March 19, 2024

Teh Hijau telah diketahui mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri. Antara khasiat utama yang perlu anda ketahui adalah seperti berikut;

Awet Muda
Kelancaran darah dalam tubuh mencerminkan diri anda yang awet muda. Amalkan meminum teh hijau untuk memerangi plak lemak dan kolesterol yang membuatkan pembuluh darah anda tersumbat.

Menyejukkan Kulit
Tahukah anda, teh hijau berkhasiat ibarat antiseptik semula jadi yang boleh meredakan radang dan gatal kulit. Cuba rendamkan teh hijau dan gosokkan pada kulit yang bermasalah.

Kurangkan Risiko Kanser
Kandungan polifenol dan antioksidan yang kuat pada teh hijau membolehkannya membina benteng mencegah sel kanser daripada berkembang dalam tubuh. Penggemar teh hijau ‘terlindung’ daripada risiko kanser usus, perut, prostat dan sebagainya.

Turunkan Berat Badan
Ramai yang mengamalkan rutin yang satu ini untuk kurus dan ia merupakan satu pilihan yang bijak. Minum teh hijau nyata mempercepatkan proses pembakaran kalori dalam tubuh. Tak perlu susah berdiet bukan?

Pulihkan Daya Ingatan
Antioksidan yang tinggi dalam teh hijau mampu memerangi radikal bebas yang berpotensi merosakkan saraf otak seperti yang dihadapi penderita Alzheimer dan Parkinson.

Stabilkan Tekanan Darah
Minum secawan teh hijau sehari mengurangkan 50 peratus risiko untuk anda menghidap tekanan darah tinggi berbanding mereka yang hanya menikmati minuman teh biasa. Sekali lagi, polifenol bertindak untuk menstabilkan tekanan darah dan memelihara pembuluh darah daripada sebarang kontraksi yang berbahaya.

Rujukan : Majalah Harmoni

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :7539

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam