March 28, 2024

Abrus precatorius adalah nama sintifik bagi sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai akar saga oleh masyarakat tempatan. Tumbuhan ini banyak terdapat di kawasan tropika dan hidup meliar di tanah berpasir. Tumbuhan ini sebenarnya sejenis tumbuhan yang menjalar dan memanjat. Ianya tumbuh melilit pada tumbuhan sokongan dan batangnya boleh menjalar hingga mencapai ketinggian 3-6 meter. Kulit batangnya berwarna gelap. Akar saga ini mempunyai daun majmuk, berselang-seli dan pinnat sehingga 15 cm panjang tetapi kebiasaannya hanya 7.5-10 cm sahaja. Selain itu, ia mempunyai antara 8-20 pasang helaian daun yang bertentangan dan panjang helaian daun itu kira-kira 1.3-2.5 cm.Menyentuh soal buahnya pula atau disebut ‘pod’ mempunyai ukuran 2.4-3.6 cm yang tumbuh secara berangkai dan mengandungi 4-8 biji setiap pod yang berukuran 0.5-0.8 cm. Warna pod ini adalah kehijauan dan bertukar menjadi coklat dan merekah apabila telah matang/kering. Bijinya licin, berkilat dan berwarna merah tua dengan bintik berwarna hitam di bahagian bawahnya. Ketika belum matang, bijinya adalah tidak keras (lembut) tetapi ia menjadi keras setelah matang dan kering.Berkenaan bunga akar saga ini, ia terdapat di bahagian hujung daun dan panjang jambangannya antara 5-10 cm. Kelopak bunga berwarna merah muda yang panjangnya 1.3 cm dan ‘keel’ berwarna putih.

Tanda-tanda keracunan

Abrin adalah bahan toksik di dalam biji akar saga yang matang atau tidak yang merupakan sejenis taksalbumin. Sekiranya tertelan, kulit bijinya yang keras itu menjadi pelindung kepada risiko keracunan berbanding jika biji itu dimakan tanpa kulit menjadikannya beracun.

Kesan daripada toksik ini akan dapat dilihat selepas beberapa hari atau jam setelah biji saga itu dimakan. Ini bergantung kepada berapa banyak ia menelan atau mengunyah biji tersebut. Gejala keracunan yang akan timbul seperti rengsa mulut, loya/mual, muntah-muntah, cirit-birit berdarah, lemah anggota badan, gerak nadi yang cepat dan berlaku sawan hingga menyebabkan kematian akibat kegagalan jantung daripada berfungsi. Ini dapat dibuktikan dengan arnab seberat 3 kg telah mati 18 jam setelah mengalami cirit-birit yang teruk dan bengkak usu disebabkan memakan beberapa biji saga.

Di beberapa kawasan Amerika contohnya,infusi biji saga digunakan untuk merawat radang mata. Bagaimanapun, infusi yang mengandungi abrin ini boleh menjadi tidak terkawal dan menyebabkan penglihatan rosak keseluruhannya. Keadaan ini akan mengakibatkan infusi abrin tidak digunakan sebagai agen terapeutik.

Namun, pengambilan biji saga dalam jumlah yang kecil secara berterusan dapat meningkatkan daya ketahanan seseorang terhadap bahan tersebut. Rawatan bagi kes keracunan biji saga ini adalah menghalang penyerapan bahan tersebut dalam tubuh dengan memuntahkannya semula, mencuci perut dan menggantikan cecair yang telah hilang.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :11362

4 thoughts on “Akar saga – Abrus precatorius

  1. Selama ni sypun hanya kenal pokok saga yang besar tinggi dan daunnya seakan petai belalang tp besar skt…Pokok saga jenis ni sy lihat beberapa batang kt Tasik Permaisuri,KL (tepi tangga tasik berdepan Sekolah Sains Selangor)

    Bila baca info ni baru terperasan,memang ada pokoknye jenis akar menjalar.Buahnya memang sama rupa..Saya ada tengok di tanam kat Taman Botani Putrajaya(klu naik tren dia akan berhenti sebelah cafe dlm tu..tempat tren berhenti tu lah ada akar saga ni sblah kanan)….Sekadar berkongsi pandangan….tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam