Asam Gelugur Menurunkan Berat Badan

bunga_asam-gelugur

Asam Gelugor atau Garcinia atroviridis, merupakan tumbuhan yang kerap digunakan dalam perubatan masyarakat Thailand sebagai sejenis buah-buahan berasid yang dapat mengurangkan berat badan dan lemak berlebihan. Antara komposisi kimia yang terdapat dalam asam gelugur serta mempunyai aktiviti antioksidan ini ialah seperti asid sitrik, asid tartarik, asid malic dan asid askorbik. Bahan istimewa dikenali sebagai Hydroxycitric Asid juga telah dijumpai pada buah dan dalam kulit ari buah  asam gelugur.

asam-gelugur

Daripada kajian yang telah dijalankan, tumbuhan mengandungi hydroxycitric acid boleh ditukar kepada potasium hydroxycitrate telah terbukti dapat mengurangkan berat badan. Eksperimen telah dijalankan terhadap tikus bagi melihat kesan potasium hydoxycitrate yang diperolehi dari asam gelugugur terhadap pengurangan berat badan dan kadar pengurangan kolesterol.
Keputusan menunjukkan bahawa 2 ml rawatan 2% setiap hari dengan potasium hydroxycitrate selama dua minggu mengurangkan tahap kolesterol LDL dari 63 mg/dl hingga 50 mg/dl, meningkatkan tahap HDL dari 35 hingga 63 mg/dl dan mengurangkan berat badan. Kesimpulannya bahawa asid hydroxycitrate yang diperolehi dari buah asam gelugur  berguna sebagai makanan tambahan untuk merendahkan paras kolesterol dan pengurangan berat badan.

Number of View :6554

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam