‘”PECAH KACA “atau “POKOK BATU KARANG” ataupun ” POKOK LIDAH JIN”

    sekian terima kasih

  40. Masa kecik dulu biasa le tgk pokok ni….kat paya. Sekarang, kawasan paya tu dah dibuat kawasan perumahan….

  41. Saya pernah makan yang fresh punya masam sangat lebih baik makan jeruk.Saya cadangkan supaya pokok asam kelubi ditanam secara ladang supaya pokok ini tidak akan pupus.

  42. Sapa kata pokok kelubi mcm pokok nipah pulak? jauh panggang dari api..kehkehkeh…dia spesis pokok salak jugak so segala2nya hampir serupa dgn spesis salak, dari pokok sampai ke buah, daun dsb

  43. Lagi satu…suma jenis jeruk mmg bahaya dimakan kalo diproses gunakan gula jeruk yg telah diharamkan oleh k’jaan malaysia, nk tahu bezanya lepas makan mesti rasa lelah atau ketat saluran pernafasan ( amat bhy bagi yang ada athma)…kalo jeruk guna gula biasa rasa sedap ajela

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam