Asam Katok

asam-katok4

Mungkin ada sesetengah orang, apabila melihat gambar ini, akan terasa kecur air liur. Asam Katok sebenarnya mengembalikan nostalgia sewaktu zaman kanak-kanak terutamanya yang tinggal di desa. Asam katok umpama makanan ringan seperti keropok yang mampu dibeli oleh budak sekolah ketika itu. Namun, kata orang, asam katok sekarang tidak sama seperti dahulu. Asam Katok sekarang macam-macam campurannya… Tidak asli seperti dahulu.

asam-katok

Penulis menemui asam katok banyak dijual di sebelah Penang. Kalau pergi ke kedai atau cawangan Jeruk Pak Ali, anda boleh berjumpa dengan asam katok ini. Penulis sendiri tidak pasti apakah sebenarnya ramuan sebenar asam katok ini? Menurut tuan empunya kedai, bahan-bahannya ramuan diimport dari luar dan selebihnya dibuat di sini.

asam-katok2

Jika anda juga pernah makan asam katok sewaktu zaman kanak-kanak dahulu, bolehlah kongsikannya di sini.

asam-katok3

p/s : kenapa agaknya orang sebelah pantai timur menyebutnya ‘tahi musang’ ?

Number of View :18410

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam