Akar mempelas rawat darah tinggi

AKAR MEMPELAS atau Tetrcera indica mengikut nama botani adalah sejenis tumbuhan menjalar yang biasanya hidup subur pada tumbuhan lain. Menurut Renjer di Bahagian Tumbuhan Ubatan Herba Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Baharuddin Alias, jika dipotong akarnya yang menjalar itu, tumbuhan herba ini akan mengeluarkan air.

“Airnya itu boleh diminum kecuali jika akar mempelas ini tumbuh pada kawasan tanah atau tumbuhan beracun”, katanya.

Akar mempelas sering ditemui dikawasan hutan. Permukaan daunnya agak kasar dan kesat seperti kertas pasir bila pokok sudah tua.

Sebelum ujudnya kertas pasir, masyarakat dahulu sering menggunakan daun akar mempelas untuk melicinkan permukaan kayu ataupun kuku.

Bagaimanapun menurut Baharuddin, tumbuhan ini mempunyai khasiat yang cukup berkesan dalam merawat penyakit darah tinggi.

Katanya, berdasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan tradisional tumpuan khasiatnya terletak kepada daunnya yang matang.

Caranya ialah dengan memungut beberapa helai daun yang sudah matang direbus sehingga mendidih. Bila sudah suam, minumlah perlahan-lahan.

“Tapi, rawatan ini lebih sesuai jika dijadikan amalan dalam menu pemakanan harian kita,” katanya.

…..dari keratan akhbar Mingguan Malaysia

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :6717

4 comments

  1. salam.akar mempelas, akar mengkudu dan kulit jambu batu dicampur dalam nisbah yg sama , direbus dan amalkan meminum air rebusan mampu melegakan buasir.Daun mempelas bolih digunakan bg melicinkan/merapi kerjatangan dari kayu – seperti kertas pasir.

  2. masa kecik sexy gunakn utk kikir kuku konon utk kilatkn tp lain jadiny.
    *
    br ni sexy jumpa anak pkk ni (skrg dh stinggi 6 inci), tmbuh bwh pkk mangga dcelah2 pkk hiasan lain. x tau nk wt aper, nk dbuang syg sbb kt tpt sexy skrg pyh nk jumpa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam