March 29, 2024

Artikel kali ini mengenai lawatan penulis ke projek pertanian yang diusahakan oleh Syarikat Greenheart Farms Sdn. Bhd. Apa yang menarik tentang syarikat yang terletak di Lojing, Kelantan ini adalah penggunaan aplikasi teknologi moden bagi mengeluarkan sayur-sayuran yang bebas racun perosak (pesticide-free) melalui pengamalan Pengurusan Perosak Bersepadu (Integrated Pest Management). Hasilnya bukan sahaja bebas racun tetapi berkualiti dan produktivitinya juga tinggi. Sistem komputer dan peralatan berteknologi tinggi digunakan bagi memberikan pengairan pembajaan kepada tanaman secara cekap (precision farming).

Menurut pengurus syarikat ini terdapat lebih kurang 8 jenis spesies yang digunakan sebagai predator (pemangsa) yang digunakan dalam kaedah kawalan secara biologi (biological pest control). Salah satu spesies predator yang digunakan adalah seperti Typhlodromips swirskii atau dikenali hamama Swirski (Swirski-Mite) yang diimport khas dari Netherlands. Ia digunakan dalam kawalan perosak secara biologi bagi mengawal serangga thrips/whitefly pada tanaman.



Di Syarikat ini, produktiviti pengeluaran dikira bagi setiap keluasan meter persegi. Tanaman cili akan ditanam mengikut jarak tertentu dan dilatih bagi mencapai ketinggian melebihi dari 3 meter bagi memaksimumkan penggunaan kawasan. Teknik cantasan memainkan peranan penting bagi memastikan Cili varieti Habib ini dapat mengeluarkan hasil yang tinggi sehingga berumur 11 bulan.

>



>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :5564

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam