Air Kelapa banyak khasiatnya

kelapa

Artikel kali ini tentang air kelapa. Masih lagi ku terbayang air kelapa pandan dan kelapa mataq yang sempat saya rasai sewaktu ke Pahang minggu yang lalu. Saya pasti anda semua pernah merasai air kelapa. Memang sedap meneguk air kelapa apatah lagi setelah penat bekerja atau di waktu musim panas. Air kelapa bukan sekadar penghilang dahaga tetapi banyak lagi kegunaan lain yang mungkin ramai generasi muda yang tidak tahu. Di sini saya nyatakan serba sedikit khasiat dan penawar dari air kelapa ini hasil dari sumber rujukan saya..

Antara kegunaan air kelapa yang popular dan telah diketahui adalah merawat demam campak yang mungkin anda sendiri penah laluinya. Air kelapa juga boleh dijadikan penawar racun sekiranya anda terminum atau termakan racun. Sebab itu, ada rujukan yang menyatakan, sekiranya anda mengambil ubat-ubatan, anda tidak digalakkan meminum air kelapa. Ini adalah untuk mengelakkan kesan ubat tersebut hilang.

kelapa2

Selain itu, air kelapa muda yang direbus bersama daun sena juga boleh diminum sebagai pelawas kencing . Bagi merawat sakit kelamin , air kelapa muda dicampur dengan pokok dukong anak yang telah ditumbuk bersama air limau nipis dan diminum setiap pagi. Bagi sakit kulit seperti kudis , air kelapa muda direbus dengan akan pokok manggis hutan dan dibuat mencuci luka. Air kelapa muda direbus dengan pucuk pokok rotan boleh diguna untuk mencuci rambut bagi mengatasi masalah keguguran rambut dan kelemumur. Air kelapa muda boleh dicampur dengan kunyit makan dan direbus lalu diminum bagi mengatasi masalah bengkak-bengkak badan.

Jika anda mempunyai amalan atau petua dari air kelapa, boleh kongsikan serba sedikit untuk kebaikan kita bersama..

Number of View :14717

22 comments

  1. salam.Air kelapa memang tinggi khasiatnya.Ia jg baik untuk pengidap kencing manis.Jadikan air kelapa minuman harian.Diluar negeri santan diminum mcm coca cola sja, ada dijual dlm tin.Ada pernah sy jumpa mat saleh kat pudu bawa kelapa tua yg dah dikopek tempurungnya dia jadikan isi kelapa mcm snack je, dikunyah sambil baca surat khabar.

  2. sama ada percaya @ tidak,air kelapa tua lebih manis berbanding air kelapa muda….jika masih tak percaya,anda boleh mencuba sendiri….

  3. Salam…

    Lama dah tak masuk sini…wah..cantik header blog ni…nmpakla tema tumbuh-tumbuhan…

    Haah,betul tu, banyak khasiat air kelapa ni..yg dikongsikan di atas tu mmg spt apa yg sy biasa dengar dan amal…petua dari ayah saya sendiri.

  4. masa kecik2 (tp dh blh beza mana baik burukny) arwah nenek sexy xkasi sexy minum air kelapa sekadar suka2. x elok utk perempuan kata arwah. adala arwah sebut sebabny. sexy p.k. x sesuai dsebutkn d cni. sesekali (dlm stahun) sexy ada gak minum tp slalu ingat pesan arwah n alhamdulillah… (smpai skrg sexy ttp sexy. he2!)

  5. saudara fazli cerita sikit tentang buah kote mamak. cik sexy mesti suka. paling best kalu dapat isinya yang candu pekat tu. ada satu lagi buah yang memang susah nk jumpa buah nona yang besar warna merah pink bila masak tu. cik sexy lagi jelous bila tengok buah ni….

  6. yg sy tahu air kelapa boleh merawat demam panas ataupun keracunan makanan..abg sy pernah keracunan makanan akibat makan lokan, dan mak sy suro dia minum air kelapa untuk hilangkan cika(nama panggilan untuk mabuk krn mkn mknan laut)..alhamdulillah,lepas minum air kelapa tu abg sy dh ok..

  7. Memang iya… malahan air kelapa yg manis tu sesuai untuk melarutkan “ibu roti” untuk buat donut. Jimat gula dengan kemanisan semulajadi.

  8. kalau munum air kelapa beringatlah sikit. sedap tu biarlah berbaloi terutama kalau ada sakit badan yang baru nak baik… nanti bertambahlah sakitnya.

  9. emak saya gunakan air kelapa saja untuk merawat ketagihan dadah abang tiri saya..alhamdulillah sihat lepas segala muntah keluar lepas minum air kelapa..lebih-kurang dalam 3 bulan boleh pulih…

  10. Salam

    air kelapa muda memang banyak khasiat,dan banyak digunakan dalam perubatan,terutama menjadi penawar bagi yang terkena santau.yang mana diminum bersama susu beserta doa-doa tertentu

  11. salam, tiada yg berkuasa melainkan Allah. Air kelapa muda boleh diberi minum kepada mereke yg terkena Santau, terkena sihir, dirasuk Jin, sebeb airnya boleh meneutralkan bisa, racun, asid dsbnya dengan kehendak Allah. Allah berkuasa makhluk tak berkuasa. maklumat lanjut hubungi: huzz007@live.com

  12. thn lepas ada sorang tukang urut tu.. dia cakap minum air kelapa takpe.. takde pantang.. cuma jgn minum ais.. ais tu yg kena pantang… setakat ni sy rasa minum air kelapa tak jadi masalah wat sy walaupun sy slalu sakit urat pasal tulang belakang sy yg agak bengkok..

  13. Assalamualaikum,
    cantik blog ni, teramat bagus maklumat disini, saya sedang mencari maklumat mengenai buluh, hendak tahu samada pokok buluh ada mengeluarkan bunga, bolehke tuan tolong carikan maklumat ini. sekian. tkasih.

  14. amboi2x.. hantu buah. kat perlis banyak. sexy tngok x hairan pun..
    *
    air kelapa ni blh mlicinkn kulit. sesuai utk mlicinkn kulit n otak hantu yg menggerutu..
    *
    aza6, utk hilangkn cika, slain minum air klapa blh jg guna pokok ‘kesin’ (mcm pkk kunyit tp daunny lebar n bauny mcm serangga yg sllu ada kt sawah padi, pyh dpt pkk ni, kt rmh lama sexy ada lg, pasti ramai yg x kenal).
    *
    joha5, ketagihan dadah meliputi fzkl n mental. yg fzkl sng nk ubat tp pgantungn mental/emosi/psikologi 2 yg ssh. sokongan ptg.
    *
    sharifah intan13, pokok buluh(aur) jenis yg tumbuh secara semulajadi di tebing2 sungai mmg ada bunga. pyh jumpa coz skrg ni byk yg dh kena tebang. bungany mcm bunga jagung/ padi bwrn (+-) daun tua. blh mhilangkn rambut bbuah (bg yg syg nk potong rmbt tsbt) secara m+knny dgn minyak kelapa asli (santan pekat dpanaskn di atas api hingga kluar mnyk) lurutkn drambut tsbt. Buah buluh yg ‘kesat’ akan menarik buah rambut. guna tiap2 mlm. besok cuci. (ni pnglmn kwn tau, sexy x prnh kena.. heh2x!)

  15. juga difahamkan utk mendapat khasiat sepenuhnya bila minum air kelapa muda, pilihlah yg kulitnya bwarna hijau dan jgn pula dicampur atau disusuli dgn lain2 makanan . . maksudnya, anda hanya minum air serta isinya sekali n 4get abt anything else . . kelapa muda ialah jenis yg stand alone . . supaya khasiatnya tidak digugat oleh makanan lain yg kita ambil ketika itu. . . sy pernah dngar juga bknaan larangan org tua kpd kaum wanita tuu tapi leceh sikitlah nak beri penerangan disini, memadai dgn kata yes n no, so larangan tu tak bgitu tepat. Pada sy, lebih baiknya dari mudarat . . kalu anda tau fakta sbnarnya. . . sy khuatir harga kelapa muda akan naik pulak lepas ni . . ! !

    Ini ada khasiat special yg sy mau kongsi bsama anda.
    sekiranya anda mau overhaul sistem penghadaman anda, boleh cuba resepi ini:
    1. kukus sebiji kelapa muda yg telah ditebuk bhg atasnya dan masukan 3 biji garam kasar.
    2. bila dah suam, gunakan straw besar utk minum semua airnya dalam satu nafas shj.
    3. last sekali makanlah isinya dgn sudu.

    Lakukannya sebelum tidor sebaiknya jam 10 mlm kerana keesokan harinya anda pasti akan ketandas dgn tergesa gesa. Ini bermakna sistem dalaman anda telah diberi grinding yg sewajarnya . .

    selamat mencuba . . salam sejahtera.

  16. Semasa sy hamil bulan ke9,iaitu hampir waktu bersalin sy byk minum air kelapa krn ibu sy kata nti anak lahir bersih..ketika anak sy lahir dia bersih tanpa ada putih2 pd badan smpi jururawat tanya sy mcmmna kulit ank blh jd bersih..mmg terbukti,tp kata org klu minum pd bulan awal blh sebabkan keguguran..jd sebaiknya minum selepas kandungan berusia 8 bln bg mgelakkan perkara x d ingini berlaku..

  17. Saya dalam proses nak hasilkan Minyak dan Air Kelapa Suling (Ekstrak) .Kalau ada yang berhajat dengan produk ni hubungi saya di 0125073007.

  18. Baru-baru ni sy ada pergi kat rumah orang buat ubat herba, katany untuk mengubat penyakit batu karang , ambil kelapa muda yang isiny lembut mcm jeli + sebiji ragi dan panaskan. (dikacau dan minumlah -Inya ALLAH

  19. pada bulan ramadan saya lebih suka berbuka dengan meminum air kelapa muda yang dicampur sekali dengan isi mudanya. Supaya lebih beraroma campur dengan daun pandan dan simpan dalam peti sejuk. Bagi menambah rasa manisnya tambah air gula ikut selera. Kalaulah tempat tu ada buah nipah muda campur sekali dengan air kelapa ini. Sedapnya tak terkata…dunia ini ana yang punya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam