Asam Kandis – Garcinia nitida

garcinia-nitida

Buat pengetahuan anda yang baru membaca artikel ini, bulan lepas saya ada  menulis artikel mengenai asam kandis. Saya telah mendapat response bahawa buah tersebut bukan asam kandis dan nama saintifiknya juga tidak tepat. Walau bagaimanapun, tempoh hari saya berkesempatan melawat Taman Pertanian Sabah di Tenom. Akhirnya, saya berjaya menemui pokok Garcinia nitida atau asam kandis. Pokoknya adalah seperti diatas. Jadi, kekeliruan ini akhirnya terjawab.

garcinia-nitida2

Kalau dilihat dan diamati banyak jenis buah di dalam keluarga garcinia yang terdapat di Taman Pertanian Sabah hampir mempunyai rupa yang sama. Jadi, apakah nama sebenar buah yang seakan buah asam gelugur pada artikel saya yang lepas itu? Tunggu artikel saya yang selanjutnya…..

Number of View :16232

11 comments

  1. Banyak buahan yang digunakan sebagai asaman yang terdapat diserata semenanjung dan borneo tetapi kebanyakan mempunyai nama tempatan mungkin boleh dibezakan apabila mengunakan nama sains…….saya cadangkan saudara jadikan koleksi gambar dulu dan bincangkan nama tempatan dan nama sains supaya lebih jelas untuk kita berkongsi maklumat.terdapat berbagai bentuk buah,saiz dan warna yang pernah saya jumpai masalah nya buahan2 ini jarang lai terdapat dipasar2.Pahang dan sabah mungkin masih banyak sumber.

  2. Buah ni org cakap sedap. sebab dia masam2 sikit. kat kedah dulu2 ada. tp sekarang dah susah nak cari. leh tak sesapa yg tau kat mana nak bli, contact saya kat email ni..saya nak bli dalam 1@2 kilo…takut kempunan nnti. thanks ye…

  3. bagaimana hendak perolehi benih/anak sam kandis sebab saya berminat hendak tanam sebagai koleksi kebun, jika saya berada di Ipoh, Perak dan apa manfaat lain yang boleh diperolehi dari pokok ini

  4. Apa yang saya tau memang itulah asam kandis,isi dalamnya seperti buah manggis,manis bercampur masam,kalau disemenanjung agak sukar didapati tetapi masih ada terdapat kawasan pedalaman,saya pernah makan buah ini semasa betugas diLawas,Sarawak.Kalau tak silap masyarakat kedayan disana juga menggelarkan buah ini dengan asam kandis.

  5. Adoiyai pening aku dok pikir yg mana satu asam kandis, punya dok search internet nk cari maklumat, sbb kat umah sy baru tumbuh satu pkk, nk kata manggis bukan, gelugor pun bukan, satu kg dok pening tp ada setengah kata pokok kandis….

  6. kalau di lihat pada gambar di artikel yang pertama asam kandis tu…kat kampung saya di kedah pada suatu masa dulu ada pokok tu…kami panggil pokok kandis ja…bila masak warnanya kuning/oren dan rasanya masam-masam manis…tapi kalau buah asam kandis di artikel yang kedua ni…saya tak kenal pulak buah apa…

  7. buah kandis dan asam kandis adalah berbeza… betullah asam kandis tu mcm buh asam gelugor… cuma masaalahnya panggilan kepada asam kandis tu berbeza2 mengikut negeri atau daerah…

  8. Saya setuju dengan pandangan atau pendapat Lela Alor Setar dan Khusaini – asam kandis ini banyak jenisnya. Ianya juga berdasarkan nama yang biasa di sebut di sesuatu tempat.

    Saya temui pokok asam kandis di suatu taman di Putrajaya, tetapi saya kurang setuju dengan nama saintifik yang diberikan, kerana antara sifat daun “garcinia cowa” ialah ianya berdaun lebar, sedangkan kandis yang dikatakan “garcinia cowa” di situ berdaun rencong kecil, tidak lebar.

    Masih banyak yang perlu kita pelajari tentang dunia botani kita sendiri.

    Di Kuala Pilah, asam kandisnya dinamakan kandis gajah – boleh dilihat di sini: http://www.flickr.com/photos/adaduitokla/6917960471/
    http://www.flickr.com/photos/adaduitokla/6917918093/

    Kandis beruang boleh dilihat di sini:
    http://www.flickr.com/photos/60706597@N07/7287326786

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam