Air Kelapa

Mereka yang menghidap penyakit jenis panas seperti sakit kerongkong dan batuk perlu menjauhi makanan yang pedas atau mengandungi banyak rempah supaya ubat herba dapat bertindak dengan lebih berkesan.

Mereka yang menghidap penyakit jenis sejuk seperti cirit-birit perlu menjauhi makanan sejuk atau makanan mentah. Antara pantang yang biasa disebut dalam ubat herba ialah tidak boleh minum air kelapa semasa mengambi ubat herba kerana ubat akan kehilangan kesan mujarabnya.

Air kelapa juga adalah sejenis ubatan herba iaitu sebagai penawar racun (bahan toksin) dan pencuci tubuh untuk mengeluarkan bahan kimia yang menyebabkan tindak balas racun (toksin) atau alahan. Sifat yang sama inilah yang boleh menghilangkan kesan ubat herba dari tubuh.

Orang yang mengambi ubat her­ba untuk menguatkan tenaga batin atau sebagai tonik badan biasanya diminta berpantang: dilarang minum air kelapa atau makan makanan yang sejuk atau berangin seperti kangkung, jantung pisang, rebung,mentimun kerana sayuran ini mempunyai sifat yang bercanggah dengan sifat ubat herba yang diambil.
Orang yang minum ubat herba untuk tujuan memudahkan tidur lena tidak sepatutnya meminum bahan yang boleh menambahkan aktiviti otak serta menghilangkan daya tidur lena seperti teh, kopi dan koko. Pantang larang dalam sistem ubat herba tidak seharusnya dianggap remeh-temeh atau kolot tanpa cuba memahami falsafah yang tersirat.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :7072

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam