Ara Songsang melawaskan buang air kecil

Ara Songsang ialah nama bagi sejenis rumpai yang juga dipanggil sebagai rumput Israel. Nama saitifiknya Asystasia coromandeliana dari keluarga Acanthaceae. Rumput ini jika tumbuh di kebunan amat sukar dibasmi melainkan diracun dengan racun herba yang meresap ke dalam tanah dan aktif untuk beberapa minggu di dalam tanah seperti larutan diuron.
Daunnya nipis seperti kangkung, dengan urat daunnya yang berselang seli tetapi ada yang bertemu urat. Batangnya lembut berwarna hitam dan berair. Habitatnya menjalar dan menguasai tumbuh-tumbuhan yang berada disekitarnya.

Namun begitu para pekebun gemar menanam rumpai ini di antara lorong tanaman anak-anak pokok seperti getah atau sawit yang baru ditanam bagi mengawal tumbuhnya lain-lain rumput.

Bunganya berwarna putih. Biasanya keluar melalui tangkainya yang panjang menunjuk ke udara dan tidak mempunyai sebarang bau.

Bagi mereka yang menghadapi masalah tidak lawas buang air kecil, akar dan bunganya hendaklah direbus sampai mendidih hingga tinggal satu pertiga airnya kemudian ditapis dan diminum apabila telah suam.

Selain dari itu daun yang tumbuk lumat boleh dijadikan ubat luka. Daunnya juga apabila dilumatkan dicampur bawang merah dikatakan boleh dijadikan ubat pupuk bagi melegakan bisa-bisa tulang dan sakit kejang otot dengan menampalnya di bahagian yang menderita sakit.

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :5036

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam